"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, March 3, 2009

Rancang Keperluan Kewangan - FASA 1 - awal 20-an sehingga awal 30-an

Fasa ini dikenali dengan tahun permulaan. Inilah titik permulaan bagi ramai di antara kita yang mulai masuk ke dunia pekerjaan. Tidak kurang juga yang mungkin akan memasuki alam perkahwinan. Jika difikirkan banyak juga keperluan kewangan kita di tahap ini, antara lain :-
* Pembelian kereta
* Pembelian rumah
* Memilih corak pemakaian untuk pekerjaan
* Membayar hutang pendidikan
* Memberi wang ihsan pada ibu bapa
* Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan

Hati-hati supaya tidak terjebak dengan hutang kad kredit sewaktu awal pekerjaan. Dari segi pelaburan pula, masa inilah kita harus bersedia menerima risiko dan mencuba pelaburan dalam amanah saham yang berbentuk ekuiti. Pembelian polisi takaful tabungan juga digalakkan untuk menyediakan ‘payung sebelum hujan’.

Koleksi ANIS (Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir - Hijrah Strategic Advisory Group Sdn. Bhd.)

Kekalkan Kesegaran Diri

* Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.

* Jangan abaikan sarapan.

* Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).

* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

* Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.

* Lakukan aktiviti senaman selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa penat.

* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.

Memilih Kasut

* Masa terbaik untuk membeli kasut adalah waktu tengah hari kerana waktu ini kaki mengembang.
* Sebelah kaki kita adalah lebih besar. Oleh itu, beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.
* Bahagian depan kasut mestilah selesa dan pastikan hujung jari dapat digerakkan.
* Jangan berharap kasut akan mengembang. Jangan beli jika kasut terlalu ketat.
* Tumit kaki mesti selesa. Elakkan tekanan pada tumit.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim