"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, October 31, 2012

Pesanan



"Bergaullah dengan manusia dengan adab dan akhlak yang baik dan berpisahlah dengan mereka dengan perbuatan".
-Saidina Umar Al-Khattab-

Sumber:  http://madahalinsani.blogspot.com

Terima Kasih Kawan-Kawan

Semalam Sha sengaja hide tarikh lahir di facebook. So kiranya hari ni semua friend list sha tak tau hari ni adalah birthday Sha. Tup-tup ada seorang kawan yang wish birthday..so kawan-kawan yang lain dah pelik..betul ke ari ni birthday Sha. Naper tak keluar notification pun. So at last sha unhide tarikh tu. TQ Tinie A.R!
 
Terharu juga bila Huda & Hilmi nyanyi lagu Happy Birthday...hihi comel jer korang nyanyi tadi...
 
Izyan TQ for lunch treat @ McD. Pegi dengan Aini, Yana & Yus..TQ adik-adik semua..
 
TQ juga Maira for earlier birthday wish..love u sis..
 
Buat semua yang memberikan ucapan...semoga kalian juga di dalam rahmatNya, diberi rezeki melimpah ruah, diberi kesihatan terbaik dan dipermudahkan urusan olehNya...amin
 
Sayang korang semua..

Tuesday, October 30, 2012

Ikhlaskah Aku??

Sha tak ingat dari mana sumber keratan akhbar ini diambil..Artikel ini buat renungan dan peringatan kepada diri Sha juga.

Insaf lah Fuad Hashim

Sha pun tak pasti apa masalah En Fuad ni..Sha tak faham apa sebab En Fuad ni suka sangat keluarkan kata-kata buruk pada orang lain, keluarkan statement/andaian yang tidak sahih. Kata-kata berunsur fitnah. Kata-kata yang menyakitkan hati orang lain. Awak sedar tak kata-kata awak tu buat orang lagi tak suka sikap awak.
 
Adakah awak bahagia..happy En Fuad dengan berkata perkara-perkara yang buruk pada orang lain? Hanya disebabkan orang tak layan awak borak, awak sakit hati, nak marah-marah orang tu. Awak ni memang bermasalah!
 
Cukup-cukup la..insaf la wahai En Fuad. Mungkin sekarang awak rasa seronok kan mengenakan orang-orang yang tidak bersalah di CB. Ingat lah Allah Maha Mengetahui apa yang ada di hati setiap daripada kita. Sha mohon agar awak terima balasan daripadaNya.
 
Sha dah penat cakap dengan awak. Dah malas layan kerenah awak. Awak ni dalam kategori orang yang tak faham bahasa. Jadi sia-sia je bercakap dengan orang seperti awak.
 
Lepas ni En Fuad awak jangan nak tegur-tegur Sha ok. Sha malas nak layan orang macam awak ni. Semoga awak happy dengan apa yang awak buat. Jangan awak menyesal di kemudian hari sudah la yer En Fuad.
 
Imam Syafie berkata:
"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu."
 

Monday, October 29, 2012

Home Sweet Home

Alhamdulillah perjalanan dari kampung lancar..selamat tiba pada pukul 3.30 ptg tadi..gerak dari kampung pukul 11.30 pagi..klau balik hari Ahad..huhu mau lengguh satu badan..traffic congestion yang sangat teruk..
 
Hmm pagi esok kerja...adeh..dengan batuk yang menyerang..ditambah selesema yang belum baik betul...kena buat sesuatu...get ready some sweets & the best solution meet up with mr/ms Dr.
 
 

Saturday, October 27, 2012

Cepat Sembuh Ya...

Sejak semalam sakit tekak dan batuk..ari ni selesema lak..running nose kata orang Perak..hihik..
 
Apa pun tetap semangat..tak boleh layan sangat sakit sikit-sikit tu..hmm insyaAllah dua tiga hari lagi ok la ni..Sha ingat lepas ni jangan minum air ais lagi ya.. take care of yourself.

Thursday, October 25, 2012

Jeruk Chowrasta @ Penang

Kalau sampai Penang tak beli jeruk tak sah. Hihik..Last week Sha sampai Penang..siap singgah lagi di Chowrasta. Namun hati tak terdetik nak beli jeruk memandangkan perjalanan selepas ini akan ke oversea..hihik sampai Langkawi. Dok fikir kalau beli jeruk nanti leceh la pulak nak bawak sampai ke Langkawi.
 
Semalam abang balik dari Penang sambut raya di Kamunting. Ha ada jeruk campur. Kiranya ada juga rezeki nak makan jeruk dari Penang. Ok la kan..tak la rasa ralat tak beli jeruk. :)

Salam Aidil Adha 1433H/ 2012

Salam Aidil Adha buat semua.. Maaf Zahir Dan Batin.

Semoga kita semua mendapat rahmatNya...amin.

Wednesday, October 24, 2012

@34600

Alhamdulillah..selamat tiba di kampung pada pukul 12.00 malam/pagi..Gerak dari Pulau Meranti selepas Maghrib. Perjalanan sangat lancar. Tak banyak kereta. Ramai yang mungkin belum pulang ke kampung.

Beraya di Kampung Expo.. yeeeaaaah

Tuesday, October 23, 2012

Love You More..

1st time Sha dengar ungkapan tu masa tgk 1 rancangan fesyen realiti. Seorang peserta wanita call emak dia..sambil nangis-nangis dan di akhir perbualan...
 
Anak Perempuan : Mummy i love you..
Ibu                       : I love you more honey..
 
biasanya Sha dengar orang akan balas ' I love You too...'. Bila Sha dengar ungkapan 'I love You More' ..it sounds so sweet. Sha dapat rasakan ungkapan itu lebih bermakna..dan mendalam maksudnya..
 
Ya.. I Love You More..

 
 
 

Terima Kasih Ya Allah

Syukur padaMu ya Allah..dengan nikmat & anugerah dariMu..sungguh banyak..

Cool La..



Hari ni HP tiada di tangan..uwaaa ..apa pun relaks suda!
Cool la..ada ice lemon tea!

Monday, October 22, 2012

Kerja Sambil Cuti-Cuti

Bahagian bercuti tu memang best.. lawatan kerja pun best.. :)

18 Oktober 2012

Gerak ke utara..singgah di UiTM Penang. Sempat singgah Chowrasta. Tak beli pun jeruk. Petang menginap di Taha D'Mutiara. Sangat penat. Tidur pun lena.

19 - 20 Oktober 2012

Pagi lepas breakfast, gerak ke Perlis. Sampai ke Padang Besar la jugak. Petang pukul 3.00 camtu sampai di UiTM Perlis. Lepas tu bergegas pula ke Pulau Lagenda Mahsuri. Nginap di Cittin Hotel Langkawi. So dua malam satu hari la juga di Langkawi. Makan tomyam kaw punya pedas. Tidur dengan lebih nyenyak sebab dah keletihan.

Hari ke-2 di Langkawi, sempat jalan-jalan di Uptown. Pekena sup pun best..tapi dah kenyang punya pasal..hmm abiskan ayam je..

21 Oktober 2012

Gerak balik. Hmm feri yang dijadualkan pukul 11.30 ditunda hingga ke pukul 12.00. Huhu jadinya lewat la juga gerak balik KL. Sampai lemau dah duduk lama dalam bas. Apa pun tetap enjoy!

Penat sangat sampai rumah sekitar 11.30 malam. Hmm barang-barang semua letak je di ruang tamu. Dah penat dan ngantuk. Selepas cuci diri, bummm terus tidur.









Tuesday, October 16, 2012

MC In d'House

Alhamdulillah selesai satu tugasan sebagai Pengacara Majlis Hadiah Pelajar 2011/2012 pada 16 Oktober 2012. Picture later Sha upload ya..
 
Nampak senang kan tugas pengacara/mc..macam baca je teks. Sebenarnya ada tugas-tugas di belakang tabir yang perlu dibuat. Contohnya sediakan skrip. Ini tak susah sangat. Perubahan teks/skrip di saat akhir. Ha ni mencabar juga. Berlaku pula perubahan event itu sendiri last minit. Sangat mencabar. MC perlu cepat bertindak dengan menukar skrip mengikut perubahan yang berlaku. Perlu bersedia, pantas dan efisyen.

Saturday, October 13, 2012

Projek Manik Kembali..

Kali ni baju kawin..hmm mencabar juga. Kalau sebelum ni jahit veil majlis tunang pun berpinar mata. Seminggu juga dok all out nak siapkan. Ni baju kurung lace jahit tangan, depan baju & depan kain. Sha ada masa sampai Disember. Caiyok2 Sha!
Picture..selepas majlis baru Sha bleh upload ya...

13/10/2012 - Starting Point

23/10/2012 - 12/11/2012
- 2nd hand

12/11/2012
- depan baju

Beruang Madu @ Beruang Matahari

Tengok di M3. Beruang ni bijak. Dia tahu bila time makan, bila time keluar, bila time balik & cepat belajar. Dalam kawasan hutan berpagar, beruang ni dilatih untuk hidup sepertimana sepatutnya beruang hidup bebas di hutan. Pagar tu pagar elektrik. Sekali terkena renjatan elektrik, beruang tu tak akan hampiri dan sentuh pagar tu lagi. Serik.

Bila tengok beruang itu, buat Sha mengingati kebesaran Ilahi. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari setiap kejadian yang berlaku.

Blackie Injured..

1st time injured after 8 months on road..not so serius, yet i felt sad..still.

It's my fault..be more careful Sha..

Friday, October 12, 2012

Perasaan

Renungan 32: Gembira dengan kejayaan orang lain

 
Kisah lelaki kudung
 
Suatu masa dahulu ada seorang lelaki kaya tinggal di banglo atas bukit. Di lereng bukit ada kampung bernama Kampung Permai.Di kampung tinggal kawannya yang bertangan kudung. Lelaki kaya bersahabat dengan lelaki kudung sejak di sekolah rendah. Dia sering melawat lelaki kudung dan membelikan kawannya baju baharu bila tiba hari raya.

Suatu hari lelaki kudung memberitahu lelaki kaya bahawa dia ingin berkahwin.

“ Saya boleh tolong menguruskan majlis perkahwinan awak,” kata lelaki kaya dengan senang hati. Tetapi lelaki kaya tidak bertanya siapakah bakal isteri lelaki kudung.

Lelaki kudung sangat gembira kerana sahabatnya merestui perkahwinannya.

Hari perkahwinan telah tiba. Lelaki kudung selamat bernikah dengan isterinya, Isabela yang paling jelita di kampung mereka. Lelaki kaya amat terkejut kerana Isabela memilih lelaki kudung sebagai suami. Sedangkan dia pernah meminang Isabela.Tetapi peminangannya ditolak.

Suatu hari di kedai kopitiam, lelaki kaya bertanya bagaimana Isabela boleh tertarik hati dengan lelaki kudung.Jawab lelaki kudung,” Kerana awak dia tertarik pada saya,”

Jawapan itu menghairankan lelaki kaya. “Apa kaitannya dengan saya? Saya pernah meminang Isabela tetapi dia menolak. “

Lelaki kudung menerangkan. “Isabela sering ternampak awak membantu saya memberi ayam makan di reban. Dia juga sering terlihat awak membantu saya mengumpulkan kayu api di belakang rumah. Juga dia kagum melihat awak membantu saya mengangkat air dari perigi. Almaklum saya ni bertangan kudung.”

“Maksudnya?” Tanya lelaki kaya lebih hairan.

“Suatu hari Isabela berterus-terang dengan saya. Bahawa dia tidak pernah terjumpa dengan orang kaya seperti awak yang sudi menolong orang miskin seperti saya.Dia ingin mencontohi awak. Dia ingin membantu saya seperti awak menolong saya.Jadi dia memilih saya sebagai suami.Dia ingin hidupnya diberkati Allah jika berhati mulia,” jawab lelaki kudung dengan panjang lebar.

Lelaki kaya rasa terharu dan tidak menyangka ada orang mengagumi dirinya. Semenjak hari itu, dia bukan sahaja menjadi orang yang sentiasa berhati mulia tetapi dia telah menjadikan anak-anak Isabela dan lelaki kudung sebagai anak angkatnya. Mereka dilayan dengan mesra dan disayangi.
 
Renungan:Gembira dengan kejayaan orang lain
 
Sumber: http://jewelindapalace.wordpress.com/2012/07/18/renungan-32-gembira-dengan-kejayaan-orang-lain/

Gembira

Antara tanda hubungan ukhwah Islamiah ialah perasaan senang memberi manfaat kepada saudara kita dan berasa senang serta gembira melihat mereka mendapat nikmat dan kebaikan, bagai kita sendiri yang memperolehnya.

Apabila perasaan ini telah tertanam dalam hati kita dengan suburnya, bererti kita telah berhasil mendekatkan diri kepada ALLAH dengan ibadah yang besar pahalanya.
Sumber: http://www.ukhwah.com/print.php?sid=2476

Dokumentari Lambaian Kaabah di TV1 12 Oktober 2012

Sebak rasa hati bila mendengar seorang pelajar Malaysia di Arab Saudi yang bertugas sebagai mutawwif di Tanah Suci memberi kenyataan berikut:
 
"Bila kita berjauhan dari tanah air, kita akan rindu mak dan ayah. Bukan hanya anak kecil sahaja yang akan rindu mak ayah tapi anak-anak yang besar pun akan rindu mak dan ayah. Jadi bila musim haji tiba, saya sangat gembira kerana Allah menjemput jemaah-jemaah haji yang umurnya sebaya dengan mak ayah saya untuk saya memberikan layanan terbaik kepada mereka."
 
Tersentuh hati. Menitis air mata.
 
 

Wednesday, October 10, 2012

Uit.. Nasib Baik Tak Kena

My blackie..minggu ni 2 kali dah hampir dicium bumper dan dihentam tepi. Alhamdulillah ya Allah, Engkau jauhkan daku dari mara bahaya. Syukur sangat.

Petang tadi Sha pegi Padang, SS. Plaque tu salah ejaan lak. So hantar semula ke kedai untuk buat pembetulan. Then masa balik tu ada keter reverse. Ok la Sha bagi laluan ingat dia nak keluar dari petak parking. Sekali dia masuk petak parking semula. Sha pun konfiden dia nak parking sebenarnya. Jadi Sha pun tekan pedal minyal. Elok betul-betul my blackie belakang keter tu, boleh dia reverse dengan speed yang agak laju. Dari cermin tempat duduk co-pilot dah nampak bumper tu sipi je lagi nak hentam my blackie. Alhamdulillah Allah memberi Sha idea untuk tekan minyak, lebih laju la blackie meluncur ke depan. Ya Allah syukur sangat. Kalau tak adeh terbang la RM..

Semalam pulak kat simpang pintu masjid tu. Sha nak masuk kanan. Simpang tu cam melengkung skit. Nasib baik Sha pun tak laju. Sha dah slow. Ingatkan keter depan akan berhenti. Elok Sha speed up, dia pun keluar juga. Ya Allah dah berderau. Alhamdulillah dua-dua tekan break.

Sha drive carefully ya..

Ya Allah jauhkan daku dari perkara-perkara buruk. .amin.

Tuesday, October 9, 2012

:) Kenapa ya??


Saturday, October 6, 2012

Aiskrim

Suka? Sha pun suka..

Sekarang cuba tukar aiskrim kepada yogurt. Boleh cuba Tutti Fruiti ..hmm i'm lovin it!

Outing..yess!

Starting 18/10 - 21/10/2012 outing ke Penang - Perlis - Langkawi. Ni  lawatan kerja sebenarnya. InsyaAllah Uitm Penang & UniMAP..here I come! Sepatutnya bulan 11..tup-tup dipercepatkan..
 
Kisahnya bukan pasal outing tu tapi preparation sebelum pegi outing. Ada a few things yang kena settle before pegi outing tu..
1. Kertas Cadangan/ Kertas Kerja
2. Surat kelulusan VC
3. Check hotel availability (Penang & Langkawi), dapatkan pakej terbaik untuk penginapan + makanan
4. Contact UniMAP, Jabatan Perikanan Langkawi - inform & dapatkan approval nak pegi melawat
5. Follow-up kenderaan ke sana, then kenderaan di Langkawi, tiket feri..
 
Sebenarnya bila nak uruskan sesuatu event, persediaan sebelum event tu kritikal juga. Ini yang akan pastikan event tu berjalan dengan lancar. Walau pun dah banyak kali arrange event, tapi setiap kali tu juga mcam-macam cabaran yang dihadapi. Semuanya berkaitan dengan Time Management.
 
Apa pun kita enjoy!

Friday, October 5, 2012

Chicken Black Pepper

Hmmm yummy!

Mahukan sedikit kelaian..dah boring dengan menu sama..hmm dalam fridge ada ayam cincang..then sos black pepper pun ada..oppp minyak masak dah abis..hmm camne ni?

Oh don't worry..be happy! Sha buat style healthy cooking. Ya without oil..how??

Ok camni:
1. Potong bawang besar..mayam
2. Masukkan dalam periuk bersama air. Ya rebus..
3. Masukkan juga ayam cincang yang dipotong dadu.
4. Bila air rebusan tinggal sedikit, masukkan sos black pepper. Sukatan?? Sesedap rasa.
4. Tunggu sehingga sos pekat, baru lah matikan api.
* Bleh masukkan juga capsicum. Kalau suka extra pedas boleh letak cili juga.

Tada..dah siap kan.

Boleh makan dengan nasi atau roti. Rasa?? Pernah cuba Prosperity Burger..of course ayam. Ha cam tu la rasanya..nak tau camana rasanya, boleh cuba ya..

Hmmm yummy!

Gambar Hiasan OK...

Kasihmu 12

                                                                           13

Selesai menunaikan solat secara Jama’ Taqdim, Afzan dan Shaheen bersiap untuk jalan-jalan sekitar ibukota Jakarta. Di ruang tamu, Haji Halim dan Luqman telah pun menunggu.

“Biasa kan Pa. Orang perempuan kalau bersiap lamanya,” komen Luqman.

Haji Halim senyum mendengar komen Luqman. “Sebagai lelaki kita harus sabar. Dah memang itu lumrah seorang wanita,” tegur Haji Halim lembut.

Luqman terdiam. Dia mengakui kebenaran kata-kata Papanya itu. ‘Kalau lama sangat boleh ke sabar?’ kata hati Luqman yang tidak terluah. Dia memusing-musingkan rantai kunci di jari telunjuk.

“Papa esok tiket flight ke Semarang atau terus ke Solo?” tanya Luqman meminta kepastian.

“Papa booking Jakarta – Semarang. Bila sampai Semarang, Luq amik teksi ya. Ambil teksi Golden Bird. Mahal sikit la. Kalau teksi lain bayaran sekitar Rp. 200.000 -. Rp. 300.000 berbanding Rental Mobil (Golden Bird) sampai Jepara Rp. 400.000. Di Jepara Luq boleh menginap di Jepara Indah Hotel.”

“Baik Pa. Jam berapa flightnya Pa?”
“Penerbangan pertama awal pagi besok Luq.”

Haji Halim memerhati jam di dinding. Jarum jam menghampiri pukul 2.30 petang. Seketika kemudian Bu Kartika, Afzan dan Shaheen telah pun berkumpul di ruang tamu.

“Jom gerak. Luq drive ya,” usul Haji Halim.

“Bisa diatur Pa,” jawab Luqman diiringi senyuman.

‘Alhamdulillah,’ ucap Haji Halim melihat anaknya kini sudah mampu tersenyum.

“Kita mau ke mana ni,” tanya Luqman bila semua sudah pun berada di dalam perut Avanza.

Afzan dan Shaheen hanya diam. Mereka mengikut sahaja ke mana mereka akan dibawa jalan-jalan pada petang itu.

“Langsung ke Thamrin City Luq,” pinta Bu Kartika. “Jam segini pasti macet terus nih.”

Luqman memandu ke arah yang ingin dituju. Walaupun jalan sesak, perjalanan masih lancar. Afzan dan Shaheen memandang kiri kanan jalan raya. Kesesakan jalan raya tak ubah seperti di Kuala Lumpur. Di sini kesesakan jalan raya disebut macet. Kosa kata baru buat Afzan dan Shaheen.

Shaheen memerhati ada sahaja penduduk sekitar yang pandai mengambil peluang dari keadaan macet tersebut dengan berjualan di tengah-tengah kesibukan lalu lintas. Rupanya ini pemandangan biasa bila lampu isyarat merah menyala. Di saat kenderaan berhenti.

“Sha lihat tu,” Afzan menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang mengendong dapur kecil.

“Apa yang dibuat dengan dapur tu Pakcik,” tanya Shaheen dengan nada ingin tahu.

“Oh.. lelaki tu jual tauhu bakar. Bila ada yang mahu beli, dia akan sediakan panas-panas,” Haji Halim turut memerhati lelaki yang berjalan di kiri jalan.

“Oh,” terluncur kata-kata berunsur kagum di hati Shaheen.

Perasaan kasihan bertamu di hati Shaheen. Apabila mata melihat ada anak-anak kecil naik turun kenderaan, menyanyi di jalanan dan mengusung barang-barang berat untuk dijual di lampu-lampu isyarat. Macam-macam cara dilakukan dalam mencari rezeki. Semuanya dilakukan demi sesuap nasi barangkali. Yang penting halal. Di saat itu timbul perasan syukur di hati Shaheen. Kehidupan di Malaysia jauh lebih baik. Perjalanan di bumi Jakarta membuka mata Shaheen untuk menginsafi diri. Menyedarkan Shaheen masih ada insan lain yang lebih sukar kehidupan mereka. Apa pun hidup mesti diteruskan.

Menurut Bu Kartika di Thamrin City barang-barangnya lebih murah, suasananya lebih selesa dan jalan pun tidak sesak berbanding di Tanah Abang.

“Di Thamrin City bisa aja lihat Pusat Busana Muslim terbesar di tengah kota Jakarta. Selain terluas, Pusat Busana Muslim ini bisa berikan kenyamanan saat berbelanja. Lokasinya juga sangat strategis dan mudah dijangkau,” terang Bu Kartika.

Luqman hanya tenang di tempat duduk pemandu. Tiada sepatah kata keluar dari mulutnya. Matanya memandang ke hadapan. Dalam keadaan jalan yang macet, Luqman hati-hati mengendalikan Avanza hijau milik Haji Halim.

Sampai di hadapan tangga pintu utama Mall, Luqman memberhentikan kenderaan. Katanya dia akan memarkir kenderaan dan akan mengikut dari belakang.

Haji Halim, Bu Kartika, Afzan dan Shaheen berjalan melepasi pintu mall. Afzan dan Shaheen memandang sekeliling. Kedai-kedai busana muslimah menangkap mata. Haji Halim dan Bu Kartika menuju ke arah eskalator menuruni ke tingkat bawah.

Mereka menjengah satu dua gerai busana muslim. “Di sini banyak sekali busana muslim dan kain batik tempatan. Kainnya juga bagus,” ucap Bu Kartika sewaktu tangannya memegang sehelai telekung yang tergantung di dalam gerai.

Afzan dan Shaheen hanya senyum. Mereka berdua hanya sekadar mahu melihat bagaimana suasana mall di Thamrin City.

“Maaf Mbak. Supirnya bisa ngga jadi tourist guide kalian berdua?” tiba-tiba Luqman muncul lalu menyertai Afzan dan Shaheen.

“Bisa kok,” balas Afzan dengan loghat Indonesianya. Shaheen tersenyum mendengar kata-kata Afzan.

Mereka berlima sampai di lantai kedai-kedai busana muslimah dan kedai-kedai telekung. Di sini lantai itu maksudnya aras atau tingkat. Shaheen mulanya tiada mood shopping. Matanya sekadar memandang set penyangkut baju berwarna warni yang belum pernah dilihat di Malaysia. Bu Kartika, Shaheen dan Afzan singgah di satu kedai menjual telekung dan tudung labuh. Haji Halim dan Luqman menunggu di luar.

Shaheen tertarik melihat corak dan design telekung yang terdapat di situ. Akhirnya selepas tawar-menawar dengan bantuan Bu Kartika Shaheen membeli tiga helai telekung yang berkerawang penuh berwarna biru cerah buat Umi dan merah hati buat Aida. Sudah pasti warna merah muda menjadi pilihan Shaheen. Afzan pula rambang mata memilih tudung dek harganya yang ternyata murah. Anak tudung cantik-cantik hanya berharga kurang lebih RM1.50 sahaja. Akhirnya Afzan memilih 2 helai tudung labuh. Satu warna biru dan satu lagi berwarna merah burgundi. Sepuluh anak tudung menjadi milik Afzan selepas puas memilih.

Semasa berjalan-jalan, Afzan dan Shaheen masing-masing membeli sehelai palazzo batik dan sehelai skirt labuh kain kapas jersi. Haji Halim dan Bu Kartika setia menemani Afzan dan Shaheen meronda hampir ke semua kedai yang berada di situ. Luqman hanya mengikut dari belakang. Di tangan Luqman terdapat satu beg kertas sederhana besar.

Afzan tersenyum puas. “Amboi banyak shopping cik kak,” usik Afzan.

“Dulang paku serpih, mengata orang dia lagi lebih,” balas Shaheen memandang beg-beg kertas di tangan Afzan.

“Aku tak tahan tengok. Semua cantik-cantik. Murah pulak tu. Tak boleh lama kat sini. Entah apa lagi yang aku nak beli lepas ni.” ngomel Afzan.

“Nak minum dulu ke sebelum kita bergerak keluar,” tanya Haji Halim pada semua. Semuanya menggelengkan kepala. Masing-masing masih kenyang. Hidangan tengahari yang disediakan oleh Bu Kartika masih terasa penuh di dalam perut. Lantas langkah masing-masing dituju ke arah lif.

“Sebentar Papa. Mama mau ke toilet sebentar,” kata Bu Kartika.

“Mari Sha temankan,” Shaheen menawarkan diri menemankan Bu Kartika. Afzan turut berjalan di sebelah Bu Kartika.

Sementara menunggu, Haji Halim dan Luqman duduk di atas bangku PVC berhampiran lif.

“Beli apa Luq,” tanya Haji Halim.

“Sepasang kebaya labuh Pa.”

“Buat siapa?”

Luqman tidak menjawab. Dia hanya senyum memandang Haji Halim.

Sepuluh minit kemudian, Bu Kartika , Afzan dan Shaheen melangkah ke arah Haji Halim dan Luqman yang sabar menunggu. Mereka berlima memasuki lif. Afzan memandang Shaheen. Dalam tak ada mood shopping, berangkutan juga beg-beg shopping. Dia senyum.

Sampai di lantai parkir, mereka menuju ke arah Avanza hijau yang berada tidak jauh dari pintu keluar mall. Avanza beransur meninggalkan Thamrin City. Tiada kelihatan langsung orang Malaysia. Berbeza kalau di Pasar Tanah Abang menurut Haji Halim. Ramai pembeli dari Malaysia akan singgah di Tanah Abang. Walhal sini lagi selesa. Pilihan barangan pun boleh tahan murah. Apapun rasanya kepelbagaian barangan berlebih lagi di Pasar Tanah Abang menurut Haji Halim lagi.

“Kalo ngga mau suasana kelibut ramai berulang bersentuhan bahu melalui lorong-lorong kecil antara gerai dan tenang lebih bagus kok shopping di Thamrin City Mall aja,” Bu Kartika menyampaikan pendapatnya.

Sejurus Avanza keluar melepasi simpang tiga dari perkarangan parkir bangunan Thamrin City Mall, Luqman menunjukkan kepada Afzan dan Shaheen satu bangunan besar berwarna hijau pucuk pisang di sebelah kanan dari bangunan Thamrin City Mall.

Bu Kartika beritahu Afzan dan Shaheen, “Itu lah bangunan Pasar Tanah Abang.”

“Eh dekat je dengan Thamrin City Mall ni,” kata Shaheen teruja. Sebelum itu Shaheen terbayangkan Pasar Tanah Abang seperti bazar. Rupa-rupanya satu bangunan besar empat tingkat menguasai pandangan Tanah Abang sekitar situ. Terlayar di mata Shaheen Bangunan SOGO di Malaysia.

Sekitar pukul 3 petang, jalan raya mulai macet atau pun jammed kata orang Malaysia. Afza dan Shaheen kurang member perhatian kepada jalan yang sesak. Sebaliknya mereka lebih memberi perhatian kepada bangunan di sepanjang kiri dan kanan jalan.

Avanza terus bergerak menuju ke Manteng. Sampai di simpang lampu isyarat, Luqman memberhentikan kenderaan. Lampu Isyarat berwarna merah ketika itu. Tiba-tiba datang seorang wanita mendukung anak dari tepi jalan mengetuk tingkap kenderaan di sebelah kerusi Afzan. Terkejut dengan ketukan di tingkap menbuatkan Afzan dan Shaheen sama-sama terjerit kecil. Luqman di tempat duduk pemandu sudah ketawa besar. Raut wajah Afzan dan Shaheen yang terkejut sungguh membuatkan Luqman ketawa.

Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, Luqman segera menekan pedal minyak. Avanza meluncur perlahan sementelah keadaan jalan yang macet.

“Luq kita singgah di Masjid Agung Sunda Kelapa. Kita solat Asar di sana,” arah Haji Halim.

“Baik Pa,” Luqman akur.

Sebaik sampai di perkarangan Masjid Agung Sunda Kelapa, terlihat sebuah taman permainan kanak-kanak di dalam kawasan masjid.

“Ayuh,” ajak Bu Kartika sewaktu mengambil beg telekung yang memang dibawa setiap kali keluar ke mana-mana.

“Kami dah solat jamak di rumah tadi Tante,” Afzan memaklumkan kepada Bu Kartika.

“Nah pegang ini,” Luqman menyerahkan kunci Avanza ke tangan Shaheen. Shaheen senyum menyambut kunci dari tangan Luqman. Cepat-cepat Luqman beredar mengikuti langkah kedua orang tuanya masuk ke dalam masjid.

Selepas memastikan Avanza telah dikunci, Afzan dan Shaheen berjalan menuju ke arah taman permainan kanak-kanak yang tersedia di situ.

“Bagusnya. Masjid di sini bukan sahaja sebagai tempat beribadah tapi tempat pertemuan sosial masyarakat setempat,” Afzan memandang sekitar taman permainan tersebut.

“Seharusnya begitulah Ijan.”

Mereka berdua duduk di atas buaian yang mengadap masjid. Mereka memandang ke arah masjid besar tanpa kubah. Menaranya berbentuk seperti perahu. ‘Unik,’ bisik hati Shaheen.

“Masjid ni lain dari yang lain kan. Bentuk bangunan macam perahu. Pelik pun ada,” omel Afzan sambil pandangan di hala ke arah Shaheen.

“Tentu ada sebab bangunan masjid ni direka seperti perahu,” ulas Shaheen.

Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara kanak-kanak bertadarus. Terasa aman serta tenang berada di perkarangan masjid. Suasana yang sedikit redup menambahkan lagi keselesaan berada di taman permainan tersebut. Ditambah lagi dengan tiupan angin yang menyegarkan.

“Eh Sha jom ke sana,” ajak Afzan tatkala kelibat Luqman dilihat berjalan menuju ke arah Avanza hijau.

Shaheen bangun mengikuti langkah Afzan. Tidak jauh dilihat Haji Halim berjalan seiring dengan Bu Kartika.
“Ke mana kita lepas ni Afzan. Aku dah penat sebenarnya. Tadi shopping sakan,” Shaheen nyata keletihan.

“Sha tadi tu bakar kalori la,” ucap Afzan. Kata-katanya mengundang tawa Shaheen. Luqman yang berada berhampiran terpingga-pinga.

“Mbak ada yang bisa di share?” tanya Luqman berjalan mendekati Afzan dan Shaheen. Sebaik sahaja Luqman berdiri tidak jauh darinya, Shaheen mengembalikan kunci Avanza.

“Ayuh semua,” panggil Haji Halim.

“Mau ke Bandung,” tanya Bu Kartika. Afzan dan Shaheen hanya senyum.

“Ma kita pulang dulu ya. Lagian besok aku sama mereka mau travel ke Jepara. Jadi ini malam mau istirehat kok. Moga besok kita semua fresh,” cadang Luqman.

“Ya benar juga tu Ma,” Haji Halim menyokong kata-kata Luqman.

“Ya udah. Kalau gitu Mama ikut aja,” balas Bu Kartika. “Tapi janji lho kalian berdua harus kok ke rumah Tante sebelum pulang ke Malaysia. Bisa kita jalan-jalan lagi,” kata-kata Bu Kartika yang ditujukan kepada Afzan dan Shaheen.

“InsyaAllah Tante,” jawab Afzan dan Shaheen serentak.

Tiba-tiba kenderaan bergerak sangat perlahan.

“Bisa ngga kita ke Restoran Nasi Padang Selera Bundo di depan sana. Udah lama aku ngga ke sana. Pingin bangat sama nasi Padang. Enak kan Ma,” Luqman bersuara meminta pandangan yang lain.

Sejurus saja keluar dari kereta Haji Halim minta sembunyikan sedikit beg-beg shopping dari pandangan melalui luar tingkap. Haji Halim juga memesan agar jangan tinggalkan backpack dengan kamera DSLR dalam kereta. Juga beg dengan iPad.

Sebelum masuk ke dalam restoran, Luqman singgah di gerai buah di luar restoran. Selain buah mangga, Luqman turut membeli buah langsat.

Di dalam restoran, Haji Luqman, Bu Kartika, Afzan dan Shaheen memilih untuk duduk di meja panjang 10 kerusi di sebelah pembahagi dinding antara ruang makan dan ruang mempamerkan lauk-pauk dalam kabinet kaca.

Seperti biasalah di restoran Nasi Padang, sejurus saja kita menduduki kerusi meja makan, laju pekerja-pekerja restoran hidangkan lauk-pauk berpiring-piring. Antara lauk-pauk yang terhidang ialah Rendang Daging, Ayam Goreng, Sambal Hati Daging Campur Petai, Sayur Daun Singkung (Pucuk Ubi) dan Sambal Ijo.

Bayar bil lauk-pauk yang dimakan sahaja. Walaupun hanya ambil seketul daging, tetap dikira harga satu piring. Juga budaya kedai makan di sini setiap hidangan dengan segelas teh O percuma.

Restoran Nasi Padang Selera Bundo menyajikan makanan yang sedap. Sampaikan mereka meminta sepinggan lagi nasi tambah. Afzan yang sudah jatuh cinta dengan Sambal Ijo tetap berselera walaupun pedasnya sangat ketara.

“Pedas ya amat, tapi sedap.” Begitulah kata-kata Afzan sewaktu menyuap nasi ke mulut. Sebelah tangan lagi mengesat tisu ke hidung.

Selesai makan, Haji Halim menyelesaikan bayaran makanan enak mereka petang itu. Perjalanan seterusnya lebih kepada mencari jalan mengelak macet. Avanza berlegar sana sini mengelak jalan macet. Alhamdulillah tidaklah terperangkap dalam situasi beratur meluncur perlahan bagai siput kerana Luqman pandai cari jalan. Mereka selamat tiba di rumah sewaktu azan maghrib berkumandang. Masing-masing bergegas menyucikan diri dan seterusnya menunaikan tanggungjawab masing-masing mengadap Ilahi. Luqman mengimamkan kedua ibu bapanya di bilik solat sementara Afzan dan Shaheen menunaikan solat jamak maghrib dan isyak di bilik mereka.

Thursday, October 4, 2012

Detik 3 Oktober 2012

Life Proposal!

What a surprise!

Tak ada angin tak ada ribut..tiba-tiba itu yang diucapkan..Debaran memenuhi seluruh jiwa..sepanjang hari semua seperti tidak kena..

Ku berserah pada Mu, ya Allah..

Monday, October 1, 2012

Alhamdulillah

Syukur padamu ya Allah. Kesakitan yang daku alami telah pun beransur hilang.

Terima kasih juga buat Tuan Doktor, melalui mu dengan izin dariNya, daku tersenyum ceria.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim