"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, July 16, 2009

Berbuat Baik Kepada Kedua Ibubapa

Assalamualaikum W.B.T. Salam Fitrah untuk semua pengunjung laman web ini. Sedikit Tazkirah ringkas sebagai peringatan bersama.

Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan sempurna.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.

Belajar Memaafkan Orang Lain

Assalamualaikum kepada semua Sahabat Fitrah yang saya kasihi.

“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal.

Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!

Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain.Marilah kita berusaha mencontohi keperibadian Qur`ani:

“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)

Ahmad Shukri Yusoff

Bersua Kembali..

Assalamualaikum,

Lama juga Sha tidak menjengguk laman blog ini. Kesibukan dengan tugasan harian di pejabat dan tugasan peribadi menghalang Sha untuk kemaskini laman ini..
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim