"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, March 31, 2009

Kebaikan madu

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. IBU MENGANDUNG
a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
3. ANAK DALAM KANDUNGAN
a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

4. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d. Mengelak dari kembung perut bayi.
5. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

10 Hadiah

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi..

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang memasak

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita

* Bagus kan...hadiah ni tak memerlukan belanja yang besar, tapi memberi makna yang besar kepada penerima.

Beauty of Math!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 111
2 x 9 + 3 = 1111
23 x 9 + 4 = 11111
234 x 9 + 5 = 111111
2345 x 9 + 6 = 1111111
23456 x 9 + 7 = 11111111
234567 x 9 + 8 = 111111111
2345678 x 9 + 9 = 1111111111
23456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

* Maths is not my favourite subject, yet it is fun!

Amazing

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If:
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
And:
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
But:
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Monday, March 30, 2009

Tips Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat:

1. Timbangkan berat badan pada setiap minggu dan ketahui Indeks Jisim Badan (IJT).
IJT = berat badan (kg)/[tinggi (m) x tinggi (m)]

2. Hidup aktif dengan memperbanyakkan gerakan.
3. Kurangkan masa untuk duduk, menonton televisyen dan menggunakan komputer.
4. Kurangkan makanan yang bertenaga tinggi seperti makanan bergoreng dan minuman bergula.
5. Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengenyangkan.
6. Amalkan cara memasak yang kurang menggunakan minyak.
7. Menetapkan masa untuk makan boleh mengelakkan anda daripada tertinggal/ terlambat makan dan terlebih makan selepas itu.
8. Menggunakan pinggan makan bersaiz kecil membuatkan saiz sajian tidak kelihatan terlalu sedikit.
9. Meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dapat mengurangkan kuantiti makanan yang diambil.
10. Berhenti makan sebelum anda rasa terlalu kenyang.
**Nota
Klasifikasi IJT (kg/m)2 Tafsiran
Kurang daripada 18.5 --> Kurang berat badan
18.5 - 24.9 -----------> Berat badan sihat
25 - 29.9 -------------> Berlebihan berat badan
30 dan ke atas --------> Kegemukan

Rujukan: http://www.nutrihealth-upm.com

Sunday, March 29, 2009

Kembali Bersua...

Assalamualaikum,

Kembali bertemu selepas 2 minggu tidak menulis/mengirim artikel. Sepanjang 2 minggu lepas Sha terlibat dengan Kursus Induksi.

Alhamdulillah telah hadir dengan jayanya kursus tersebut. Lega rasanya, jadi sekarang tunggu untuk ambil exam perkhidmatan pula (bulan Ogos nanti, insyaAllah) untuk pengesahan jawatan.

Macam biasa pengisian kursus tertumpu kepada sesi ceramah yang menyeluruh, dari segi imej/ penampilan diri, etiket dan protokol, motivasi, komunikasi berkesan, uji minda, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, perintah am yang wajib diketahui oleh kakitangan awam dan banyak lagi.

Paling mengujakan apabila kami semua dibawa ke Ladang UPM di Puchong. Di sana kami mendapat pengalaman paling menarik, menjadi umpama nelayan. Kami semua masuk kolam, gunakan jala, tangkap ikan. Pertama kali bagi Sha merasa pengalaman masuk kolam. Seronok sangat bila banyak ikan tersangkut dalam jala dan ikannya besar-besar. Ada ikan tilapia, ikan keli, ikan rumput, ikan belida dan lain-lain (heehee tak tau nama...). Baru la rasa macam mana susahnya nak tangkap ikan, selama ni tahu makan ikan.. mudah kan...beli je di pasar.

Wednesday, March 18, 2009

7 cara melegakan tekanan dalam masa 10 minit

Rehat 5-10 minit – kalau anda terlalu sibuk bekerja, ambil masa 5-10 minit untuk duduk rehat tanpa membuat apa-apa kerja dan tenangkan fikiran. Ini boleh mengurangkan ketegangan dan tekanan darah anda di samping meningkatkan daya kawalan anda terhadap keadaan sekeliling.

