"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, August 4, 2013

Mood Raya

Ramadan belum lagi berakhir..hari-hari terakhir Ramadan..adakah Sha akan bertemu lagi Ramadan di tahu hadapan..Bermohon padaNYA agar masih dipanjangkan umur bertemu Ramadan di tahun akan datang..aamiin.

Aidilfitri di bulan Syawal bakal menjengah. Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..insya Allah..

Wednesday, July 24, 2013

Salam Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum..

Lately ni agak jarang update blog yang satu ini..dok menyibukkan diri tulis puisi..

Alhamdulillah Ramadan sudah pun tiba di pertengahannya, masih ada waktu mengejar ganjaran yang terdapat di dalam bulan penuh barakah ini..


Tuesday, July 16, 2013

Awak

Awak.

Ya. Awak yang tengah baca ni.
Saya tahu, jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang terlukis terang.
 
Namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.
 
Tapi saya percaya di sebaliknya,
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
Awak menangis di hadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya. Hanya untuk DIA.
Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
Kerana hatimu teguh bersama Pencipta.


sumber: http://munsyi.tumblr.com/page/21
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim