19 Disember 2013
Pernah tak kawan-kawan jadi
buntu, atau berada di jalan raya yang tiba-tiba cam sesat. Tak tau nak ke mana.
Berpusing-pusing di satu tempat tak
jumpa jalan keluar.
Kisah balik dari tengok perlawanan hoki di Bukit Jalil dan
hantar kawan di Putrajaya.
Masuk ke Putrajaya sekali dah
salah lorong keluar dari Putrajaya terus menghala ke Cyberjaya. Dari situ Sha
dah hilang punca. Nampak signboard KL/Puchong, bila masuk jalan tu menghala ke arah yang Sha tak tahu ke mana dan tak ada tanda-tanda jalan tu seperti menghala
ke KL/Puchong. Hati dah takut. Dah macam nak menangis pun ada. Hati tak
berhenti berdoa agar Allah menunjukkan jalan keluar. Jam dah pun pukul 12 malam
masa tu. Masih berpusing di sekitar Cyberjaya. Sekali sampai satu jalan tu nampak
kereta MyVi putih keluar dari kawasan pejabat. Jadi Sha beranggapan pasti
kereta tu akan menghala ke arah KL atau Putrajaya. Jadi Sha ikut kereta tu.
Bila kereta tu buat u-turn Sha ikut je. Sampai di traffic light Sha masuk ke
kiri sedangkan kereta tadi berhenti di lampu merah untuk jalan terus. Ya Allah,
Sha masih masuk ke laluan yang sama tadi. Bila dah macam tu Sha buat u-turn dan
ikut semula laluan kereta tadi dengan masuk ke kiri. Alhamdulillah itu sahaja
yang mampu Sha ucapkan. Laluan tersebut seperti biasa Sha lalu. Bila nampak je
signboard Pulau Meranti , ya Allah syukur sangat.
Sha jadi lebih haru-biru bila
minyak tinggal 1 bar. Dalam keadaan sesat camtu (tak sesat sebenarnya, just
salah jalan), Sha jadi takut. Sampai rumah pukul 12.15 malam. Cepat-cepat masuk. Bersihkan diri sebelum masuk tidur. Sungguh hari yang penat.
Sha yakin Allah memberi bantuan melalui
kereta MyVi putih tu dan hati Sha pun ikut sahaja. Semasa memandu tu lagu-lagu dari Hafiz Hamidun menemani. Buat Sha tenang sedikit.