"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, July 11, 2018

FB Page

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lamanya, Sha tak updates blog ni...bukan tak rindu..bukan tak ingat...just that memberi laluan kepada perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan.

Hmm tak berani juga nak janji untuk kembali 'aktif' di blog ni...apa pun Sha akan cuba post ke blog..from time to time

Seriously...i miss years full of time i spent in writing. 

Oh...sebenarnya terpanggil nak menulis ni sebab nak simpan memori yang hari ni Sha baru create new FB page untuk my business. Small business. Pernah dengar Popchiz? Tak apa, lepas ni more info on Popchiz, I will share with you. Insya Allah.

Sampai sini dahulu. Jumpa lagi kawan-kawan, insya Allah.

fb.me/popchizcrispy 






Saturday, January 6, 2018

Azam 2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini dah masuk hari ke-6 tahun 2018. Dalam tempoh itu, banyak kisah kehidupan yang telah berlaku. Semuanya akan jadi sejarah. Ia akan menjadi satu kisah pembelajaran dan pengajaran buat Sha. Hadapi hari akan datang dengan lebih baik. Doakan yang baik-baik dan berfikiran positif. Insya Allah semuanya akan baik-baik sahaja.

Sebut azam, pasti semua orang ada azam. Tidak kiralah azam baru atau azam yang dibawa dari tahun 2017. Sha pun sama. Tahun 2018 Sha plan nak menabung dengan lebih istiqomah. Tahun lepas semua wang kertas RM1 akan masuk tabung. Tahun ni Sha tukar wang kertas biru kepada wang kertas hijau. Dah upgrate. Syiling masih diteruskan seperti tahun lepas. Doakan Sha istiqomah dengan misi ini. 

Gambar dari Pakcik Google



Thursday, January 4, 2018

Hikmah

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan pembaca? Sha doakan anda semua diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam rahmatNya, aamiin.

Sha percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya atau ada sebabnya. Boleh jadi ia satu peringatan buat kita untuk lebih berhati-hati. Boleh jadi ia untuk mendidik kita dalam menghadapi sesuatu perkara dalam hidup. Boleh jadi sebagai satu petunjuk dariNya. Oleh itu kita perlu menerima setiap yang berlaku dengan berlapang dada. Yang kita suka belum tentu baik untuk kita. Yang kita tak suka pula mungkin sesuai dengan kita. Semua perkara yang berlaku tu sebenarnya dalam kawalan dan pengetahuan Yang Maha Esa. Semuanya sudah diaturkan olehNya. 


Kadang-kadang...hmmm rasanya bukan kadang-kadang lagi, tapi dah banyak kali Sha hanya sedar perkara yang berlaku sebelum ini rupanya ada sebabnya untuk perkara yang akan datang. Acap kali Sha tersenyum mengingatkan kenapa sesuatu perkara tu berlaku. 

Start from now on, no more complain...more grateful more thankful to Allah. He knows better. His planning is better than mine and I am so happy and grateful for what i have today. Alhamdulillah.


Wednesday, January 3, 2018

Meminta Senang, Memulangkan Susah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca,

   Berhutang. Ya itulah isu yang Sha maksudkan dengan meminta senang, memulangkan susah. Masa meminta untuk pinjam, dah berjanji bagai akan pulangkan bulan depan. Tiba bulan depan, tuan yang berhutang senyap sehinggalah yang memberi hutang bersuara. Itu pun belum tentu dapat sepenuhnya. Dibayar secara runcit-runcit pula. Pemberi hutang nampaknya perlulah bersabar sehingga yang berhutang membayar semua hutangnya.

   Susah juga kan. Ada masa yang memberi hutang pula malu nak minta hutang. Apa pun eloklah hutang dituntut agar yang berhutang tidak mendapat balasan akibat berhutang.

Apa kata anda bab berhutang ni?


Monday, January 1, 2018

2017 Selamat Tinggal, 2018 Selamat Datang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kawan-kawan pembaca,

   Apa khabar? Semoga semuanya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya, aamiin. Alhamdulillah syukur padaNya, kita masih diberi nikmat usia dan kesihatan yang baik untuk menghadapi 2018. Pasti pelbagai warna dan lakaran menarik yang akan mewarnai kanvas kehidupan kita nanti. Yang baik itu datang dariNya, yang kurang baik itu dari tindakan kita sendiri. Oleh itu, niat yang baik-baik sahaja, fikir yang baik-baik sahaja, buat yang baik-baik sahaja, insya Allah semuanya akan baik dan pasti lukisan kehidupan kita cantik dan menarik.

  Tahun 2017 sudah pun melabuhkan tirai dan berlalu meninggalkan kita. Betullah masa yang berlalu tak akan kembali, malah tak akan menunggu kita juga. Jangan bertangguh melakukan kebaikan, takut nanti tak sempat. Faham kan maksud saya?

   Bagi Sha tahun 2017 adalah tahun pemulihan. Banyak perkara baru dan menarik yang berlaku. Semuanya menjadikan Sha lebih matang dan lebih berhati-hati menghadapi hari-hari yang mendatang. Sha belajar bukan hanya dari pengalaman sendiri namun  tatkala melihat gelagat orang-orang di sekeliling Sha juga mampu memberikan impak terhadap kehidupan Sha. Di tahun 2017 Sha menginjak ke usia yang lebih matang. Jadi tak boleh lagi nak berhuhu huha sangat. Tak sesuai you! Jadilah contoh yang baik kepada yang lain. Insya Allah dengan izinNya.

  Banyakkan berdoa agar tahun 2018 menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
   


This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim