"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Monday, September 20, 2021

Jual Buah Segar

Hari ini 20 September 2021, hari pertama memulakan kembali bisnes jual buah segar. Alhamdulillah, sokongan kawan-kawan sangat Sha hargai. Syukur juga padaNya kerana menyusun rezeki sedemikian rupa untuk hambaMu ini.

Bermula Jun 2021 berhenti sekejap berniaga buah segar dek kerana PKP yang dilaksanakan. Tiga bulan juga tempohnya Sha berehat di rumah. Bukan tidak boleh mohon surat MITI atau mohon kebenaran PDRM untuk rentas daerah bagi tujuan menghantar buah kepada pembeli, tetapi disebabkan oleh peningkatan kes saban hari. Rasa takut juga. Jadi itulah puncanya Sha berehat sebentar.



Friday, September 17, 2021

Kerja Kayu

Tidak semua orang dikurniakan bakat dan minat kerja-kerja bertukang. Tukang kayu memerlukan sikap sabar, hati-hati dan teliti agar hasil kerja mereka kemas dan cantik.

Sabar ketika membuat ukuran kayu, memotong kayu, gam kayu dan mengetam kayu. Ketika membuat kerja-kerja kayu perlu berhati-hati kena ada alat yang tajam seperti pemotong kayu elektrik, paku, pahat dan lain-lain lagi. Selain itu, seorang tukang kayu juga teliti orangnya. Teliti ketika membuat ukuran agar hasilyang siap nanti kemas dan cantik.

Thursday, September 16, 2021

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim