"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, July 22, 2014

Doakan MH17

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
       Setiap kali berita mengenai tragedi yang berlaku kepada MH17, disiarkan di media massa,  pasti akan melintas rasa sayu di sanubari. Walau pun semua mangsa, bukanlah ahli keluarga mahu pun sahabat handai namun kesedihan tetap menyapa. Bagaikan mencubit paha kanan, paha kiri berasa sakit juga.
 
       Jika kita yang tiada pertalian darah dengan mangsa nahas MH17, tetap terkesan apatah lagi ahli keluarga mangsa, sahabat-sahabat mereka dan sesiapa sahaja yang mengenali mereka. Pasti mereka lebih-lebih lagi menanggung rasa kehilangan.
 
       Pemergian semua mangsa di bulan Ramadan yang mulia ini, sungguh istimewa. Mudah-mudahan roh mereka berada di kalangan hambaNya yang beriman. Kesemua mangsa telah pergi menemui Yang Maha Pencipta. DariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Redakan pemergian mereka. Kita juga pasti akan menyusul mereka nanti. Cuma masanya sahaja yang belum kita ketahui.
 
Al-Fatihah

Tuesday, July 8, 2014

Demam Piala Dunia

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

       Sha bukanlah peminat fanatik bola. Sekadar melihat dan mengetahui keputusan. 

       Cuma pagi ini sambil sahur sempat melihat aksi di antara Jerman vs Brazil. Macam tidak percaya. Dalam tempoh 25 minit awal itu Jerman telah menyumbat 5 gol ke gawang Brazil. Setahu Sha Brazil adalah pasukan yang kuat dalam arena bola sepak ini. Namun hari ini ternyata Brazil tunduk kepada Jerman dengan 1 berbalas 7. Jauh sungguh ketinggalan. Adakah Brazil hanya mengharapkan 2 tonggak utamanya Nemar & Thiaga Silva. Nampaknya selepas ini Brazil pasti akan bangkit dan menyusun strategi untuk kembali menebus maruah empat tahun lagi.

       Melihat corak permainan Jerman yang tenang sahaja. Mereka ternyata bijak  mengatur strategi dalam membuat serangan dan mempertahankan gawang mereka. Penjaga gol Jerman, Neuer bijak membaca gerakan pemain Brazil di pintu gol.



       Buku manakah yang akan bertemu ruas? Argentina atau Belanda yang akan mara ke Piala Dunia untuk bertemu Jerman.

Wednesday, July 2, 2014

Ramadan 2014

     Alhamdulillah sempat berpuasa dan berbuka di kampung bersama kedua-dua orang tua. Bapak dan emak nampaknya sangat gembira bila anak-anak ada bersama di bulan Ramadan. Makan pun bertambah, berselera mereka.
 
     Sha dan adik-adik ambil cuti sebab nak sambut puasa di kampung. Memang itulah yang kami adik-beradik akan buat setiap tahun. Berpuasa di kampung lebih seronok. Yang pasti emak dan bapak akan sediakan menu makanan yang penuh dari hujung meja ke hujung meja. Meriah. Alhamdulillah rezeki yang diberikan olehNya.
 
   Paling seronok bila hari Sabtu tu sampai, kami tiga beradik menikmati durian. Puas makan. Esoknya tu puasa. Petang tu anak buah bapak bagi lagi durian. Syukur rezeki kami adik beradik dengan emak. Hihikk... bapak tak makan durian. Tapi yang best tu even bapak tak makan durian, tapi bapak sanggup belikan dan tolong kopek durian tu.
 
   Seronok sungguh berada di bulan Ramadan. Bulan yang benuh keberkatan. Ya Allah berilah kesempatan kepadaku untuk bertemu Ramadan pada tahun-tahun akan datang, aamiin.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim