"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Friday, March 7, 2014

Berbelanja @ Menyimpan

   Kalau mengikut teori kewangan, (kursus yang pernah Sha ikuti) bila dapat gaji atau pendapatan, perkara pertama yang mesti dibuat ialah menabung sebanyak 10% daripada pendapatan. Bakinya bolehlah digunakan untuk perbelanjaan harian, bayar hutang/ pinjaman (jika ada).
 
   Sha punya corak perbelanjaan dan penyimpanan sedikit berbeza. Sha buat serentak. Macam mana tu? Okay Sha kongsikan di sini. Ilmu yang diperolehi dari satu kursus kewangan yang pernah Sha hadiri. Moga memberi manfaat, in sha Allah.
 
   Sha berbelanja seperti biasa. Makanan, bayar bil, petrol, perbelanjaan diri dan macam-macam lagi. Perangai Sha suka simpan RM5 dan RM1. Ya yang notes warna hijau dan biru masing-masing tu. Dapat je notes hijau atau biru, Sha masuk dalam tabung. Satu lagi, duit syiling pun simpan dalam tabung. Jadinya dalam purse tak ada notes RM5, RM1 dan syiling. Hujung bulan jumlahnya mencecah RM200 juga. Jadi semasa orang lain sibuk berbelanja, Sha pulak pegi ke bank simpan duit.
 
   Boleh ke tukar notes lain? Jawapan Sha: boleh. Kalau nak simpan RM10 (merah) dan RM20 (jingga) boleh saja. Depend pada individu.  
 
   Adakala bila waktu kecemasan, Sha ada notes hijau dan biru yang dapat membantu. So kawan-kawan jangan lupa menabung untuk masa hadapan. 
 
 
 

Sunday, March 2, 2014

Perjalanan

   2014 sudah sampai ke bulan Mac. Masa berputar tanpa henti. Perjalanan hidup kita juga seperti itu. Hidup kita diwarnai dengan pelbagai warna kehidupan. 

  Ada masanya berwarna warni bak pelangi. Di kala itu kita bersyukur, bergembira, senang hati, lega, hati berbunga-bunga, ceria sahaja dengan fikiran yang positif. Senyum bak mentari.

   Ada masanya warnanya suram, malap, kelam atau mungkin sahaja gelap gelita. Di saat itu kita mungkin sedang bersedih, dilanda masalah, kehilangan, kecewa, geram, sakit hati dan berfikiran negatif.

   Sha percaya untuk memiliki warna-warna pelangi sepanjang kehidupan kita adalah tidak mustahil. Namun sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada cabaran dan dugaan. Semua itu menjadikan kita lebih bersedia menghadapi hari-hari mendatang. Buat kita lebih bersemangat. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Itu yang terbaik.


"Gembira dan sedih ada di mana-mana. Pilihan di tangan kita sendiri. Maka pilihlah gembira."

Friday, February 28, 2014

Buat Saya Ketawa

   Bila ketawa maksudnya sukalah kan. Tak juga, ada kala kita boleh ketawa bila melihatkan sikap segelintir orang yang suka membawa berita tidak benar ni. Sikap orang cerdik yang tak berapa cerdik. Senang cerita sebarkan fitnahlah maksud Sha. Sah-sah berita tu tak benar. Tak tahu berita sebenar, tak nak tanya.
 
   Tak apalah kalau awak suka sangat membunuh silalah buat cerita. Sha tahu berita itu tak benar. Bila baca memang buat Sha gelak. Hai dari manalah dia dapat berita tu. Rasanya bahasa yang digunakan, Bahasa Melayu. Sha pun tak faham macam mana ada sesetengah orang boleh salah faham juga. Kalau tak faham atau tak jelas, cuba bertanya semula agar tiada salah faham. Haissh!
 

 
 
  
 
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim