"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Saturday, January 18, 2014

Januari 2014

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan olehNya menghirup udara dan menikmati anugerahNya yang tak terhingga banyaknya. Syukur sepanjang tahun ini semuanya seperti mudah sahaja.
 
2014 yang baru sahaja menjengah, sudah 18 hari berlalu. Semoga hari-hari yang akan datang penuh dengan perkara yang terbaik, aamin.
 
Mudah-mudahan tahun 2014 lebih baik daripada tahun 2013, in sha Allah.
 
 

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H



Salam Maulidur Rasul 1435H/2014M. Tema tahun ini Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
 

 


Alhamdulillah cuti umum. Sha ada kelas. Lepas kelas terus ke komuter Serdang menghala ke Bank Negara. Tujuan utama nak ke kedai buku. Alhamdulillah buku yang dicari tu separuh je jumpa. Ada lagi yang belum keluar. Kata pemilik kedai tu, lepas Chinese New Year baru keluar. Ok lah gitu. Sabar ya Sha.

Adeh semalam adalah Commuter Day! Mana taknya boleh pulak tercicir kunci kereta di stesyen komuter Bank Negara. Masa sedar tu dah sampai ke stesyen Kuala Lumpur. So nak tak nak Sha balik ke stesen Serdang beli lagi satu tiket ke Bank Negara. Nasib baik la ada orang jumpa kunci tu dan serahkan pada penjaga kat situ. Alhamdulillah.

Hari ni baru terfikir. Kenapa Sha tak turun je di stesyen KL dan patah balik ke stesyen Bank Negara. At least tak ambil masa lama and tak bazirkan RM..hihikk takut punya pasal la sebabnya Sha sanggup turun di Stesyen Serdang dan patah balik ke Stesyen Bank Negara. Adeh bikin pusing saja.

Moral of the story: Keep your keys safely.

Monday, January 6, 2014

How True Friends Are Suppose To Be Like

pencil : you know,i'm really sorry :(

eraser : sorry for what?? you didn't do anything wrong!!

pencil : well,every time when i make a mistake,you will be there to erase my mistake,But as time pass by,part of you are gone.

eraser :  you see, i'm made to do this,Even though i know  one of this day i'll be gone,and you have to replace me with another,i'm still happy to this job :). So don't be sad!! it worries me !
 
 
Sumber:  How True Friends Are Suppose To Be Like

Sunday, January 5, 2014

Selamat Datang 2014



2013 telah pun meninggalkan kita hampir seminggu yang lalu. 2014 telah pun masuk hari keenam hari ini. Terasa laju masa berlalu.

Perkara yang telah pun berlalu, tidak akan berpatah kembali. Jika masih ada perkara yang belum sempat diselesaikan pada tahun lepas, inilah masa untuk menyudahkannya. Perkara yang baik syukur Alhamdulillah. Mana-mana yang kurang baik, jadikan pengajaran dan diperbaiki agar tidak berulang lagi. Walau apa pun sentiasalah berdoa padaNya..semoga semua urusan kita dipermudahkan olehNya…aamiin

Seperti kelazimannya, apabila tahun baru menjelma, perkataan yang seringkali diucapkan ialah ‘azam’. Sudahkah tercapai azam tahun lepas? Tahun ini apa azam baru? Walau apa pun azam tahun lepas atau azam tahun baru, kita tetap perlu berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga tahun 2014 lebih baik daripada tahun 2013, in shaa Allah…aamiin.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim