"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, December 22, 2010

21 Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Anda

Oleh Taidin Suhaimin
"Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukan bagaimana baik anda lakukannya." - Lou Holtz

cara meningkatkan motivasi anda terutamanya semasa perasaan lemah, tidak berdaya, malas, bosan atau putus asa melanda diri anda

1. Baca buku motivasi.
2. Baca buku mengenai orang-orang yang berjaya.
3. Tulis artikel motivasi.
4. Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
5. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
6. Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
7. Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
8. Bermain musik.
9. Tengok gambar-gambar yang dapat memberi suatu semangat baru kepada anda.
10. Meditasi.
11. Bersenam.
12. Bertekad untuk: menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh keberanian dan kesungguhan sehingga selesai!
13. Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
14. Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
15. Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
16. Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
18. Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga.
19. Ikuti seminar motivasi.
20. Adakan kenduri doa selamat.
21. Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.

my personal favourite would be no. 7 & 16

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim