"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, December 22, 2010

21 Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Anda

Oleh Taidin Suhaimin
"Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukan bagaimana baik anda lakukannya." - Lou Holtz

cara meningkatkan motivasi anda terutamanya semasa perasaan lemah, tidak berdaya, malas, bosan atau putus asa melanda diri anda

1. Baca buku motivasi.
2. Baca buku mengenai orang-orang yang berjaya.
3. Tulis artikel motivasi.
4. Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
5. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
6. Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
7. Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
8. Bermain musik.
9. Tengok gambar-gambar yang dapat memberi suatu semangat baru kepada anda.
10. Meditasi.
11. Bersenam.
12. Bertekad untuk: menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh keberanian dan kesungguhan sehingga selesai!
13. Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
14. Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
15. Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
16. Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
18. Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga.
19. Ikuti seminar motivasi.
20. Adakan kenduri doa selamat.
21. Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.

my personal favourite would be no. 7 & 16

2010 Makin Hampir Ke Penghujung

Assalamualaikum..
(Lamanya Sha tak update blog ni..since my last post in March..)

Diam tak diam..pejam celik pejam celik 9 hari lagi 2011 bakal muncul.

Sepanjang 2010 ni alhamdulillah banyak perkara yang berlaku..pertemuan dengan kawan-kawan lama & kawan-kawan baru.. banyak perubahan..pencapaian....pelbagai kisah & cerita..sama-sama harungi suka duka... dll lagi..

Syukur kehidupan semakin baik..alhamdulillah.. enjoy life @ d'fullest

Wednesday, March 31, 2010

Bertemu lagi..

Assalamualaikum,

Lama nyer tak jenguk blog ni...post pertama untuk tahun ni...

p.s.: kalau ada yang nak share any nice & interesting article...you are welcome to do so...thank you in advance..

Peristiwa April Fool

Perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
……..
(Petikan drpd Risalah Fikrah – Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ……rawahu Tirmizi Illal Liqaq .)
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim