Tahun 2021 akan meninggalkan kita dengan pelbagai kisah suka dan duka. Setiap yang berlaku pastinya akan menjadi sejarah Segala kebaikan atau segala keburukan akan menjadi pengajaran, peringatan dan memberi 1001 pengalaman buat diri kita. Hargai segala yang berjaya digenggam. Bersyukur atas segala kurniaan dariNya.
Lembaran baru tahun 2022 bakal menjelang. Sudah tentu ada bermacam-macam azam dan impian yang ingin dicapai. Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan dan dipermudahkan olehNya, aamiin.