Cuba buatkan diri anda ketawa – anda boleh melegakan tekanan dengan membuatkan diri anda ketawa gembira. Cubalah ketawa dengan menonton rancangan TV komedi kegemaran anda atau mendengar sesuatu yang lucu dari nada dering telefon bimbit anda.

Dengar muzik yang menenangkan – semua orang perlukan suasana tenang untuk membuat kerja. Tetapi suasana yang terlalu sunyi akan menambahkan lagi tahap tekanan diri anda. Sekali-sekala anda perlukan muzik untuk tenangkan diri. Jenis muzik? Ia bergantung kepada anda.

Fikirkan sesuatu yang menggembirakan – dalam beberapa minit cuba fokuskan fikiran anda terhadap sesuatu yang menggembirakan. Anda mungkin boleh boleh melihat gambar ahli keluarga tersayang atau melihat gambar pemandangan indah. Ini boleh meningkatkan semangat dan fikiran positif anda.

Berdiri dan ambil masa berjalan sebentar – para saintis telah membuktikan bahawa mereka yang memperuntukkan masa berjalan sekurang-kurangnya empat kali dalam seminggu kurang berasa tekanan dan mempunyai tidur yang lebih baik. Untuk melakukannya, anda mungkin boleh mengambil masa 5-10 minit untuk berjalan ke hulu ke hilir di ruang pejabat anda setiap hari.

Buat senaman nafas - tarik nafas panjang dan tahan untuk beberapa saat, lepas tu hembuskan secara perlahan-lahan. Anda pasti lega dan lebih mudah membuat kerja.

Relakskan diri dengan senaman ringkas – untuk beberapa minit selepas bangun pagi anda boleh relakskan badan anda dengan senaman ringkas dari kepala ke kaki. Senaman regangan otot menjadikan anda lebih selesa datang ke tempat kerja. Anda juga boleh membuat senaman ringkas di tempat kerja untuk merelakskan badan.

RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN KITA - 3

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN KITA - 2

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru itu, tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stres' iaitu stres yang baik dan stres yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik. Stres yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Tuesday, March 17, 2009

RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN KITA - 1

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Monday, March 16, 2009

Keajaiban Berselawat

Nabi Muhammad SAW bersabda:
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan!
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Thursday, March 12, 2009

Jika Ia Sebuah Cinta

Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Balang Mayonis Dan 2 Cawan Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.

Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda…

Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”“

Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan nampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini… “

Wednesday, March 11, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul, mengingatkan kita kepada tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, dalam kata lain birthday Nabi Muhammad SAW.

Seperti biasa akan ada ceramah yang dianjurkan untuk kita mengenang kembali sirah junjungan Nabi Muhammad SAW. Pada Jumaat 6 Mac 2009, di tempat kerja Sha diadakan satu ceramah sempena menyambut Maulidur Rasul. Persoalan yang dikemukakan oleh penceramah ialah:

"Berapa usia Nabi yang kita sambut setiap tahun"

(Maulid membawa erti kelahiran.) Kata penceramah lagi selalunya kita akan tahu sambutan birthday yang ke berapa yang disambut. Pada masa itu Sha terdiam. Memang benar tiap-tiap tahun Sha sambut Maulidur Rasul, tapi bila ditanya berapa umur Nabi pada tahun ini, 1430H, pasti tidak terlintas di fikiran persoalan ini.

Antara isi ceramah yang Sha fahami: (mengapa Nabi diutuskan...)
1. Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai pemimpin umat yang akan memimpin kita ke arah keselamatan dunia dan Akhirat. Pemimpin yang baik memimpin ke arah keselamatan orang yang dipimpin.
2. Mengambil contoh keperibadian mulia dan terpuji Nabi Muhammad SAW, role model paling hebat.
3. Panduan hidup - kewajipan solat, kefahaman dan penghayatan bacaan di dalam solat
4. Mengamalkan ilmu yang diperolehi agar mendapat hidayah ilmu.
5. Sentiasa berpegang kepada dua perkara yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dan Hadis.
6. Ambil peluang untuk hadir di majlis-majlis ilmu.

Wednesday, March 4, 2009

Panduan Menggunakan Sudu Garpu





Panduan Guna Napkin Tangan

Adab Dan Tertib Di Meja Makan


1. Napkin 2. Pinggan 3. Sudu Sup 4. Pisau untuk ikan 5. Garpu untuk ikan

6. Pisau untuk steak 7. Garpu untuk steak 8. Piring untuk roti

9. Pisau untuk menyapu mentega 10. Sudu untuk manisan pembasuh mulut

11. Garpu untuk pembasuh mulut 12. Gelas untuk air

Etiket Di Meja Makan




Tuesday, March 3, 2009

Rancang Keperluan Kewangan - FASA 4 - awal 50-an akhir usia

Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur kita dan memberi kesihatan, satu nikmat yang tidak ternilai harganya. Ramai di antara kita sudah memulai perancangan pencen kelak.

Antara lain, keperluan kewangan adalah:
* Kesihatan
* Penjelasan hutang yang berkos tinggi - jangan mati meninggalkan hutang; bukan harta.
* Memulakan hobi baru seperti memancing, bersukan/bersenam, menjahit dan lain-lain.
* Memasuki kelab-kelab/persatuan - mengisi masa sambil beramal

Alam pelaburan baru mungkin hanya yang tidak berisiko tinggi seperti, Bon Merdeka untuk warga emas. Eloklah ambil peluang ini untuk memberi sedekah secara berterusan kepada yayasan-yayasan tertentu. Semoga Allah memberkati setiap FASA kehidupan kita yang serba singkat ini.

Koleksi ANIS (Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir - Hijrah Strategic Advisory Group Sdn. Bhd.)

Rancang Keperluan Kewangan - FASA 3 - awal 40-an hingga awal 50-an

Kita sudah pun masuk waktu yang lebih stabil dalam urusan kewangan. Jadi bersikap berhati-hatilah. Jika sewaktu muda itu belanja agak keras – pantang ada ‘sale’ mesti kita ada, waktu ini banyakkan hadir diri ke majlis ilmu atau membuat kerja amal.

Keperluan kewangan pula berbeza sedikit:-
* Penjelasan hutang - wang KWSP akaun 2 boleh dikeluarkan sewaktu umur 50.
* Penabungan untuk pencen kelak
* Pembelian aset baru mungkin berkurangan sebab takut mengalami beban hutang yang berlebihan.
* Perbelanjaan untuk kesihatan diri

Pelaburan pula mungkin berkurangan tetapi lebih banyak pemantauan yang harus dibuat ke atas pelaburan yang dahulu. Kita pula sudah lebih mengetahui tentang risiko dan pulangan melalui pengalaman. Pembelian polisi takaful yang baru juga berkurangan tetapi terfikir untuk menjadi wakil takaful untuk mendapat pendapatan yang lebih. Kita juga mulai berjinak dengan dunia perniagaan untuk menyiapkan diri menempuh tempoh persaraan nanti.

Koleksi ANIS (Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir - Hijrah Strategic Advisory Group Sdn. Bhd.)

Rancang Keperluan Kewangan - FASA 2 - awal 30-an hingga awal 40-an

Waktu ini, insya-Allah pendapatan kita sudah mulai meningkat. Jika kenaikan gaji purata 5% setahun dan kita mulai bekerja sejak awal 20-an, besar kemungkinan gaji kita sudah naik sekurang-kurangnya 50%.

Dari segi keperluan kewangan pula, antara lain ianya mungkin meliputi:-
* Penyusunan semula hutang
* Pembelian kereta yang lebih mewah
* Pengubahsuaian rumah atau pembelian rumah baru
* Peruntukan untuk melancong/mengerjakan haji/umrah

Dari segi pelaburan, mereka yang di peringkat ini masih boleh menerima risiko tetapi tidak seperti pada fasa pertama tadi. Jika pemilihan saham amanah, mungkin yang berbentuk ‘balanced’ atau potfolio yang mengandungi 50% bon dan 50% saham. Bagus juga kita mulai membeli tanah atau hartanah yang lain untuk pendapatan tambahan.

Pembelian polisi takaful pula mungkin pada fasa ini terfikir tentang kesihatan. Jadi ramai mula mengambil polisi ‘critical illness’ atau mulai menabung untuk pendidikan anak-anak.

Koleksi ANIS (Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir - Hijrah Strategic Advisory Group Sdn. Bhd.)

Rancang Keperluan Kewangan - FASA 1 - awal 20-an sehingga awal 30-an

Fasa ini dikenali dengan tahun permulaan. Inilah titik permulaan bagi ramai di antara kita yang mulai masuk ke dunia pekerjaan. Tidak kurang juga yang mungkin akan memasuki alam perkahwinan. Jika difikirkan banyak juga keperluan kewangan kita di tahap ini, antara lain :-
* Pembelian kereta
* Pembelian rumah
* Memilih corak pemakaian untuk pekerjaan
* Membayar hutang pendidikan
* Memberi wang ihsan pada ibu bapa
* Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan

Hati-hati supaya tidak terjebak dengan hutang kad kredit sewaktu awal pekerjaan. Dari segi pelaburan pula, masa inilah kita harus bersedia menerima risiko dan mencuba pelaburan dalam amanah saham yang berbentuk ekuiti. Pembelian polisi takaful tabungan juga digalakkan untuk menyediakan ‘payung sebelum hujan’.

Koleksi ANIS (Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir - Hijrah Strategic Advisory Group Sdn. Bhd.)

Kekalkan Kesegaran Diri

* Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.

* Jangan abaikan sarapan.

* Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).

* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

* Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.

* Lakukan aktiviti senaman selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa penat.

* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.

Memilih Kasut

* Masa terbaik untuk membeli kasut adalah waktu tengah hari kerana waktu ini kaki mengembang.
* Sebelah kaki kita adalah lebih besar. Oleh itu, beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.
* Bahagian depan kasut mestilah selesa dan pastikan hujung jari dapat digerakkan.
* Jangan berharap kasut akan mengembang. Jangan beli jika kasut terlalu ketat.
* Tumit kaki mesti selesa. Elakkan tekanan pada tumit.

Monday, March 2, 2009

Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.

Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu dilakukan.

Kesannya, anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang anda kesali seumur hidup.

Bagaimana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.

Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.

Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita ‘immune’ dari stress.

Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.

Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

Fungsi Otak Kanan

Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika anda berjumpa dengan seorang yang amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan.

Fungsi otak kanan:
- Imaginasi
- Berfikir secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi (gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tidak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.

Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.

Jadi, jika anda menyedari apa bakat anda dan apa kebolehan anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.

Fungsi Otak Kiri

Otak kita ada dua bahagian, otak kiri dan otak kanan. Otak kiri mengawal bahagian kanan badan manakala otak kanan pula mengawal bahagian kiri badan. Fungsi otak kiri ialah mengawal segala yang berkaitan dengan logik.

Antaranya seperti:
- Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
- Menyimpan data dan fakta
- Menganalisis
- Memahami logik, bahasa dan matematik

Orang yang meminati angka, nombor, suka subjek perakaunan, pengurusan wang atau meminati hal-hal teknikal komputer, dia tergolong sebagai orang yang banyak menggunakan otak kiri. Penganalisa data juga adalah orang banyak menggunakan otak kiri.

Untuk nak berjaya, anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak kanan dan otak kiri. Jika anda terus menerus menjadi orang yang banyak menggunakan otak kiri, pencapaian Anda statik.

Sunday, March 1, 2009

Pilih Kawan

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenalilah kawan-kawannya".

Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai di masa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti mereka di kalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa.

HADIAH TERBAIK

kepada kawan... ... ... ..kesetiaan,
kepada musuh... ... ... ..kemaafan,
kepada ketua... ... ... ... khidmat,
kepada yang muda... ... contoh terbaik,
kepada yang tua... ... .hargai budi mereka dan kesetiaan
kepada pasangan... ... cinta dan ketaatan
kepada manusia... ... kebebasan

Mac 2009

Hari ini dah masuk hari kedua bulan Mac. Masa berlalu dengan cepat. Jika kita tidak mendahului masa (menggunakan masa dengan bijak) sudah pasti masa akan memotong kita.

Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim