"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Monday, January 28, 2013

Strategi

Kisah aksi atau pun kisah perang sangat suka. Dari kisah tersebut Sha akan lihat bagaimana seorang panglima perang menggunakan minda untuk membuat strategi terbaik untuk menghadapi pihak lawan. Meski pun dengan bilangan tentera yang kecil, kebijaksanaan pasti akan memberi kelebihan kepada panglima yang mempunyai strategi gempur terhebat.

Sama seperti kehidupan seharian kita. Perancangan serta persediaan adalah dua perkara penting. Tanpa perancangan kita merancang untuk gagal. Pernah dengar kan kata-kata tersebut. Perancangan melibatkan minda untuk fikirkan strategi atau apakah cara untuk membuat sesuatu. Persediaan pula melibatkan tindakan yang menggunakan fizikal untuk menggerakan perancangan yang telah dibuat lebih awal.
Kalau ada masa dan peluang sila tonton Red Cliff 2. Kisah peperangan. Selamat menonton.

Sunday, January 27, 2013

Rehat

Weekend itu masa untuk rehat. Hmm tak juga. Ada je aktiviti yang mahu dilakukan. Apa pun hati kena ceria..& kita enjoy dengan apa yang kita buat tu..kan.

Isnin masih cuti...yeaaahh. Tengah fikir apa nak buat. Plan awal-awal. My sis said she wanna come over, hmm buat bakery la. Ok gak tu. Boleh makan masa hi-tea petang nya.

Thursday, January 24, 2013

Maulid Nabi

Tanggal 12 Rabiulawal sentiasa akan menjadi tarikh yang dikenang oleh umat Islam di seluruh dunia. Seorang insan yang sungguh mulia dan istimewa yang lahir pada tarikh itu. Baginda Nabi Muhammad SAW akan diingati sepanjang zaman hinggalah ke hari kiamat.
 
Michael H. Hart, seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Syarikat dalam bukunya "The 100" yang diterbitkan pada 1978 turut mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang hebat. Baginda diangkat sebagai manusia yang paling berpengaruh. Masya Allah.
 
 

Sunday, January 20, 2013

Parfum/Kosmetik Beralkohol

Parfum/kosmetik beralkohol merupakan masalah baru yang tidak ada pada masa Rasulullah s.a.w. Maka dalam mengambil hukum, para ulama menggunakan ijtihad.

Berdasar penjelasan dari :

1. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
2. Lembaga fatwa Al-Azhar
3. Majlis Muzakarah Panji Masyarakat
4. Fatwa Syeikh Sya'rawi rh

Hukum menggunakan parfum kosmetik adalah boleh, tidak haram dan tidak najis.

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum alkohol.

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak, maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan, adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak, adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

Penjelasan lebih terperinci sila lihat di sini

Jika Diri Dikeji...


Sha tertarik dengan isu ini.. mari kongsikan..dan hayati isi kandungan kata-kata di bawah:

Jika diri dikeji... telitilah, muhasabahlah... adakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat?

Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai “teguran” daripada Allah melalui lidah manusia. Perbetul dan perbaikilah diri segera.

Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Hadapi emosi si pengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakanmu kelihatan “mentah”. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

Dipetik dari Majalah Solusi

Melalui ruangan Intipati
Lebih banyak info menarik untuk dikongsikan di sini

Kelebihan Surah Alam Nasyrah (atau Al-Insyirah)

بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah. Sha bersyukur. Ada kisah peribadi di sebalik perkongsian entry ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Insya Allah..

Kelebihan Alam Nasyrah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Bacaan yang lebih lanjut sila ke sini

Thursday, January 17, 2013

Jadilah Seperti Lebah


Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:

Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)

Bacaan lebih lanjut di sini

Monday, January 14, 2013

Back to School!!

:) saat menulis kisah Shaheen terasa seperti mahu sambung belajar di bidang interior design atau pun seni rekabentuk. Tambahan lagi pagi ini di bilik mesyuarat terpampang beberapa layout plan untuk sebuah kafe yang direkabentuk dengan gaya eksklusif. Teringat semasa di zaman belajar dulu. Kelas Bahasa Inggeris Pn. Julie. Beliau memberikan satu tugasan yang sedikit lari dari sesi pembelajaran kelas Bahasa Ingeris.

Tugasan:

Anda merupakan seorang project manager yang mengendalikan syarikat minyak. Dan satu lokasi minyak baru telah dijumpai di satu kawasan padang pasir. Sila bentangkan bagaimana hendak memajukan kawasan tersebut. Pembentangan boleh dibuat dalam apa bentuk sekali pun. Kumpulan Sha waktu itu pilih forum. Sha jadi pengacara. Bayangkan waktu itu kami yang seramai 10 orang berlakon menjadi pakar minyak, pakar ekonomi, pakar geologi, pakar penganalisa kewangan etc untuk menjayakan forum tersebut. Sha sendiri bercakap dalam bahasa inggeris yang ada slanga France kerana kumpulan Sha adalah syarikat dari Perancis.

