"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, December 27, 2020

Seedless ke?

25/12/2020

Hari ni pergi lagi beli buah. Beli buah longan & jumbo delima 😍

Sebelum tu nampak oren besar.

Sha: Oren ni dari mana?

Penjual: Dari Mesir

Sha: Manis ke?

Penjual: MANIS. Nak tau manis ke tak tengok bahagian bawah ni berlubang macam pusat, ha tu manis.

Sha: Seedless ke ni?

Penjual: Aah seedless..saya dah buang bijinya 😁 

Adeh..Sha dah gelak guling..

p.s. Hihi tanya beria, sudahnya idok ler membeli pun 🤣


#sismudahterhibur

Gurau Pagi


24/12/2020

Pagi ni hujan lebat. Alhamdulillah 😍

Kluar pergi beli buah tadi. Kisahnya beli buah limau bali 😁.

Sha: Tak nak yang kulit ada hitam-hitam tu ya..

Penjual: Akak nak makan isi ke nak makan kulit?

Adeh..Sha dah gelak guling 🤣..betul juga tu. Kulit limau bali memang tebal. Jadi kalau ada hitam-hitam sikit tu tak kena isinya.

Penjual: Akak bukan makan limau bali ni macam makan tomato kan? Sekali dengan kulit.

Aduhai..betul juga kan..ha ayat last penjual ni memang win. Sha dah gelak guling kat situ 🤣

Penjual: Kak, kalau isi buah rosak saya akan ganti, tapi klau kulit buah tu rosak, saya tak tau la nak buat apa 😊

#guraupagi

Kolestrol

5.5mmol/1 [<5.2]
Kolestrol 

Tingkatkan kolesterol BAIK anda dengan menambahkan makanan-makanan ini kepada diet anda:

✅ Bijian sempurna (contohnya, mil oat, bran oat dan hasil bijian sempurna)
✅ Kacang-kacang (contohnya, walnut, badam dan kacang Brazil)
✅ Makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 (contohnya, ikan , suplemen minyak ikan, biji rami dan minyak biji rami (flaxseeds))

#misiturunkankadarkolestrol


Hari Ini Kisah 11

3/12/2020

Banyak berjalan luas pemandangan dan pengalaman. Bila menjalankan perniagaan, pastinya Sha perlu banyak bergerak, mobile kata orang kampung Sha.

Hari ni ada satu lagi perkara baru yang dipelajari. Sha biasa top up kad Touch&Go di stesen minyak atau di booth toll itself. Tapi hari ni first time guna mesin. Bagus la ada mesin tu sebab dah banyak kali kad T&G Sha serius dah nyawa-nyawa ikan, boleh pula 'tiada tambah nilai di sini' kat booth toll yang ada orang jaga tu. Kesabaran sangat diperlukan ketika itu.

Berbalik kepada mesin tu, adui la tinggi pula untuk Sha jangkau. Sha dalam kereta tak sampai. Dah buka pintu kereta pun masih tak boleh touch button no 3 tu 🙈 dari 😢 jadi 😠...nak kluar macam teruk naw la pulak..then nampak ada staf yg duduk di tengah² tu sedang baca laporan kerja barang kali. Sangat kusyuk. 

Sha: Pakcik...Pakcik
menjerit rasa dah kuat dah, staf tu tak dengar. Mungkin sebab dalam suasana yang banyak kereta tu bising jadi suara Sha tu tak dengar la kan...tak ingat juga berapa kali terjerit-jerit kat situ.. akhirnya. Ha lega...

Pakcik B: Ya cik..

Sha: Pakcik, kenapa duit ni tak nak masuk?
sambil tunjuk duit kertas tak disedut masuk dalam mesin tu 😁

Pakcik B: Ooh.. ni sebab Cik tak tekan no 3 ni. 

Bila Sha dengar je kata-kata pakcik tu, terus Sha gelak guling. 'Eee teruk betul Sha ni. simple tu je pun.. tak boleh follow'.

Sha: Maaf Acik susahkan Acik ya..saya baru 1st time guna mesin ni. Selalu orang dalam kotak tu yang buatkan.

Pakcik B: Eh..tak apa ini kerja pakcik. 

Sambil bantu tekan butang yang berkaitan, Pakcik ni beri penerangan. Jadi mudah prosesnya.

Sha: Terima kasih Acik bantu saya.

Pakcik B: Sama-sama

"Mesin ni tak bayar gaji, kotak tu kena bayar gaji," seloroh Pakcik B bila Sha dah sudah touch panel kad T&G tu. 

Tergelak Sha dengar kata-kata pakcik tu. 'Betul juga kan..' Semoga Pakcik B diberi kesihatan yang baik dan segala urusannya dipermudahkan olehNya, aamiin

Hari ini Kisah 10

 2/12/2020

Kisah semalam sebenarnya..kasi tenang sikit baru masuk ke sini 😁

Semalam boleh pulak terlepas pisau di tangan. Alhamdulillah, pisau tercucuk jari kaki kiri sikit. Keluar darah, nampak macam pekat. Apa pun Sha tak expert, jadi tak pasti darah yang menitik tu pekat ke cair. Huhu dah la hari ni kena check darah di IJN. Jadi suspen juga. 

Dah settle ambil darah. Tengah tunggu result ni.

Hari Ini Kisah 9

 1/12/2020

Hihi..walaupun kisah ni berlaku pd bulan lepas, tapi bila tengok ciku memang gelak..

Sha: Elly ( Suhaili Hj Shafie )  macam mana nak buat ya, anak customer terkupas ciku belum masak. Macam mana nak peram ciku yang takde kulit?

Elly: Cuba balut dengan kertas.

Sha: Kertas? Ok ke? Boleh ke? Kertas surat khabar ke?

Elly: Kertas yang orang buat cake tu..

 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 Sha dah gelak dah time ni

Sha: Ha elok...lepas tu masukkan ciku tu dalam oven 🤣🤣🤣

Elly: Ha kita bako dia 😅 jadi ciku bakar...

Adui la....kisah tu tak abis kat situ...ada sambungannya. 

Sha: Elly, boleh tak kalau tampal balik kulit ciku tu? 🤣🤣🤣

Elly: Ha boleh..lepas tu ikat dengan getah ya. Macam buat kat durian tu 🤣🤣🤣

🤣🤣🤣 memang senget kan...adui la.. Shamsiah Yahaya kisah ni sebelum sy jawab aritu

Hari Ini Kisah 8

 25/11/2020

Alhamdulillah, hari ni ada appointment dengan IJN lagi. Seperti biasa awal pagi dah gerak ke KL. 

Selepas sesi ambil darah tunggu dlm dua jam lebih juga sebelum dapat result INR. Macam tunggu result SPM rasa. Takut & suspen je. Masa dipanggil masuk untuk berjumpa Educator Therapist tu dan soalan pertama yang Sha ajukan, "Okey ke?".

Buku INR tu diunjukkan kepada Sha. Alhamdulillah bacaannya 3. Serius macam dapat result exam ya...LULUS. Syukur sebab bacaan dalam range normal. Sha dah lega and happy tetapi doktor kurang happy sebab result tu fluctuate banyak sangat. Next week kena pergi lagi. 

Monitoring and follow-up still on-going. Close observation is needed. Agak mencabar juga untuk Sha control kepekatan/kecairan darah ni. It's all about my diet. Kena jaga pemakanan. Nampak simple jaga apa yang dimakan. Tapi once dah terganggu, agak mencabar nak back to normal. 

Allaahu Akbar. Insya Allah, everything will be fine. Keep smiling, be positive. You are a fighter!

Hari Ini Kisah 7

22/11/2020

Assalamuaikum
Hari ni, pagi-pagi dapat feedback baik dari seorang rakan niaga Sha. Mode happy.

Asbab menjual buah longan yang sedap, kata jiran & kawan-kawan suaminya, bukan Sha yang kata ya 😉 suaminya dah mula sokong minat si isteri. 

Sha tumpang happy dapat bekalkan buah dengan kualiti yang baik pada pembeli. Asbab jual buah yang sedap, memudahkan komunikasi suami dan isteri serta saling menyokong antara satu sama lain. 

Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah atas segala aturanMu.

Hari Ini Kisah 6

22/11/2020

Hari ni macam biasa lepas sarapan, siap-siapkan diri untuk pick-up stok buah dan balik rumah mula pack buah ikut tempahan ejen/pembeli. 

Hari ni ada buah:
1. Ciku
2. Jambu Madu
3. Longan
4. Betik
5. Mangga Susu 

Hari ni sambil COD buah, ada sesi berjumpa kawan-kawan yang juga ejen buah di Presint 14. Seronok betul duduk di ruang lapang depan rumah sambil minum dan makan kuih koci. 

Paling best sebab sahabat dari Sunway datang ke Putrajaya dan bawa Rendang Godok untuk kami rasa. Terima kasih sahabat. Sedap rendang awak masak. Sesuai dimakan dengan nasi, nasi impit, roti, ketupat & lemang of course la kan. Pastu keluar idea buat inti kuih karipap.. Adeh...kecur liur bila disebut bab makanan ni. 

Negara kita mewah dengan makanan. Alhamdulillah. Syukur makanan tak pernah putus. Sha pun tadi masa sampai di rumah sahabat di Putrajaya dijamu dengan mihun goreng, air tangan anak bujang tuan rumah. Sedap mihun goreng Wan 😍 (umur baru 14 tahun). Selepas tu ada kuih koci dan ada juga mee kari. Alhamdulillah rezeki masing-masing. Seronok sangat duduk berpayungkan langit biru yang cerah. Alhamdulillah cuaca cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa, tak hujan. Main layang-layang best time macam tu 😍.

Sebenarnya semasa dok bersantai bersama tiga orang sahabat tu Sha ada 1 lagi rumah nak pergi COD buah. Alhamdulillah Cik Marina Ienna Mmy sangat memahami. Sha janji nak ke rumah Cik Marina pukul 3 petang, end up pukul 6 petang baru sampai. Alhamdulillah Cik Marina masih sabar dan melayan Sha dengan baik walaupun Sha lewat tiga jam. Maaf ya.

Sebenarnya Cik Marina juga adalah rakan niaga Sha di frutis.my. Kini beliau diuji dengan  kesihatan diri. Jadi Sha berpeluang melawat beliau di rumah. Masa di wad Hospital Serdang, tak dibenarkan melawat. Alhamdulillah ni first time sha berjumpa dengannya. Sebelum ini kami berkomunikasi melalui phone call, whatsapp atau telegram sahaja. Nak balik tu, Sha dibekalkan dengan keropok lekor. Rezeki dariNya, alhamdulillah. 

Terima kasih Cik Marina. Semoga dirimu dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan olehNya, aamiin.

cc
Adi Nubli
Norzarita Samsudin
Shamsiah Yahaya

p.s. baru ada ruang nak update di sini 
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim