"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, March 11, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul, mengingatkan kita kepada tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, dalam kata lain birthday Nabi Muhammad SAW.

Seperti biasa akan ada ceramah yang dianjurkan untuk kita mengenang kembali sirah junjungan Nabi Muhammad SAW. Pada Jumaat 6 Mac 2009, di tempat kerja Sha diadakan satu ceramah sempena menyambut Maulidur Rasul. Persoalan yang dikemukakan oleh penceramah ialah:

"Berapa usia Nabi yang kita sambut setiap tahun"

(Maulid membawa erti kelahiran.) Kata penceramah lagi selalunya kita akan tahu sambutan birthday yang ke berapa yang disambut. Pada masa itu Sha terdiam. Memang benar tiap-tiap tahun Sha sambut Maulidur Rasul, tapi bila ditanya berapa umur Nabi pada tahun ini, 1430H, pasti tidak terlintas di fikiran persoalan ini.

Antara isi ceramah yang Sha fahami: (mengapa Nabi diutuskan...)
1. Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai pemimpin umat yang akan memimpin kita ke arah keselamatan dunia dan Akhirat. Pemimpin yang baik memimpin ke arah keselamatan orang yang dipimpin.
2. Mengambil contoh keperibadian mulia dan terpuji Nabi Muhammad SAW, role model paling hebat.
3. Panduan hidup - kewajipan solat, kefahaman dan penghayatan bacaan di dalam solat
4. Mengamalkan ilmu yang diperolehi agar mendapat hidayah ilmu.
5. Sentiasa berpegang kepada dua perkara yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dan Hadis.
6. Ambil peluang untuk hadir di majlis-majlis ilmu.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim