"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, March 31, 2013

Lamanya..

Assalamualaikum..
 
Hari ni pergi ke Midvalley Mega Mall. Tujuan utama ke MPH cari buku latihan untuk students. Decide tak nak bawak Mr. Blackie. So Sha decide pegi dengan komuter. Hmm tunggu tak la lama sangat dari Serdang. Dalam fikiran Sha dah tau kalau naik komuter kena la berdiri. Jarang dapat tempat duduk. Hmm ok la, yang penting sampai kan..
 
Masa naik komuter memang kena berdiri. Then sampai di Salak Selatan, Sha gerak ke depan sikit sebab area tu tak ramai orang. Tetiba bleh bertembung dengan Chinese lady ni dia nak duduk di kerusi yang kosong dan seat tu lebih hampir dengan Sha. Sha pergi ke situ bukan sebab nak duduk di seat tu. Tapi Chinese lady tu ingat Sha nak duduk. So sebagai tanda hormat, Sha jemput dia duduk. Dia pulak jemput sha duduk. Dah dua kali Sha suh dia duduk dia tak nak, dari orang lain duduk, Sha duduk je la. Terima kasih Cik Blackie (that lady wore black jumpsuit)
 
Ramai la orang kat Midvalley. Dah dapat apa Sha nak, terus balik. Tak kuasa nak lepak-lepak @ window shopping.

Saturday, March 30, 2013

Rasa Dihargai

Apa rasanya? Hmm..
Alhamdulillah bila Sha mendapat tahu ada yang memuji cara kerja Sha melalui pihak ketiga, rasa happy la kan. Meaning si A menyampaikan kepada si B dan si B sampaikan semula kepada Sha. Seperti tidak percaya pun ada.
Yang baik itu dari Allah. Dari Dia jugalah yang menjurus Sha untuk memberikan yang terbaik dalam apa sahaja yang Sha lakukan..

Friday, March 15, 2013

:::Kisah Seorang Kanak-Kanak Lelaki Buta:::

Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: 
“Saya buta, tolonglah.”

Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan ke arah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “

Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”

Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?

Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.

Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]


Kredit to:

page seindahcintaislam.blogspot.com

Syukran jazilan ... ;)

Thursday, March 14, 2013

Right Now vs Right Forever

Assalamualaikum semua..

Sha terdengar ungkapan ni semalam semasa seorang officemate membaca article berkenaan model Nasha Aziz. Orangnya masih cantik seolah-olah tidak dimakan usia.

She said, " Saya agak memilih. Kalau mencari Mr. Right Now ni banyak. Tapi untuk mencari Mr. Right Forever ni belum jumpa."

Nampak seperti simple saja kata-kata beliau, namun maksudnya agak mendalam kan..Cik Nasha..Sha doakan anda bertemu your Mr. Right Forever soon..aamiin.


Saturday, March 9, 2013

Self Satisfaction

Terasa sangat gembira serta puas hati bila si ibu berkata yang pencapaian anaknya bertambah baik.
 
Ibu Pelajar: Sha akak nak bagi tau ni. Kakak periksa maths sebelum ni tak pernah dapat lebih dari 30 markah. Tapi periksa kali ni dia dapat 74. Kiranya improvement yang sangat besar. Ini pun kakak tak beri tumpuan seratus peratus. Kalau dia lebih tekun dan buat betul-betul akak yakin keputusan kakak akan lebih baik. Akak tengok subjek yang Sha ajar kakak tu memang ada improvement. Akak kalau boleh nak kakak skor A dalam SPM dia nanti...
 
Sha: Alhamdulillah..insya Allah kak.
 
Sha rasa sangat berbaloi usaha Sha membantu pelajar tersebut. Syukur juga pada Mu Ya Allah kerana memudahkan usaha Sha ini.

Wednesday, March 6, 2013

Yes..

Alhamdulillah hari ni hari terakhir audit.. lega coz dah cam nak muntah tengok audit...hope everything is fine..insya Allah.

Actually being an auditor is not too bad..just that i don't like it..yeah today is the last day..smiling face dear Sha...

Tuesday, March 5, 2013

Oh..Tolong

Hari ni hari kedua sebagai auditor bagi audit dalaman. Letih la...esok Sha plak jadi auditee.. huhu ngeri pun ada bila tengok auditor yang sgt detail + cerewet nih...

Sha ..don't worry..be happy... cool suda..

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim