Sudah beberapa kali Sha bertemu dengan seorang staf yang kemas orangnya, gaya rambut yang menarik, berkaca mata, tinggi lampai serta ada aura/karisma yang membuatkan Sha suka perhatikan dia. Biasanya akan terjumpa dia di kursus/latihan. Sebelum ni dah dapat nama dia. Cuma tak pernah terfikir untuk mencari siapa dia.
Hari ini sewaktu keluar dari bilik rawatan pergigian, Sha tersenyum sendiri. Rupanya dia yang Sha cari berada di pusat rawatan gigi. Dia merupakan salah seorang doctor gigi di sini.
Karakter biasa yang terdapat pada seorang doctor ialah percakapan yang sopan, penggunaan bahasa yang baik, sikap yang tenang serta pandai menenangkan pesakit.
Hari ini Sha tersenyum sendiri.
Sunday, September 30, 2012
Kinokuniya
Pernah dengar kan..di KLCC.
Hari ni seorang rakan maklumkan beliau ke Kinokuniya..sebaik berada di sana beliau teringatkan Sha. Eh kenapa pulak??
Katanya Sha yang memperkenalkan Kinokuniya. Terharu jadinya. Apa pun alhamdulillah semoga usaha Sha tu mendapat kebaikan dan memberi manfaat kepada beliau. Lebih terharu bila beliau mengatakan sebelum ini beliau tidak suka membaca. Minat membaca mula bercambah bila di kalangan kawan-kawan beliau tidak mampu mengeluarkan hujah. Jadi setiap kali berkumpul dengan kawan-kawan, beliau banyak berdiam diri.
Membaca jambatan ilmu..teruskan membaca untuk meperolehi maklumat berguna.
Saturday, September 29, 2012
OK Ke??
Dr. dah advice tuk buat minor surgery buang gigi tu..hmm ngeri je bunyi surgery tu..
Baru bercakap dengan kawan yang adiknya pernah buat operation tu...katanya patient memang tak sedar langsung. Bila sedar jadi loya kesan ubat bius yang digunakan. Dr. beri MC 2 minggu...serius ngeri..
Sha have u make up you mind?
Hadapi Dengan Senyuman
Hari ke-2 dilanda sakit gigi, gara-gara gigi bongsu yang tumbuh tidak mengikut susunan. Masa makan pun sakit bila gigi berlaga. Apapun Sha bersyukur diberi sakit yang sedikit ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).
Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).
Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).
Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).
Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang
positif. Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri
sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. InsyaAllah, kita pasti cepat
sembuh.
Friday, September 28, 2012
Spy Mode!
Watching Bourne Ultimatum..
..quite sometimes I left this interesting habit..being a spy by watching an action spy movies..
what happen?? bz with what??
life is full of fantastic colours..living with what you enjoy the most!
McGyver things..aha..
..quite sometimes I left this interesting habit..being a spy by watching an action spy movies..
what happen?? bz with what??
life is full of fantastic colours..living with what you enjoy the most!
McGyver things..aha..
Thursday, September 27, 2012
Cinta Itu...?
seperti apa ya..ada macam-macam tafsiran cinta..lebih mudah jika digambarkan seperti di bawah:
nak lebih banyak design yang cantik sila layari http://imfieyzan.blogspot.com/
nak lebih banyak design yang cantik sila layari http://imfieyzan.blogspot.com/
Tuesday, September 25, 2012
Benarkah?
Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Perlu waktuku seumur hidup
Satu jam saja ku telah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Perlu waktuku seumur hidup
Petikan: Saat Terakhir - ST12
Cintai kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Perlu waktuku seumur hidup
Satu jam saja ku telah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Perlu waktuku seumur hidup
Petikan: Saat Terakhir - ST12
I'm With Everyone..
But You!
Meaning?
i'm looking everywhere for you.....yet I can't find you anywhere
Meaning?
i'm looking everywhere for you.....yet I can't find you anywhere
Memori Indah
Hari ni ditugaskan untuk menjaga meja pendaftaran bagi aktiviti pencalonan majlis MPP.. senang citer student election.
Macam-macam ragam, lagak, kerenah, gaya, dressing..rindu semua tu...waktu itu mode: penyiasat
Mahu jadi student semula..tengahari tadi baru je cakap dengan ofismate..planning mau sambung master..bilakah agaknya..
Sunday, September 23, 2012
Roti Arab Homemade
Tetiba ari ni terasa nak makan roti arab..hmm buat sendiri ya..homemade gitu.
Adunan dah pun siap tadi..so nak perap selama 1 jam..by 6.30 nanti kita tengok apa hasilnya. Jadi ke tak jadi.. :)
Di sini Sha berikan resipinya..senang je..
Adunan dah pun siap tadi..so nak perap selama 1 jam..by 6.30 nanti kita tengok apa hasilnya. Jadi ke tak jadi.. :)
Tadaaaa....ni hasilnya..rasa pun sedap. Sha makan gitu je, tak sempat nak cicah kari ke apa..resepi ni boleh juga kalau nak buat cam donut..mandikan dalam serbuk gula..jadi la donut..buat burger malaysia pun boleh gak resepi ni..
Di sini Sha berikan resipinya..senang je..
Roti Arab
( Sumber resepi dari Kak Fiza @ Myresepi.com)
Bahan A
- 5gm yis kering
- 1/2
sudu besar gula
- 1/4
cawan air
- 250gm
tepung gandum
- 1/2
sudu besar gula
- 1/2
sudu kecil garam
- 1
sudu margerin/butter
- 100
ml susu cair/ aku guna susu segar
- Minyak
untuk menggoreng(deep fry)
- Bancuh bahan A dalam sebuah mangkuk- ketepikan (10-15 min) biarkan yis kembang
- Gaul tepung, gula,garam dan butter hingga sebati, masukkan bancuhan yis (bahan A)..gaul rata.
- Masukkan susu sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli...jika adunan melekit, jangan tambah tepung...biarkan sahaja. Perap selama 1 jam atau hingga adunan mengembang.
- Bila adunan sudah kembang, tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap. bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.
- Canai kesemuanya anggaran setebal lebih kurang 1/4 cm. Susun di atas tray yang telah ditaburkan tepung.
- Goreng dengan minyak yang banyak...ketika menggoreng simbah-simbahkan bahagian atas roti dengan minyak panas untuk mengelembungkannya...angkat roti arab bila dah kekuning-kuningan...
Saturday, September 22, 2012
Asal Usul Melayu
Baru-baru ini semasa Sha berbual dengan seorang rakan yang berbincang isu asal usul keturunan. Sha mengatakan Sha keturunan melayu asli & nyata rakan Sha kurang bersetuju. Katanya tiada melayu asli. Sebaliknya Melayu telah pun bercampur dengan pelbagai keturunan sehingga menjadi melayu seperti hari ini.
Sha masih ingat arwah nenek & arwah makcik bila berbicara sering kali menggunakan loghat Pattani. Mak juga ada sikit-sikit loghat Pattani. Sha jadi tertarik untuk mengetahui lebih banyak berkaitan asal usul melayu, Pattani dan Sha terjumpa beberapa artikel menarik. Boleh layari di link yang Sha masukkan di bawah. Silakan membaca..sama ada ianya mitos @ lagenda..ianya masih boleh memperkayakan ilmu pengetahuan kan..
Sumber:
Otak vs Hati
Di saat melayari maklumat secara maya, Sha came across to an interesting analogy.
Sumber: http://papankekunci.com/2012/03/cinta-pandang-pertama/
Otak tu nampak macam tak berapa menarik. Yelah, rupanya pun macam kobis bunga kering berwarna kelabu yang terapung-apung dalam kepala kamu. Cuba fikir. Walaupun ia tak secantik hati merah yang berdegup, otak kamu sebenarnya menghantar signal ke badan kamu membuatkan kamu merasa perasaan teruja dan pahit manis dilambung cintaUntuk membaca kisahnya, sila klik pada link yang Sha berikan di bawah.
Sumber: http://papankekunci.com/2012/03/cinta-pandang-pertama/
Friday, September 21, 2012
Living Life To The Fullest"
Maksudnya?? Memilih untuk hidup yang penuh makna.
Bagaimana?? Tetapkan matlamat..dengan adanya matlamat hidup, ia akan dapat menjadi panduan meneruskan hidup ke arah yang lebih baik. Matlamat membantu kita mengemudi aktiviti harian kita untuk mencapai apa yg kita impikan.
Dreams!
Sha sediakan 1 jadual yang boleh ditulis target untuk tempoh masa 10 tahun.. apa yang ingin dicapai..
Target
10 Tahun
|
||
| Tahun | Matlamat Personal |
Matlamat Kerjaya
|
| 1 | ||
| 2 | ||
| 3 | ||
| 4 | ||
| 5 | ||
| 6 | ||
| 7 | ||
| 8 | ||
| 9 | ||
| 10 | ||
Tuesday, September 18, 2012
Kasihmu 11 (samb)
Sampai di bilik, “Terima kasih Tuti,” ucap Afzan dan Shaheen serentak.
Sama-sama Mbak. Kalo mahu apa-apa, bilang sama Tuti.”
Sama-sama Mbak. Kalo mahu apa-apa, bilang sama Tuti.”
“Baik Tuti,”balas Shaheen senyum memandang Tuti.
Tuti lantas menutup pintu bilik. Dia turun semula ke dapur meneruskan kerja-kerja yang tertangguh tadi.
Shaheen memerhati dekorasi keseluruhan bilik. Baru dia sedar perabot-perabot di dalam bilik itu diperbuat daripada kayu jati. Di ruang tamu juga sama. Shaheen menyentuh kerusi di hadapannya. ‘Halus buatannya.’ Urat kayu yang lurus menandakan kayu jati itu adalah yang berkualiti baik.
“Ijan, cuba kau tengok ni. Cantiknya,” panggil Shaheen. Dia membelek-belek kotak tisu di atas meja. Juga diperbuat daripada kayu jati. Reka bentuk yang dihiasi dengan corak ukiran bunga-bungaan itu sangat halus buatannya. ‘Dah tidur rupanya,’ getus Shaheen di saat dia berpaling ke arah Afzan yang langsung tidak memberi respon pada kata-katanya tadi. ‘Patut la diam je. Penat sangat la tu,’ ngomel Shaheen sendirian.
Shaheen mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan ingin melihat sekitar rumah Haji Halim. Dia menuruni tangga dengan hati-hati. Sampai di hujung tangga, Shaheen terdengar suara Bu Kartika berbual dengan Tuti. Langkah dibawa ke dapur.
“Sha ngapa in kamu di sini. Mau minum,” tanya Bu Kartika apabila menyedari kehadiran Shaheen.
“Bukan Bu,” jawab Shaheen. Matanya melihat Tuti yang sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk masakan tengahari. “Ada yang boleh saya bantu,” Shaheen menawarkan bantuan. Dia menghampiri meja tempat Tuti sedang mengopek bawang.
“Ngga usah Mbak. Aku bisa beres in semuanya. Mbak istirehat dulu kok. Pasti capek, iya kan,” larang Tuti bersungguh-sungguh.
“Ya bener lho,”sokong Bu Kartika.
“Mau masak apa ni Bu,” soal Shaheen ingin tahu.
“Tante mau bikin sambal ijo sama ayam goreng. Juga sayur sop,” jawab Bu Kartika. Tangannya lincah menyediakan bumbu ayam goreng. “Tuti ini udah siap. Bentar lagi goreng ayam sama ini,” arah Bu Kartika menunjukkan bumbu ayam goreng yang telah disiapkannya. “Tuti hantarkan minuman buat Ibu sama Mbak ke depan ya.”
Tuti mengangguk pantas, “Baik Bu.”
“Ayuh Sha. Tante mau tunjuk bungaan favourite Tante,” ajak Bu Kartika sambil memegang tangan Shaheen.
Shaheen mengikut sahaja langkah yang dibawa oleh Bu Kartika. Akhirnya Bu Kartika berhenti di satu sudut di luar rumah. Bibirnya menguntum senyum. Matanya memerhati satu persatu koleksi pokok orkid yang ditanamnya.
Shaheen terpegun melihat dekorasi laman orkid milik Bu Kartika. Shaheen turut memerhati keseluruhan laman orkid tersebut. Dia menghampiri rumah teduhan yang menempatkan banyak spesis orkid dengan pelbagai warna. Bentuk rumah teduhan seperti cendawan yang dibuat daripada kayu. Bumbungnya dilapisi dengan jaring teduhan berwarna hitam. Tambah menarik bila diselitkan dengan beberapa ekor itik hiasan di sekitar kawasan itu. Matanya ralit memerhati. Kolam ikan koi bersebelahan laman orkid mendamaikan mata yang memandang. Ditambah dengan ikan koi yang meliuk lintuk di dalam kolam berlari ke sana sini menarik perhatian Shaheen.
Shaheen memuji cara Bu Kartika menggunakan ruang yang terhad untuk menanam gabungan tumbuhan makanan dan hiasan. Selain menjimatkan ruang, cara ini meringankan belanja dapur. Antara tumbuhan makanan di laman comel milik Bu Kartika adalah daun kari, cili api, bayam, sawi, pegaga, selom, pudina, ulam raja, kangkung, kacang panjang, halia, kunyit, limau purut, limau kasturi dan bendi.
“Cantik,” sepatah kata meletus keluar dari bibir Shaheen. “Rajinnya Tante berkebun, bela ikan,” puji Shaheen sambil memandang Bu Kartika.
“Tante senang sekali. Tiap hari Tante pasti di sini,” akui Bu Kartika. Kolam ikan dan laman orkid dipandang tanpa jemu. “Yang ini paling Tante suka,” tunjuk Bu Kartika pada sepohon orkid yang mempunyai tangkai bunga yang sungguh banyak dalam satu pasu. Tangannya sudah memegang setangkai bunga. Menarik sungguh disebabkan bunganya mempunyai empat warna iaitu merah jambu, ungu, putih dan kuning.
“Ini orkid dari jenis Spathoglottis atau dipanggil orang orkid pinang Sha. Namanya seperti itu barangkali kerna daunnya,” jelas Bu Kartika.
“Tante pokoknya seperti gubahan bunga plastik jika dilihat dari jauh. Bunganya menarik dan menyegarkan,” puji Shaheen. “Patut la Tante sangat ceria. Nampak muda. Jadi ini ubatnya ya,” usik Shaheen.
“Iya iya lah Sha,” balas Bu Kartika senang hati. “Ayuh ke sana,” ajak Bu Kartika lalu duduk di sebuah kerusi kayu berdekatan pergola orkid. Shaheen turut melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Bu Kartika. Di atas meja telah tersedia air teh panas dan sepiring oatmeal chocolate chip cookies.
"Silahkan minum," jemput Bu Kartika sambil tangannya menuang air ke dalam cawan. Cawan berisi air teh itu dihulur kepada Shaheen.
“Terima kasih,” ucap Shaheen menyambut cawan dari tangan Bu Kartika. Matanya masih memerhati bunga-bunga orkid milik Bu Kartika. Ada bermacam-macam jenis dan warna. Langsung ingatannya terbang ke Malaysia. Umminya juga peminat orkid. Bunga orkid pertama dari jenis Cattleya putih bersih umminya dibeli ketika Pesta Flora di Putrajaya 2 tahun yang lalu. Sejak itu minat uminya terhadap orkid membuak-buak. Serta-merta rasa rindu bertamu di hati. Walhal tak sampai sehari dia berjauhan dari umminya.
"Sha asyik sekali kamu. Sedang mikirin apa?" tanya Bu Kertika yang sedar fikiran Shaheen sedang melayang jauh.
“Oh maaf Tante. Sha teringat ummi. Dia juga sangat suka orkid,”lamunan Shaheen terhenti akibat teguran Bu Kartika.
“Oh ya. Pasti kamu kangan sama ibu kamu ya. Baru di sini lantas kamu bisa ingat sama dia. Bagus ya punya anak perempuan. Tante hanya ada Luq saorang. Dia lagi sibuk setiap hari. Kali ini pulangnya agak lama,” luah Bu Kartika.
“Jadi anak Tante tidak tinggal di sini,” tanya Shaheen.
“Ngga la Sha. Luq itu urus in business kami di Malaysia. Jadi Tante jarang ketemu sama dia. Ini pulangnya mau ke Jepara sama kamu besok Sha. Mau lihat lattest furniture katanya,” balas Bu Kartika.
“Oh jadi Haji Luqman tinggal di Malaysia ya Tante?” tanya Shaheen ingin kepastian. Bu Kartika hanya menganggukkan kepala.
“Sha panggil aja Luq. Usah Haji segala,” tegur Bu Kartika. Shaheen tersenyum mendengar permintaan Bu Kartika.
“Tante jadi sunyi lho sendirian. Om Halim juga sibuk di kantor. Orkid ini jadi teman Tante. Mujur juga ada kolam ikan ini. Dapat juga Tante berlibur sendirian di rumah. Lebih tenang gitu,” ucap Bu Kartika. “Sha kalau kamu ke Jakarta, datang yuk ke rumah Tante. Tante punya teman berbual kok.”
“InsyaAllah Tante. Ini pun Sha diminta oleh Abi untuk ke mari. Abi ada urusan lain di sana. Kalau bukan permintaan Abi, pasti kita tidak bertemu di sini Tante.”
Shaheen senang sekali dengan wanita di hadapannya. Orangnya ramah. Walau pun baru pertama kali berjumpa, Shaheen terasa seperti telah lama kenal dengan Bu Kartika. Layanan yang diberi seperti keluarga.
“Sejak bila Tante mula menanam orkid ni?” tanya Shaheen mengubah topik perbualan mereka.
“Ini baru aja Tante usahakan. Sekitar 4 atau 5 tahun kebelakangan ini Sha,” kata Bu Kartika.
“Ini banyak sekali orkidnya. Bagaimana Tante berminat menanam orkid?”
“Mulanya Tante lihat di rumah teman Tante. Bunganya cantik sekali. Kata teman bunganya senang mau dijaga. Jadi dia kasi sama Tante satu keratan orkid. Dia bilang bisa aja tanam atas tanah atau di dalam pasu. Sekitar empat bulan kemudian, bunganya muncul. Cantik bangat,” Bu Kartika teringat kembali detik pertama dia menanam orkid.
“Yang mana satu pokok yang pertama itu Tante.”
“Ke sini Sha. Tante tunjuk in bunganya,” ajak Bu Kartika.
Bu Kartika menghampiri sepohon orkid monopodial yang hidup di atas tanah. Pokoknya mengeluarkan tangkai bunga yang bercabang-cabang dengan bunga yang sangat lebat.
“Ini Sha first orkid Tante. Bunganya merah. Ini dari genusRenanthere atau nama singkatannya Ren. Selain merah ada juga warnanya light yellow atau orange. Udah hampir lima tahun bunga ini di sini. Alhamdulillah panjang umurnya sama Tante,” Bu Kartika menceritakan kisah bunga pertama yang ditanamnya.
“Ayuh Sha kita masuk. Udah panas ni,” ajak Bu Kartika. “Sebentar lagi kita makan siang.”
Shaheen bangun lantas meletakkan cawan dan piring serta teko ke dalam dulang. Sebaik sahaja dia mengangkat dulang tersebut, Bu Kartika menegur Shaheen. “Eh biar in aja di situ Sha. Sebentar lagi Tuti pasti akan beres in semuanya. Ayuh masuk,”ajak Bu Kartika.
“Oh tak apa Tante. Sha biasa buat ni semua. Senang je,” balas Shaheen dengan senyuman. Terserlah kedua-dua lesung pipit Shaheen. Bu Kartika terpempan. Lantas dia teringatkan seseorang yang sangat dekat dengannya suatu masa dahulu. Bu Kartika memerhati Shaheen yang melangkah ke dapur. ‘Oh anak itu mirip sekali,’ kata hati Bu Kartika.
“Sha di kamar ya,” beritahu Shaheen sebelum melangkah menaiki tangga ke bilik. Dia ingin mengejutkan Afzan yang tertidur tadi.
Sebaik pintu bilik dibuka, Afzan yang sedang mengeringkan rambut menyapa, “Kau tak ajak pun aku tengok-tengok rumah ni.”
Shaheen tersenyum memerhati mimik muka Afzan yang seperti merajuk.“Macam mana aku nak ajak, cepat sangat terlelap. Bosan la tengok kau tidur. Tu yang aku turun bawah. Tante Kartika tunjukkan laman orkid dia. Lagi kolam ikan dia. Hmm cantik tau.”
“Seronok berbual aku tengok. Apa yang korang borak kat bawah tu?”
Shaheen melangkah ke tepi tingkap. Dia menjengguk ke bawah. Dilihatnya pandangan dari atas kolam ikan dan laman orkid serta kerusi kayu yang didudukinya tadi. ‘Patut la dia tau aku borak dengan Tante Kartika tadi.’
“Borak pasal koleksi bunga orkid je Ijan,” jawab Shaheen ringkas.“Tau-tau dah panas. Tu yang kami masuk.”
“Takde ke kau risik pasal anak dia? Hensem la. Ada iras Dude Harlino la.”
“Hah Dude Harlino! Saper tu?”
“Ala pelakon dalam citer Aqso dan Madina, Nikita dan Dia Jantung Hatiku tu sinetron terkini lakonan Dude di TV3 kau tak tengok ke Sha?”
“Eh mana la aku tau. Aku tak tengok sinetron ok.”
“Rugi kau tak tengok Sha. Best tau.”
“Dah cepat siap. Sempat kau mandi ya. Hmm jab lagi boleh kita makan tengahari. Dah pukul 12.00 ni.”
“Malu la. Lepas bangun tidur tu aku mandi la.”
“Jadi baru bangun la ye, sakan tidur.”
Sedang asyik berbual, pintu bilik diketuk. Tuti memanggil mereka untuk sama-sama menikmati makan tengahari. Afzan cepat-cepat mengenakan tudung ke kepala. Mereka berdua turun ke ruang makan. Pakcik Halim, Bu Kartika dan Luqman telah pun menunggu di meja makan.
“Silahkan Sha, Afzan. Jemput duduk,” ramah sekali Bu Kartika memanggil mereka.
“Maaf buat semua menunggu kami,” ucap Shaheen.
“Oh tak apa. Mari duduk,” panggl Haji Halim.
Sebaik mereka duduk, Luqman memulakan bacaan doa makan. Shaheen duduk di sebelah Afzan dan berhadapan dengan Luqman. Usai mengaminkan doa, Haji Halim menghulurkan pinggan berisi buah mangga dan watermelonkepada Bu Kartika dan pinggan buah-buahan bergerak kepada semua di meja makan. Shaheen senyum melihat tindakan Haji Halim. Lantas teringat dia pada Abinya yang juga mengajar dia untuk mulakan dengan memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan utama. Mereka makan hidangan yang disediakan. Sekali lagi Shaheen teringatkan Abi dan Umminya. ‘Apa yang mereka buat sekarang ni ya.” Jika di Indonesia pukul 12 tengahari, di Malaysia sudah pun melangkau ke pukul 1 petang. Ini disebabkan perbezaan waktu GTM, jam harus diputar 1 jam ke belakang.
Afzan dan Shaheen melihat kemesraan dan betapa rapatnya keluarga Haji Halim. Bu Kartika menceduk sup sayur ke dalam mangkuk dan menghulurkan kepada suaminya. Mangkuk yang kedua diisi dengan sup dihulur kepada Luqman pula. Ayam goreng di depan Haji Halim dihulur kepada Afzan yang duduk di sebelahnya.
“Kena rasa ayam goreng isteri pakcik ni. Sedap hingga menjilat jari tau. KFC pun kalah ni,” kata-kata Haji Halim mengundang tawa semua. Bu Kartika tersipu malu dipuji suaminya.
“Ini apa?” tanya Afzan pada hidangan seperti sambal goreng di depan pinggannya.
“Itu sambal ijo, rasa la,” balas Bu Kartika. Afzan menceduk sesudu sambal ijo ke dalam pinggannya.
“Afzan, Shaheen ni semua masakan padang. Ayam goreng ni masakan Padang juga. Ni rencah semua Tante yang sediakan. Kena rasa. Kalau tak rugi tau.” Haji Halim mengambil seketul ayam goreng lalu dimasukkan ke dalam pinggan Bu Kartika.
Luqman makan tanpa banyak bicara. Namun matanya sesekali menjeling Shaheen. Luqman mengambil mangkuk kecil lalu diceduk sup sayur dan dihulur kepada Shaheen. Lambat-lambat Shaheen menyambut mangkuk tersebut. Shaheen menghulurkan mangkuk tersebut kepada Afzan.
“Akim jangan tak tau Sha ni anti sayur. Tak makan sayur ini orang,” getus Afzan sambil memandang Shaheen di sisi.
“Sayang sekali kok. Harus dicoba sayur sop ini. Enak bangat. Silahkan dicoba,” pujuk Luqman lantas menghulurkan semangkuk kecil sup sayur kepada Shaheen.
“Iya Sha. Coba dikit aja,”pujuk Bu Kartika pula.
Shaheen lantas mengambil sudu sup di tepi pinggannya. Kuah sup diceduk lalu dibawa ke mulut. Kuah sup dicicip perlahan. Terasa rencah sup beraroma harum itu di dalam mulut. Manis sayur juga terasa. ‘Sedap juga.’ Sudu berisi sup sayur disua ke mulut buat kali kedua.
“Ah gitu dong. Gimana, enak ngga?” tanya Luqman ceria. Shaheen mengangguk sambil tersenyum. Luqman terpana melihat senyuman Shaheen. Baru dia tersedar sesuatu. Barangkali itu la persamaan yang dilihat oleh Luqman sejak pertama kali bertemu Shaheen di lapangan terbang pagi tadi.
Bu Kartika nampak perubahan air muka Luqman. Cepat-cepat dia mengambil ayam goreng lalu diletakkan di dalam pinggan anaknya.
“Luq ini ayam gorengnya. Mama bikin paling enak buat anak mama.”
Selepas itu masing-masing makan dengan berselera. Afzan sangat suka sambal ijo. Makanan pedas menjadi kesukaannya. Walaupun malu, dua kali juga Afzan menambah nasi ke pinggannya. Bu Kartika gembira sekali bila tetamu yang datang menikmati hidangan yang disediakan.
Selesai makan seperti biasa Shaheen mengemas meja makan bersama Afzan. Walaupun dilarang oleh Bu Kartika, Shaheen dan Afzan dengan rela hati mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta gelas yang digunakan. Bu Kartika akhirnya duduk di ruang makan menemani Afzan dan Shaheen sehingga mereka selesai mengemas.
“Yuk ke mari. Bentar lagi Tuti beres in semuanya,” panggil Bu Kartika mengajak Afzan dan Shaheen ke ruang tamu. “Tante senang sekali kalo punya anak perempuan kayak kamu.”
Afzan dan Shaheen tidak berkata apa-apa. Mereka mengekori Bu Kartika ke ruang tamu. Di situ Haji Halim dan Luqman duduk santai. Bu Kartika mengambil tempat di sebelah Haji Halim.
“Sore in mau jalan-jalan?” tanya Luqman pada Afzan dan Shaheen.
“Boleh juga,” pantas sekali Afzan menjawab. Luqman senyum.
“Baik Mbak, siap. Saya supirnya Pak Luqman bisa bawa Mbak berdua jalan-jalan di kota.”
Afzan sudah ketawa. Shaheen membulatkan mata memandang Luqman. Luqman turut ketawa. Matanya yang sedia sepet bertambah kecil.
Haji Halim dan Bu Kartika memandang Luqman silih berganti. Perubahan yang berlaku di depan mata sudah lama mereka impikan. Sejak kejadian 3 tahun lalu, Luqman Hakim berubah menjadi seorang yang pendiam. Emosinya juga cepat berubah. Sehinggakan Luqman membawa diri ke Malaysia. Selama itu Bu Kartika sentiasa berdoa agar Allah mengembalikan Luqman menjadi seperti sebelumnya. Bu Kartika rindukan anaknya yang periang, mudah bergaul, penyayang dan suka bergurau.
“Ayuh Mama ikutan ya,” ajak Luqman. “Papa juga.”
Haji Halim dan Bu Kartika hanya mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Luqman. Petang itu mereka semua keluar bersama-sama.
Monday, September 17, 2012
Monday Blues di Hari Selasa??
Eih camne bleh jadi camtu? Sebab ari isnin cuti..hihik bleh lak pindah ke ari Selasa ya Sha..hmm apa pun selamat bertugas ya...last week dah happy-happy kan..so this week keje-keje ya Sha..
Take care Sha..have a great day!
Take care Sha..have a great day!
Sunday, September 16, 2012
Wordpress
Sha sedang membiasakan diri dengan Wordpress sebagai backup Blogger. Terasa Blogger lebih user-friendly. Have to update time to time, in case ada posting problem dengan Blogger..atau tetiba je Blogger yang dibangunkan bertahun-tahun kena banned.
Boleh check it out di http://shakirana.wordpress.com/
Sumber: http://lifeofladyell.blogspot.com/2011/05/backup-blog-dengan-wordpress.html
Sumber: http://lifeofladyell.blogspot.com/2011/05/backup-blog-dengan-wordpress.html
Saturday, September 15, 2012
Kesan Zikir Terhadap Otak
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti
bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan
sempurna.
Setiap hari
14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16
juta saraf tubuh yang lain. Semua
aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah
natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu,
apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti
Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf
otak tersebut.
Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan
turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan
saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru,
melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang
sebelum berzikir otak tidak
begini. Otak yang segar dan cergas secara
tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima
kebenaran.
Hasil kajian
makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific
American, keluaran Disember 1993. Satu
kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan
diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang
berkaitan.
Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini
mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila
senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat
di kawasan pertama. Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Marilah
sama-sama kita cuba amalkannya. Insyallah.
Sumber: http://wira2u.blogspot.com/
Thursday, September 13, 2012
Hujan yang turun bagaikan mutiara..
Angin sangat kuat..bunyi kat luar kuat..bukak sliding tengok pokok bergoyang kiri kanan..melentuk kiri kanan..
Then baru hujan turun...sangat lebat..suka sangat dengan anugerah Ilahi ini. Di saat hujan lebat, doa kita mudah dimakbulkan..marilah sama-sama kita memanjatkan doa kepadaNya..
Then baru hujan turun...sangat lebat..suka sangat dengan anugerah Ilahi ini. Di saat hujan lebat, doa kita mudah dimakbulkan..marilah sama-sama kita memanjatkan doa kepadaNya..
Eh! Camner Bleh Jadi Cam Tu??
Sha pun tak tau..adeh agak-agak ada orang nampak ker?
Kisahnyer pagi tadi ada interview kat Bangunan Pentadbiran. Parking situ penuh, jadi parking kat Bangunan Pengurusan Aset. Alhamdulillah sangat, Ya Allah Engkau permudahkan urusanku.. masuk je memang tempat parking depan mata..masa tu baru pukul 9.10 pagi.
Pukul 11.30 Sha keluar dari Bangunan Pentadbiran, baru abis interview. Dok teringat detik-tetik dalam bilik interview yang sangat santai, siap gelak-gelak bagai panel penemuduga. Yang penting Sha tak la takut dan stres sangat kan.
Ha ni baru citer yang Sha nak sampaikan. Tadi tu intronyer...
Dari jauh dah nampak kereta Sha. Ok..sampai tepi pintu Sha tekan remote kereta.
'Aik naper tak bleh bukak ni?' Sha tekan lagi sekali. Jadi mode lock. Then Sha unlock dengan tekan remote sekali lagi.
'Eh tak boleh juga. Naper ni?' Dalam hati dah cuak. Then nampak button lock dalam kereta tak bergerak pun. You know what?? Sha salah kereta rupanya. Dah terlepas sebuah kereta dari kereta Sha. Camner bleh jadi camtu eih? Adeh Sha pun tak pasti...hihik warna kereta sama..
Lepas tu cepat-cepat masuk dalam kereta. Tersenyum sendiri dengan kesilapan yang terjadi..
'Agak-agak ader orang nampak tak?'
'Nasib baik tak ada orang dalam kereta tu. Kalau tak malu tak ingat..mana mau sorok diri time tu'
Tuesday, September 11, 2012
Temuduga N27 13/9/2012
Temuduga.
Selamat berjaya Sha..
Updates:
Baru-baru ni (Mac 2013) terima surat dari Pejabat Pendaftar. Huhu belum rezeki Sha nampaknya. Sha sekadar calon simpanan untuk jawatan tu dan tempoh sah laku surat tersebut sehingga 30 Jun 2013.
Regards,
Sha
9/3/2013
Updates:
Baru-baru ni (Mac 2013) terima surat dari Pejabat Pendaftar. Huhu belum rezeki Sha nampaknya. Sha sekadar calon simpanan untuk jawatan tu dan tempoh sah laku surat tersebut sehingga 30 Jun 2013.
Regards,
Sha
9/3/2013
Sunday, September 9, 2012
Sakit Leher :((
Nak teleng kepala pun tak boleh. Sakit. Bukan luka. Tapi sakit urat. Urat bersimpul ke? angin ke?, Petang semalam dah terasa sakit. Dah urut
tapi still sakit.
Nak pusing ke kanan sakit
sikit. Masa tidur pun kepala teleng ke kiri. Kalau teleng ke kanan, rasa macam urat tengkuk tu tegang.
Apa pun syukur Sha masih boleh buat kerja seperti biasa. Just tak boleh toleh kanan.
Ada petua yang boleh
hilangkan sakit leher ni?
Sha search info then terjumpa petua ni..mujarab pada Sha. Ok Sha dok buat exercise ni...
Sumber: http://kaylizard.blogspot.com/2011/09/senaman-untuk-sakit-leher.html
Sha search info then terjumpa petua ni..mujarab pada Sha. Ok Sha dok buat exercise ni...
A doctor advises his patients to exercise their neck by just reading this message.
In the end, all patients go home happily without asking the doctor for any medications
'It is very effective,' said doctor.
'All my patients never come back to me again.'
Sumber: http://kaylizard.blogspot.com/2011/09/senaman-untuk-sakit-leher.html
Bahasa Mandarin Asas
Sha pernah belajar Bahasa Mandarin. Sangat menarik...
Sumber: http://syeikhsifu.blogspot.com
Asas-asas penuturan
Bahasa Mandarin
Wo –saya
Ni - kamu
Ni hao ma? – kamu apa khabar?
Wo hen hao – saya dalam keadaan
sangat baik
Xiexie –terima kasih
Bu yong xie (bu keqi) – sama-sama
Zaoshang hao – selamat pagi
Wanshang hao –selamat petang
Zaijian – selamat tinggal
Mingtian Jian – esok jumpa lagi
Wang taitai, xiexie ni ! – madam
(puan/cik), terima kasih ye.
Ni lei ma? – adakah kamu penat?
Wo bu lei – saya xpenat
Hoa...wo lei ji le –benar, saya
penat betul
Xue – belajar
Zhong wen – Bahasa cina
Wo zheng zai xue zhong wen- saya
sedang belajar bahasa cina
Sumber: http://syeikhsifu.blogspot.com
الحمد لله
Alhamdulillah..
Petang ni hujan..nikmat ini menyejukkan alam..Sha bersyukur juga sebab elok-elok sudah angkat kain di jemuran, hujan turun. Nasib baik tergerak nak angkat kain yang dah pun kering di ampaian. Alhamdulillah..
Saturday, September 8, 2012
Indahnya..
Andai Sha punyai sebuah rumah seperti ini...insyaAllah.
Carcosa Seri Negara yang terletak di sebelah Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2009_01_01_archive.html
Carcosa Seri Negara yang terletak di sebelah Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2009_01_01_archive.html
Friday, September 7, 2012
Jalan-jalan @ Taman Tasik Titiwangsa
6.40 pagi gerak dari Pulau Meranti. Lebih kurang 7.30 sampai. Waktu tu dah ramai orang kat sana. Jogging, jalan, berbasikal, memancing dan buat senaman. Sha pilih untuk jalan-jalan. Rasanya 3 pusingan juga..
Cuaca tak panas. Selesa dengan suasana yang hijau. Sampai awal pagi dapat menghirup udara segar. Aktiviti ni elok dibuat selalu. Sambil jalan-jalan keluarkan peluh, seronok tengok macam-macam ragam orang ramai di sana. Penuh warna-warni.
Wednesday, September 5, 2012
Sambutan Raya UPM 2012
Meriah..later Sha update pictures ya..
Best sgt..jumpa old friends from PTJ lama..
Fakulti dapat hadiah booth tercantik. Menunya air soya perisa bandung, cincau & soya pure, ada tempe goreng cicah sambal kicap.
Best sgt..jumpa old friends from PTJ lama..
Fakulti dapat hadiah booth tercantik. Menunya air soya perisa bandung, cincau & soya pure, ada tempe goreng cicah sambal kicap.
Sunday, September 2, 2012
Kasihmu 11
11
“Aida petang ni saya tak masuk
pejabat.”
“Baik. Cik Sha dah ambil tiket flight yang saya letak atas meja tadi.”
Shaheen membuka beg tangannya. “Ermm
dah . Thanks Aida.”
“Selamat pergi dan selamat kembali.
Saya doakan Cik Sha bertemu jodoh di sana.”
Bulat mata Shaheen memandang Aida. “Eh
ke situ pula. Saya ke sana atas urusan kerja la Aida.”
Aida ketawa kecil. “Mana tau Cik Sha.
Jodoh ni rahsia Allah. Kalau dah sampai waktunya, Cik Sha tentu akan bertemu si
dia. Mungkin di sana.”
Shaheen senyum. Dia berserah pada
Ilahi. Namun usai solat, dia sentiasa memanjatkan doa agar ditemukan dengan
seorang lelaki yang beragama, yang beriman, yang berakhlak mulia, yang dapat
membimbing dia ke arah yang diredhaiNya serta dapat menerima dirinya dengan apa
adanya. Dia juga berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki yang sesuai
dengannya dan terbaik buatnya.
“Amin Aida,” balas Shaheen tidak mahu
memanjangkan isu jodoh yang diutarakan oleh Aida. “Oh ya Aida sepanjang saya
tak ada ni, saya benarkan awak balik awal. Please
update saya jika ada perkara yang urgent
ya Aida,” pesan Shaheen. “Saya pergi
dulu ya.”
Sebelum pulang, Shaheen singgah ke
bilik kerja Afzan. Sahabatnya itu sedang mengemas meja. Akhir sekali Afzan
menutup suis komputernya.
“Jom balik,” ajak Shaheen.
“Ok.”
“Esok pagi aku datang ambil kau ya.
Jadi tak payah la kau drive ke KLIA.”
“Thanks Sha.”
*******
Shaheen tiba di rumah saat Puan
Asyiqin sedang menyusun pinggan di atas meja makan.
“Assalamualaikum Ummi,” sapa Shaheen
lantas memeluk Umminya erat. “Ummi masak apa hari ni?”
“Masak lomak daging salai.”
“Hmm favourite Abi tu. Mesti Abi makan bertambah jab lagi kan Ummi.”
Encik Suffian yang mendengar namanya
disebut, masuk ke ruang makan. “Sebut-sebut Abi ni, ada apa-apa ke?”
Shaheen tersenyum sambil memandang
Umminya.
“Abang mari makan. Qin dah siapkan
hidangan makan tengahari.”
Encik Suffian, Puan Asyiqin mengambil
tempat duduk. Encik Suffian mulakan dengan bacaan doa makan.
“Hmm my favourite fruit,” Encik
Suffian mengambil sepotong buah betik lalu disua ke mulut. “Manisnya.”
Puan Asyiqin dan Shaheen juga
mengambil buah betik sebagai pembuka selera. Encik Suffian mengajar keluarganya
untuk makan buah-buahan segar dahulu sebelum menjamah makanan lain. Buah segar
merupakan makanan pra-cerna, boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan
bersama makanan lain atau buah bertemu makanan lain dalam perut, maka buah akan
terperangkap, bercampur dalam perut. Ini akan menyebabkan fermentasi iaitu
proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen.
Hasil pembacaan Shaheen mengetahui
bahawa proses fermentasi buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara
sendiri. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada
molekul ringkas oleh bakteria. Proses ini akan menghasilkan asid dan gas dalam
perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan
enzim pencernaan maka keseluruhan makan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan
kembung perut.
Shaheen memahami rational makan
buah-buahan hasil pembacaannya daripada satu laman web. Dia juga maklum bahawa
amalan tersebut telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan cara pemakanan buah
yang betul membolehkan badan memanfaatkan kebaikan nutrisi yang terkandung di
dalam buah dan juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.
Tengahari itu Shaheen menikmati
hidangan makan tengahari dengan berselera sekali. Air tangan Puan Aisyiqin.
Masak lemak daging salai bersama ayam goreng berempah kesukaan Shaheen juga
disediakan. Ulaman dan sambal belacan juga tidak dilupakan. Encik Suffian
selalu berpesan agar makanan keluarga hanya disediakan oleh Puan Asyiqin. Mak
Teh membantu hal-hal lain selain daripada memasak.
“Flight
pukul berapa Een,” tanya Puan Asyiqin.
“Pukul 7 pagi Ummi,” jawab Shaheen.
“Kena keluar awal la esok.”
“Nanti Abi hantarkan.”
“Abi nanti boleh singgah ke rumah
Ijan. Ambil dia dan gerak sama,” tanya Shaheen.
“Boleh.”
“Kenapa Een tak ajak jer dia tidur kat
sini malam ni,” cadang Puan Asyiqin.
Shaheen senyum. “Ya lah Ummi. Tak
terfikir Een. Jab lagi Een call Ijan.”
“Esok Een sampai sana tunggu Haji
Luqman. Dia akan jemput Een di Bandara Soekarno Hatta, Jakarta. Mungkin gerak
terus ke Jepara atau mungkin bermalam di Jakarta dahulu. Depend pada plan Haji Luqman.”
“Jauh ke Jepara tu Abi.”
“Naik flight 45 min dari Jakarta ke
Semarang. Lebih kurang 2 jam lepas tu baru sampai Jepara naik teksi. Kalau
dengan kereta dari Jakarta ke Semarang lama juga 8 jam baru sampai Een.”
“Oh ya ke Abi. Jauh tu.” Shaheen
mebayangkan perjalanan yang pasti memenatkan. Dia fikir ada baiknya jika
menginap dahulu di Jakarta. Boleh juga jalan-jalan.
“Sampai sana sampaikan salam Abi pada
Haji Luqman serta kelurganya ya,” pesan Encik Suffian. Dia senyum.
“InsyaAllah Abi.” Shaheen memandang
Umminya yang hanya menjadi pendengar dari tadi. “Ummi ada nak kirim apa-apa
dari sana?”
“Jangan susah-susah Een. Een ke sana
sebab kerja kan. Bukan pegi melancong. Lain kali kalau ada rezeki kita ke sana
satu keluarga, ya bang,” cadang Puan Asyiqin.
Selesai makan tengahari, Shaheen
membantu Puan Asyiqin dengan kerja-kerja mencuci. Encik Sufian turut membantu
mengemas meja makan. Meja dilap bersih.
*******
Seawal pukul 4 pagi Shaheen dan Afzan
telah pun bergerak ke LCCT, Sepang. Perjalanan pagi itu lancar sahaja. Tiba di
LCCT, Encik Suffian mengeluarkan bagasi mereka berdua. Shaheen beria tidak mahu
Encik Suffian menunggu bersama mereka. Selepas bersalaman dengan Abinya,
Shaheen dan Afzan berjalan masuk menarik bagasi masing-masing.
“Sha awal lagi ni. Flight kita kul 7 kan.”
“Ya. Jom la pi check in baggage dulu. Lepas tu kita isi perut dulu ya.”
Selesai custom luggage check, Shaheen dan Afzan terus ke kaunter untuk
timbang berat beg. Staf di kaunter tersebut menjalankan tugasnya dengan
senyuman. Bar code dicetak dan
ditampal atas boarding pass sebagai
bukti. Shaheen dan Afzan simpan semula boarding
pass dalam beg sandang masing-masing. Masa masih ada. Mereka cuma alas
perut dengan roti Gardenia dan Waffles Gardenia
dengan air mineral.
Mereka duduk di kerusi yang tersedia.
Shaheen membuka pembungkus waffles perisa Maple Wholemeal sementara Afzan
sedang mengunyah roti Gardenia jagung. Masing-masing diam.
“Ijan dah masuk waktu la. Jom.” Shaheen
dan Afzan berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat subuh. Selesai
menunaikan solat subuh, masih ada 45 min lagi sebelum waktu penerbangan.
Langkah diatur ke kaunter Imigresen.
Selepas urusan scanning imigresen,
Shaheen dan Afzan berlalu ke balai berlepas. Di sana mereka menunggu pengumuman
pesawat penerbangan. Sebaik sahaja pengumuman diumumkan, mereka berdua beratur dan
menghulurkan boarding pass serta
paspot sebelum keluar pagar ke kapal terbang yang menanti. Sekali lagi mereka
menunjukkan boarding pass kepada
pramugari semasa nak ke tangga kapal terbang. Afzan duduk di tepi tingkap dan
Shaheen di tempat duduk tengah.
“Sha berapa jam flight ni?”
“Lebih kurang 2 jam.”
“Ok nanti kejutkan aku ya. Ngantuk la.
Awal kita bangun tadi.”
“InsyaAllah. Hihik aku pun rasa
ngantuk gak ni Jan.”
Lagi 15 min pesawat akan mendarat di Bandara Sukarnoe Hatta. Pengumuman yang dibuat oleh
cik pramugari mengejutkan Afzan dan Shaheen yang sempat melelapkan mata.
Selesai urusan mengambil bagasi, mata
mereka mencari-cari Haji Luqman. Afzan yang menolak troli berjalan perlahan di
sebelah Shaheen.
“Eh Sha, tu,” kata Afzan menunjuk ke
kanan sebaik sahaja matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang memegang
kertas yang tertera nama Shaheen Suffian.
“Assalamualaikum,” sapa Shaheen sebaik
sahaja berada di hadapan lelaki itu. “Saya Shaheen. Haji Luqman mana?”
“Waalaikumsalam. Selamat siang nona
manis. Saya Akim, supirnya Pak Luqman.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Matanya
memerhati dua orang gadis di depan mata. Bibirnya menguntum senyum penyambut
tetamu jauh.
Dia membantu menarik troli dari tangan
Afzan. “Ayuh, Pak Luqman menunggu di rumah,” katanya lagi.
Afzan dan Shaheen mengikut Akim dari
belakang. Shahaeen memerhati Akim. ‘Kemasnya ‘supir’ Haji Luqman. Dengan gaya
Adidasnya. Dari baju-T, ke track bottom
hingga ke kasut sukan juga jenama Adidas. Tak ada gaya driver pun,’ ucap Shaheen di dalam hati.
Sebuah kereta Avanza menunggu mereka. Cepat-cepat
Akim membuka pintu untuk Afzan dan Shaheen. Selepas menyimpan bagasi, Avanza
hijau itu meluncur laju menuju ke kediaman Haji Luqman. Tidak sampai 10 minit,
Avanza yang dipandu berhenti di sebuah rumah yang tersergam tanpa pagar. Di
Jakarta rumah seperti itu dipanggil rumah cluster. Kediaman keluarga Haji
Luqman terletak di Perumahan Daan Mogot Baru, Cangkareng, Jakarta Barat.
“Silakan,” Akim menjemput Afzan dan
Shaheen masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa empuk warna putih. “Sebentar
ya.” Pemuda itu berlalu laju meninggalkan mereka di ruang tamu.
Tidak lama kemudian, keluar seorang
lelaki dan wanita seusia Abi dan Ummi Shaheen. Lantas Shaheen dan Afzan bangun
dan bersalaman dengan tuan rumah. Mereka memperkenalkan diri masing-masing.
“Apa khabar anak berdua,” sapa si
isteri ramah.
“Alhamdulillah kami baik-baik saja Ibu,
Bapak Luqman,” ucap Shaheen mewakili Afzan. “Abi saya kirim salam sama Pak
Luqman sekeluarga.”
Meletus tawa tuan rumah. Afzan dan
Shaheen sedikit terkejut. ‘Aku salah cakap ker,’ fikir Shaheen.
“Sebenarnya Luqman itu anak kami. Saya
kenalkan diri, saya Halim dan ini isteri saya Kartika. Anak kami Luqman Hakim.
Mungkin kamu berdua telah pun berjumpa dia tadi,” Haji Halim memperkenalkan
diri.
Afzan dan Shaheen berpandangan. ‘Jadi
‘supir’ tadi tu adalah Haji Luqman?’
“Pakcik bukan orang Indonesia?” tanya
Afzan.
Haji Halim tersenyum. “Pakcik asal
dari Gombak. Bekerja di sini hampir 20 tahun di Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Pakcik bertemu jodoh dengan isteri pakcik di sini.”
“Oh patut la pakcik boleh berbahasa
melayu. Abi tak ada pulak bagi tau mengenai pakcik. Abi sebut nama Haji Luqman.
Sha ingatkan pakcik ni Haji Luqman.”
Haji Halim tersenyum. DIa memandang
isterinya. “Mana Luqman Mama?”
“Luq tadi buru-buru ke kamarnya. Mau
mandi katanya. Dia sebetulnya baru pulang dari jogging Pa sebelum Mama minta
dia jemput mereka,” jawab Ibu Kartika. “Sebentar ya, Tante ke
dapur dulu,” kata Bu Kartika sambil berjalan ke dapur.
“Er tak usah susah-susah Tante,” balas
Afzan.
“Ngga apa-apa kok. Bentar aja,” ucap
Ibu Kartika.
Ibu Kartika muncul semula dengan
menatang dulang berisi minuman dan sepiring lumpia pisang. Hidangan diletakkan
di atas coffee table di hadapan
Shaheen dan Afzan. “Silakan.”
“Terima kasih Tante,” ucap Shaheen dan
Afzan serentak. “Om sama Tante jemput minum,” Shaheen berbahasa.
“Silakan Sha, Afzan. Jangan segan,”
ucap Haji Halim. “Mama panggilkan Luqman. Dia belum minum dari pagi tadi kan.Udah
hampir jam 10 ni.”
“Baik Pa.”
Belum sempat Ibu Kartika ke bilik anak
bujangnya, Luqman Hakim muncul dengan penampilan yang lebih kasual. Kemeja
kotak-kotak warna hitam merah juga dari jenama Adidas dengan sepasang jeans hitam.
“Assalamualaikum,” sapa Luqman Hakim
lalu duduk di sofa bersebelahan Haji Halim.
“Kamu sudah kenal di airport kan,”
tanya Haji Halim. Luqman Hakim memandang wajah Haji Halim. Dia senyum.
“Sudah Papa.” Luqman memandang lama ke arah Shaheen. Dia senyum menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.
Shaheen memandang tajam ke arah Luqman
Hakim. ‘Jadi inilah Haji Luqman yang Abi maksudkan. Dia tidak menyangka orangnya
masih muda. Sebaya barangkali dengannya. Pertama kali mendengar nama Haji
Luqman, Shaheen membayangkan orangnya sebaya Abinya. Nyata tekaannya meleset
sama sekali.”
“Tapi tadi Akim tu siapa?” tanya
Afzan.
Luqman terus ketawa. Dia teringat
semasa menjemput Shaheen dan Afzan dia memperkenalkan diri sebagai Akim ‘supir’nya
Pak Luqman.
“Akim? Luq kamu bercanda dengan
menyamar sebagai apa sekarang?” tanya Ibu Kartika pada Luqman yang masih
tersenyum. Ibu Kartika kembali dengan segelas susu serta sepiring lumpia pisang
dan diletakkan di hadapan anaknya Luqman Hakim.
“Ngga Ma,” balas Luqman Hakim sambil senyum
memandang mamanya.
“Maaf ya Sha sama Afzan. Anak tante
ini suka sekali bercanda. Maaf jika dia bikin repot sama kalian,” ucap Ibu
Kartika dalam nada cemas.
“Errmm tak apa tante,” balas Afzan.
“Luqman esok kamu temankan mereka ke
Jepara. Seperti yang Papa bincangkan dengan kamu. Di sana kamu jumpa Bapak
Ahmad Saroni dari Ukiran Jepara. Papa dah pun booking tiket flight
esok. Hari ni biar mereka rehat dan boleh juga jalan-jalan sekitar kota,” kata
Haji Halim ditujukan kepada Luqman Hakim yang sedang menyisip susu.
‘Macam tau-tau aja plan aku,’
getus Shaheen dalam hati.
“Tuti,” panggil Haji Halim.
Terkocoh-kocoh seorang wanita
muda berbadan sedikit gempal datang ke ruang tamu.
“Ya Pak,” jawab wanita yang
dipanggil Tuti oleh Haji Halim.
“Kamu udah kemas kamar tamu
buat nona manis ini. Sebentar lagi bawa mereka ke kamar ya,” pinta Haji Halim.
“Sudah diberes in sebentar tadi
Pak. Baik Pak,” jawab Tuti. “Ayuh Mbak.”
“Shaheen, Afzan rehat la dulu.
Buat macam rumah sendiri. Makan tengahari pukul 12.30 ya,” Haji Halim berusaha
memastikan tetamunya selesa.
Shaheen dan Afzan bangun mengikut
Tuti yang sedang menunggu di anak tangga. “Terima kasih Pakcik, Tante,” ucap
Shaheen sebelum berlalu.















