Sha tertarik dengan isu ini.. mari kongsikan..dan hayati isi kandungan kata-kata di bawah:
Jika diri dikeji... telitilah, muhasabahlah... adakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat?
Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai “teguran” daripada Allah melalui lidah manusia. Perbetul dan perbaikilah diri segera.
Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!
Hadapi emosi si pengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.
Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakanmu kelihatan “mentah”. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!
Dipetik dari Majalah Solusi
Melalui ruangan Intipati
Dipetik dari Majalah Solusi
Melalui ruangan Intipati
Lebih banyak info menarik untuk dikongsikan di sini
No comments:
Post a Comment