Wednesday, October 20, 2021

Warna-warni Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Cuba perhatikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berada di pasaran umumnya dan yang kita beli khususnya. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dengan pelbagai warna. Warna yang berbeza ini sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat fungsi dan keunikan pada buah-buahan dan sayur-sayuran berlainan warna ini. 

Oleh itu, eloklah kita menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai agar kita mendapat nutrien tambahan yang berlainan untuk kesihatan dan sistem imun badan.

Jom makan buah segar.


Sunday, October 3, 2021

Buah-buahan Dalam Diet Harian

Ahamdulillah, negara kita kaya dengan sumber buah-buahan tempatan dan juga buah import. Pengambilan buah-buahan penting sebagai sumber vitamin, mineral dan serat untuk badan. Bagi anak-anak yang tidak suka makan sayur-sayuran, maka pengambilan buah-buahan perlu sebagai altenatif sumber vitamin, mineral dan serat. Pengambilan buah-buahan ini juga boleh meningkatkan sistem imun badan. 

Buah-buahan mudah dimakan begitu sahaja atau dikisar menjadi jus. Ada juga yang membuat puding buah-buahan, aiskrim, buah kering, jeruk dan lain-lain menu berasaskan buah-buahan mengikut kreativiti masing-masing.

Oleh itu, jom makan buah segar.

Sumber: Buah-buahan dan Sayur-sayuran, Kenapa Perlu?

#sisjualbuahsegar