Soalan tugasan: Pro & Kontra Penggunaan Minyak.

Seperti mahu kembali ke alam pelajar..insyaAllah.

Kisah Sahabat Abu ‘Ubaidah Bin Al-Jarrah


Makam Abu Ubaidah di Balqa Governorate, Jordan
“.....Setiap umat mempunyai pemegang amanah dan pemegang amanah umat ini ialah Abu ‘Ubaidah” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan beliau menyatakan status hadis ini ialah Hasan Sahih).
Fizikal dan perwatakan
 
Nama sebenar beliau adalah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah al Fihri al. Abu ‘Ubaidah seorang yang memiliki wajah yang berseri, kacak, tinggi lampai, kurus dan berjambang nipis. Beliau mudah mesra yakni pandai berkawan, tawaduk dan pemalu. Namun di saat yang genting beliau bagaikan singa. Beliau disimpulkan sebagai mata pedang yang cantik, berkilau, tajam dan runcing.
 
Salah seorang sahabat telah menjelaskan perwatakan Abu ‘Ubaidah ini ; “Tiga lelaki Quraisy yang paling berseri wajah, paling baik akhlak dan paling teguh sifat malunya; Jika mereka berkata kepadamu, mereka tidak berdusta. Jika kamu berkata kepada mereka, mereka tidak akan mendustakannya. Mereka adalah Abu Bakar, ‘Uthman bin ‘Affan dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah”. Hal ini diperkatakan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar.

Secebis Kisah Sahabat : Ukasyah R.A

Satu waktu beberapa hari sebelum kewafatan baginda s.a.w, Ukasyah berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Ya Rasulullah, ada satu waktu, tuan ada memukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah tuan sengaja memukul saya atau hendak memukul unta? “Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai Ukasyah, saya sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal, “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (Qisas).”

Kisah Sahabat – Uwais al-Qarni Wali Yang Sangat Taat Kepada Ibunya

Uwais al-Qarni merupakan satu contoh anak yang sangat soleh sehingga namanya disebut oleh Nabi SAW kepada sahabat2 baginda. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.
 
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.

Saturday, January 12, 2013

Motivasi Melalui Lalat

Motivasi Melalui Lalat
 
Lalat hampir keseluruhan hidupnya ditugaskan hidup dalam suasana yang kotor. Sememangnya lalat serangga yang pengotor, membawa penyakit dan menganggu kehidupan manusai. Ia berada di mana-mana sahaja, Pun begitu, Allah yang menugaskan lalat untuk menyelesaikan masalah kekotoran ini. Ianya masih penuh dengan nilai motivasi.
 
- Lalat akan berada di mana-mana sahaja di ceruk rantau dunia ini. Samaada bersendirian ataupun secara berkumpulan. Lalat juga terdiri daripada pelbagai jenis dan bukan semuanya hinggap atas kekotoran.
 
- Lalat mampu membiak dengan cepat di tempat-tempat yang kotor dan menjijikan. Segala jenis kuman dan virus serta penyakit akan berada di tubuh badannya. Lalu lalat akan menyebarkannya ke seluruh dunia. Dalam masa yang singkat juga ia akan mati selepas berjaya menjalankan ‘tugasnya’.
 
- Sekotor- kotor lalat, Allah telah meletakkan ubat di tubuh nya untuk menjadikannya kebal dari semua penyakit yang di bawanya. Ketahanan lalat semasa hidup memang sangat mengagumkan, ianya mati setelah sampai pada masa yang ditetapkan iaitu sekitar 6 bulan hingga satu tahun.
 
- Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari
 
Ini membawa maksud, sememangnya di lalat terdapat ubat untuk menghapuskan penyakit yang dibawanya. InsyaAllah
 
- Lalat sukar didekati, memiliki kepantasan yang mengagumkan. Boleh dikatakan, cara memukul lalat engan hanya menggunakan tangan adalah satu tindakan yang hampir mustahil, Cara yang lain perlu digunakan.untuk ‘menyelesaikannya’.
 
- Walaupun lalat hidup dalam kekotoran, berenga digunakan untuk merawat masalah luka yang sukar disembuhkan lebih-lebih lagi melibatkan penyakit Kencing Manis. Berenga akan memakan sel-sel yang mati lalu membolehkan untuk digantikan dengan sel-sel yang baru.
 
- Lalat kebiasaannya sukar dibentung kewujudannya. Bahkan tampa sedar, kita memang mengharapkan kehadiran lalat untuk membersihkan kekotoran yang wujud di bumi termasuklah memakan bangkai yang terbiar di tepi jalan.
 
- Lalat berada di mana-mana sahaja bahkan termasuklah di negara yang beriklim sejuk. Cuma ia menjadi tidak aktif bila berhadapan dengan cuaca sejuk.
 
- Sifat lalat sememangnya menakjubkan. Jika ia dihalau, ia akan lari tetapi hanya sebentar sahaja. Ia akan datang semula kemudiannya. Bermakna, lalat adalah serangga yang berani. DAripada sifat inilah terbitnya perumpamaan Arab berbunyi
 
Lebih berani daripada lalat
 
yang ditujukan kepada mereka yang berani berhati kering.
 
-Begitulah kebesaran Allah yang mencipta sekalian makhluk di muka bumi ini. Setiap sesuatu yang mengandungi ‘kekotoran’ tidak semestinya ia bersifat negatif semata-mata. Ada juga sifat positifnya, kebaikannya.
 

Kisah Unta Menjadi Hakim - Kelebihan Berselawat

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebinggungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menadah tangannya ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.
 

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.

Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.

Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,

Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani baginda? Baginda adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.
 

Idaman Hati

Lelaki Acuan Al-Quran ialah?

  • Seorang Lelaki Yang Beriman.
  • Lelaki Yang Hatinya Disaluti.
  • Lelaki Rasa Taqwa Kepada Allah SWT.
  • Lelaki Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu.
  • Lelaki Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala.
  • Lelaki Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya.
  • Lelaki Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar.
  • Lelaki Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu.

Kisah Petani Dengan Biji Buah Oren

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Wednesday, January 9, 2013

Pengembala vs Paderi

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi…

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul…

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita…

“Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah…) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)”

“Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah… Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam”

“Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah… kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.”

“Ayam tu sebenarnya soalan bonus… apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur… betullah…Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya”

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita…

“Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea…? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.”

“Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah… dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi… mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam… Hamba pun mampu… walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi…”

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.  

Sungguh besar keagungan Tuhan… walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela..

Monday, January 7, 2013

2013 Mood Cantikkan Blog

Aisyy..entah la apa kena..2013 Sha mula terasa nak cantikkan blog. Sebelum ni Sha tak kisah semua tu. Bila ada masa terluang, sibuk cari tutorial mencantikkan blog. Ada yang Sha dah cuba. Hmm ada yang jadi ada yang tak. Best juga trial & error ni. Proses pembelajaran. Cuba jaya.
 
Besides nak mencomelkan blog, Sha lebih banyak luangkan masa tuk menulis. Satu dari minat yang Sha dah abaikan. Bila menulis, it makes me feel joy..fun. Bahagia, gembira, ceria adalah pilihan. Kita sahaja yang tahu apa yang akan membuatkan diri kita diselubungi dengan hal-hal yang membahagiakan dan mengembirakan. Bila menulis seolah-olah Sha meletakkan diri pada satu situasi yang tak mungkin Sha capai. Dengan menulis, Sha diberi peluang untuk explore, gain information, share knowledge @ idea. What a nice action taken! I choose to be happy!
 
Apa pun 2013 ni mungkin Sha mahukan sesuatu yang nampak cantik seperti selalu.
 
 

Sunday, January 6, 2013

2nd Week Of January 2013

Seminggu dah berlalu. Semoga hari ini lebih baik dari semalam..insyaAllah.


Tuesday, January 1, 2013

Cikgu Oh Cikgu

Cikgu baru masuk kelas, lalu bertanya.

cikgu: siapa kat sini rasa dia bodoh sila berdiri

~~~ suasana senyap seketika ~~~

cikgu: so tiada siapa rasa dia bodoh kat sini? kalau ada sila berdiri

tiba-tiba si botak berdiri

cikgu: kamu rasa kamu bodoh ke botak?

botak: tak cikgu, cuma saya tak sanggup tengok cikgu berdiri sorang-sorang
Sumber: Fb Abg Yus

1st Post In 2013

Setahun berlalu dengan pantas. 2012 ditinggalkan dengan 1001 macam kisah suka duka, pahit manis, susah senang, dan pelbagai macam lagi kisah yang telah pun menjadi sejarah. Semuanya adalah kenangan yang tidak mungkin akan berulang lagi.
 
Fokus kepada 2013.
 
Apa sahaja yang diinginkan bermula dari diri kita sendiri. Dengan satu niat menjadi impian dan seterusnya dizahirkan menjadi realiti. Sejauh mana ianya tercapai bergantung pada usaha yang kita lakukan.
 
Namun ingatlah 'manusia merancang namun Allah yang menentukan. Di sini konsep tawakkal dan redha menjadi intipatinya.
 
Semoga 2013 membawa sinar yang lebih baik dari 2012. Bahagia yang dicari..insyaAllah.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim