Thursday, December 30, 2021

365 Hari

Tahun 2021 akan meninggalkan kita dengan pelbagai kisah suka dan duka. Setiap yang berlaku pastinya akan menjadi sejarah Segala kebaikan atau segala keburukan akan menjadi pengajaran, peringatan dan memberi 1001 pengalaman buat diri kita. Hargai segala yang berjaya digenggam. Bersyukur atas segala kurniaan dariNya.

Lembaran baru tahun 2022 bakal menjelang. Sudah tentu ada bermacam-macam azam dan impian yang ingin dicapai. Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan dan dipermudahkan olehNya, aamiin.



Sunday, December 5, 2021

26 Days To Go!

Hari ni sudah hari kelima dalam bulan Disember 2021. Means ada 26 hari lagi sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya. 

Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita semua. Perkara gembira, menarik, sedih, ngeri, tak sangka atau memang kita tau kita akan capai sesuatu. Itu semua akan jadi memori yang akan dilakarkan dalam catatan kehidupan kita. Akan jadi pengajaran dan pembelajaran kita. Pastinya perkara yang berlaku ini mematangkan diri kita. Pengalaman hidup yang akan kita ingat sampai bila-bila. 

Jom menuju kejayaan!
#terbangtinggi