"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Monday, December 31, 2012

2013

wish myself a happy brand new year..may in Allah blessing always..

may 2013 brings more happiness, wealth & love as well...more great opportunities..& lots of pleasure insyaAllah..

Sunday, December 30, 2012

Senyum Itu Indah


Sumber: FB ~~hidup Ini Indah Kalau Kita Tahu Menghargainya~~

Kebahagiaan Milik Semua..


Sumber: FB  ~~hidup Ini Indah Kalau Kita Tahu Menghargainya~~

Hidup Ini

Kemenangan hati adalah ketika ia dengan tulus memaafkan meski telah dikecewakan begitu dalam...
 
Meski gula itu manis, tapi ia tak selalu baik untuk tubuh. Namun, pahitnya ubat mampu menyembuhkan sakitmu...

Luka... tetaplah hanya akan menjadi luka bila kau fokuskan hatimu pada rasa sakitnya... Jangan pusatkan hatimu pada apa yang membuatmu terluka atau seberapa perih luka itu, tapi berfikirlah bahawa dengannya kau akan melakukan berbagai upaya untuk menyembuhkan lukamu...
 
Sekecil-kecilnya hikmah dari kegagalan adalah keinginan, doa dan usaha kita untuk tak lagi gagal... Dalam setiap kegagalan selalu ada hikmah. Dari sebuah luka kita belajar ketegaran dan intropeksi diri...

Ingat... Kegagalan adalah, sesuatu sukses yang tertunda...

Saturday, December 29, 2012

Tugasan Penutup Tahun 2012

Balik kampung pada ari Khamis (27/12/2012). Alhamdulillah jalan clear so dalam masa 2 jam dah sampai..waa terkejut jugak saya..hihik.
 
Singgah kejab umah cousin. Hantar kasut saiz '4' itu. Hm pengantin boleh menarik nafas lega. Selesai satu bab.
 
Balik umah. Mak dah masak sambal ikan nyoknyok. Perggghh sedapnyer..tapi makan tak tambah pun ...hihikkk jaga badan gitu.
 
alam tu memang penat sangat dengan ngantuknya. Hmm tak tahan dah tidur awal..esok masih ada misi yang belom selesai.
 
28/12/2012
 
Pagi-pagi lepas breakfast gerak umah cousing sebab majlis tahlil pada pukul 10 pagi. So pegi sana. Hmm tengahari balik rumah kejab. Then petang pegi semula untuk tugasan make-up pengantin. Oh yang tu tugas my sis. Ni make-up tuk acara nikah lepas asar. Ikut ke masjid. Alhamdulillah majlis selesai dan berjalan dengan lancar.
 
Balik semula ke rumah cousin. Makan time! Best..Lepak sampai pukul 10 jugak umah cousin. Waa penatnye..sabar-sabar. Esok ada lagi..
 
29/12/2012
 
Sama juga lepas sarapan, pegi umah cousin amik pengantin pegi make-up di kedai. Janji pukul 10. Yeaahh by 9.30 tu dah sampai. Ok la kan biar awal skit..jangan lewat.
 
Lepas settle bab make-up kami pun gerak ke Dewan Orang Ramai Rakan Muda Kemunting. Lepak dulu di holding room. By 12.30 tugasan Sha pulak bermula. Hihik jadi pengapit pengantin. Sib baik just dok apit time makan di meja beradap je. Takde sanding bagai. Ok selamat. Makan pun ok ja. Kasihan pengantin perempuan who is my cousin's daughter tak sempat mau makan. Almaklum tetamu dok kerumun dia di meja makan. Pengapit makan ok ja. Hihikkk...terbaik.
 
Selesai sudah tugasan Sha. Lega..tak banyak yang boleh dibantu. Hanya itu sahaja..maaf andai ada kekurangan :)
 
Selamat Pengantin Baru Nurul Aqilah dan Frizal. Semoga kalian berdua berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah..amin.
 
 

Tuesday, December 25, 2012

Jalan-Jalan Cari Barang

25/12/2012

Plan ke IKEA dengan my sis berjaya. Kononnya mahu cari hadiah kawin my cousin. Hmm cuci mata je jawabnya di IKEA. Tak ada yang menarik perhatian kami. Jadi akhirnya kami berdua kembali ke The Mines.

Alhamdulillah at last..berjaya menemui hadiah kawin & kasut kawin pengantin yang bersaiz '4'. Habis 1 Taiping sampai ke Penang dicarinya kasut saiz '4' itu, tiada ditemui. Jadi my sis & I menawarkan diri mencari kasut tersebut. Alhamdulillah berjaya.

Hmm dek kerana my sis mau makan chicken grill then kami menuju ke Kenny Rogers's. Ha kenyang tak hengat. Alhamdulillah..

Akhir sekali Sha hantar my sis ke rumahnya di Ampang. Alhamdulillah jalan clear. Sedari pagi tadi sewaktu Sha jemput my sis perjalanan di sekitar Ampang & Kota Damansara lancar sahaja. Aman sungguh rasa. Syukur padaMu ya Allah.

Monday, December 24, 2012

MC

Seperti tidak percaya Sha dapat MC hari ni. Dengan 38° C suhu yang diambil, hmm demam.. dah start since Sabtu lagi. Patut la badan tak bermaya je. Dengan sakit tekak nyer.
 
So pegi PK dapat ubat panadol yang seboleh mungkin Sha tak nak makan. Tapi kalau nak baik demam kena la makan. MasyaAllah besar la pulak saiz panadol nya. Hmm sabar je la..
 
Balik umah apalagi tidur kejab. By 3 pm baru terjaga. Hmm terkejar-kejar bayar hutang. Then masak. Simple jer. Sambal tumis ikan bilis, my favourite. Then ada ikan masin. Hmm layan...
 

Saturday, December 22, 2012

SunShine a.k.a SS

I miss all my travianian friends. I used to be called SS during those time. Being an active player, i learned time management, teamwork, respect, leadership, discipline, loyal, friendship and more good qualities in a team.
Yet i have to let go for me to focus more on real life comitments.
Pundit, Hish, , Ajhahart, Hang Lekir, Blindust, Abdul, Reborn, Laksamana Armada how are u guys? Wish u all the best & in Allah Blessing always..amin

Wednesday, December 19, 2012

Love - How This Girl Recover from Anorexia

Laura Wilson, 28 years old only weigh 38kg when she was married. Look at her..it's the bones only.

Yet because of love and desire to be a mother she has changed. Previously she just eat green beans and a piece of chocolate every day. Two months later, she fainted and was hospitalized.

Doctor told her if she continues the habit, she will lose the baby. So she determined to change her life.





Monday, December 17, 2012

Bahagianya

Alhamdulillah..
 
Dinner dengan ikan bakar..my favourite..for its a healthy dish. Kalau letak ikan dan ayam, definately I'll go for fish. Best tu sebab ikan diperap dan dibakar dalam balutan daun pisang..
 
Suka makan ikan..even ada masanya boleh terlekat tulang ikan di kerongkong..hmm masa tu rasa macam it will be my last fish eaten. Selepas semuanya ok..ikan pasti menjadi pilihan utama. Walau pernah tersusuk duri ikan, nikmat mengunyah ikan sukar dilupakan..
 
Alhamdulillah syukur padaMu dengan rezeki yang diberi.

Sunday, December 16, 2012

Alhamdulillah..Siap

Projek Manik done..

Sabar je..sebab tak boleh upload pictures sebagai menghormati tuan baju. Majlisnya pada Feb 2013. Jadi ada 2 bulan lagi sebeum Sha bleh masukkan picture tu.

Sabar..

Saturday, December 15, 2012

D'Hobbits

I like it!

One of my favourite sequel Lord Of The Ring..besides Star Wars..

The Hobbits ..kesinambungan @ permulaan kisah Lord Of The Ring..

Sha..its movie time...let's go to the cinema..

Yeaahhhh..i'm on my way.. :)


Friday, December 7, 2012

Pakcik Punya

Kisah Pakcik Pengembala Kambing

 Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak? Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
...
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim