"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Friday, January 2, 2015

Maulidur Rasul 1436H

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
      Permulaan 2015 yang sangat baik. 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1436H merupakan satu tarikh yang sangat bermakna. Sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh seluruh umat Islam. Kelahiran Nabi Besar Junjungan kita, Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam. Kelahiran Baginda membawa rahmat ke seluruh Allah. Insan yang mulia ini akan sentiasa berada dalam ingatan kita. Selawat dan salam ke atas baginda serta seluruh kaum keluaraga dan para sahabat baginda.
 
     Tahun ini juga merupakan tahun yang istmewa kerana Maulidur Rasul akan disambut sekali lagi pada Disember 2015. Bermakna pada 2015 ini, umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul sebanyak dua kali. Fenomena ini hanya berlalu pada setiap 33 tahun. Walau pun begitu, diharapkan umat Islam akan sentiasa mengingati Baginda sebagai mana Baginda sentiasa mengingati kita, umat di akhir zaman ini. Malah Baginda sudah merindui kita umatnya, walau pun ketika itu, kita belum lagi wujud. Masya-Allah begitulah sayangnya Baginda pada kita semua. Kasih sayang Baginda terhadap kita umatnya begitu kuat hinggalah Baginda berada di hujung nyawa. Jadi sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada Baginda, sama-samalah kita berselawat dan mengikut sunnah-sunnah Baginda.
 
 
 
(pesanan untuk diri sendiri)

 

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

     Hari ini hari terakhir 2014. Sepanjang 2014, berbagai-bagai kenangan yang menghiasi diari Sha. Alhamdulillah 2014 juga memberikan rezeki yang baik untuk Sha. Syukur padaMU Ya Allah.

     Semoga tahun 2015 akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan semua urusan dipermudahkan olehNYA, aamiin.

Saturday, November 15, 2014

Brand New!

     Masih lagi di bulan Muharam 1436H. Alhamdulillah tahun hijrah 1436 ini, Sha diberikan rezeki yang lebih baik olehNya. Syukur. Perubahan kerjaya.
 
     Berubah angin kata orang. Bertugas di tempat baharu dengan kawan-kawan baharu. Skop kerja baharu dengan cabaran baharu. Serba baharu di tahun baharu Muharam 1436. Pengalaman baharu membuatkan Sha teruja di tempat kerja baharu. Ada banyak perkara yang boleh Sha pelajari bukan sahaja daripada rakan sekerja tetapi juga semangat baharu apabila berurusan dengan para pelajar.
 
     Sha...tidak semua orang mempunyai peluang seperti mana yang diperolehi. Jadi hargai dan syukuri apa yang berada dalam gengaman.
 
     Good Luck Sunshine!
 
 
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim