"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Saturday, December 29, 2012

Tugasan Penutup Tahun 2012

Balik kampung pada ari Khamis (27/12/2012). Alhamdulillah jalan clear so dalam masa 2 jam dah sampai..waa terkejut jugak saya..hihik.
 
Singgah kejab umah cousin. Hantar kasut saiz '4' itu. Hm pengantin boleh menarik nafas lega. Selesai satu bab.
 
Balik umah. Mak dah masak sambal ikan nyoknyok. Perggghh sedapnyer..tapi makan tak tambah pun ...hihikkk jaga badan gitu.
 
alam tu memang penat sangat dengan ngantuknya. Hmm tak tahan dah tidur awal..esok masih ada misi yang belom selesai.
 
28/12/2012
 
Pagi-pagi lepas breakfast gerak umah cousing sebab majlis tahlil pada pukul 10 pagi. So pegi sana. Hmm tengahari balik rumah kejab. Then petang pegi semula untuk tugasan make-up pengantin. Oh yang tu tugas my sis. Ni make-up tuk acara nikah lepas asar. Ikut ke masjid. Alhamdulillah majlis selesai dan berjalan dengan lancar.
 
Balik semula ke rumah cousin. Makan time! Best..Lepak sampai pukul 10 jugak umah cousin. Waa penatnye..sabar-sabar. Esok ada lagi..
 
29/12/2012
 
Sama juga lepas sarapan, pegi umah cousin amik pengantin pegi make-up di kedai. Janji pukul 10. Yeaahh by 9.30 tu dah sampai. Ok la kan biar awal skit..jangan lewat.
 
Lepas settle bab make-up kami pun gerak ke Dewan Orang Ramai Rakan Muda Kemunting. Lepak dulu di holding room. By 12.30 tugasan Sha pulak bermula. Hihik jadi pengapit pengantin. Sib baik just dok apit time makan di meja beradap je. Takde sanding bagai. Ok selamat. Makan pun ok ja. Kasihan pengantin perempuan who is my cousin's daughter tak sempat mau makan. Almaklum tetamu dok kerumun dia di meja makan. Pengapit makan ok ja. Hihikkk...terbaik.
 
Selesai sudah tugasan Sha. Lega..tak banyak yang boleh dibantu. Hanya itu sahaja..maaf andai ada kekurangan :)
 
Selamat Pengantin Baru Nurul Aqilah dan Frizal. Semoga kalian berdua berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah..amin.
 
 

Tuesday, December 25, 2012

Jalan-Jalan Cari Barang

25/12/2012

Plan ke IKEA dengan my sis berjaya. Kononnya mahu cari hadiah kawin my cousin. Hmm cuci mata je jawabnya di IKEA. Tak ada yang menarik perhatian kami. Jadi akhirnya kami berdua kembali ke The Mines.

Alhamdulillah at last..berjaya menemui hadiah kawin & kasut kawin pengantin yang bersaiz '4'. Habis 1 Taiping sampai ke Penang dicarinya kasut saiz '4' itu, tiada ditemui. Jadi my sis & I menawarkan diri mencari kasut tersebut. Alhamdulillah berjaya.

Hmm dek kerana my sis mau makan chicken grill then kami menuju ke Kenny Rogers's. Ha kenyang tak hengat. Alhamdulillah..

Akhir sekali Sha hantar my sis ke rumahnya di Ampang. Alhamdulillah jalan clear. Sedari pagi tadi sewaktu Sha jemput my sis perjalanan di sekitar Ampang & Kota Damansara lancar sahaja. Aman sungguh rasa. Syukur padaMu ya Allah.

Monday, December 24, 2012

MC

Seperti tidak percaya Sha dapat MC hari ni. Dengan 38° C suhu yang diambil, hmm demam.. dah start since Sabtu lagi. Patut la badan tak bermaya je. Dengan sakit tekak nyer.
 
So pegi PK dapat ubat panadol yang seboleh mungkin Sha tak nak makan. Tapi kalau nak baik demam kena la makan. MasyaAllah besar la pulak saiz panadol nya. Hmm sabar je la..
 
Balik umah apalagi tidur kejab. By 3 pm baru terjaga. Hmm terkejar-kejar bayar hutang. Then masak. Simple jer. Sambal tumis ikan bilis, my favourite. Then ada ikan masin. Hmm layan...
 
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim