"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Saturday, December 7, 2013

Kebersihan

Selesa rasanya bila suasana sekitar kita bersih kan. Tambah-tambah pula kalau tempat tu digunapakai oleh ramai orang.
 
Kali ni Sha nak sentuh pasal kebersihan tandas di tempat awam. Ramai yang menggunakan tandas tu. Jadi sudah tentu macam-macam perangai kita boleh nampak.
 
Situasi/Keadaannya macam ni;
1. Tisu bersepah atas singki atau di lantai
2. Tali paip tu dibiarkan di atas lantai walaupun ada penyangkutnya
3. Tak flush air lepas digunakan
 
Sha pun tak faham kenapa ya adakalanya ada individu yang mengabaikan isu kebersihan ni. Kalau di rumah boleh pula jaga kebersihan tandas ni. Memang betul ada orang yang akan bersihkan- Akak/ Makcik Cleaner akan bersihkan. Cubalah jadi individu yang bertimbang rasa. Memudahkan kerja mereka.
 
Harapnya bukan hanya di rumah tetapi di tempat awam juga, sikap menjaga kebersihan ini dikekalkan demi untuk keselesaan bersama.

Kata-kata Syeikh Muhammad Abduh:

Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!

Nak tahu apa maksud kata-kata ni boleh singgah ke sini.
 

6 comments:

  1. mmg betul sha..org islam ( terutama org arab ) sgt2 pengotor..dah la rasis,pengotor dan sombong pula...org kafir walau xbragama islam namun ada nilai2 islam pd dr mrk..what a shame to muslim..

    ReplyDelete
  2. bagaimana kita nak betulkan semula keadaan ni ya? adakalanya sikap orang bukan Islam itu ada yang boleh dijadikan tauladan dan ada juga sikap umat Islam itu perlu dijadikan sempadan, serta sebaliknya.

    Pesan Nabi Muhammad S.A.W :

    " Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "

    ReplyDelete
  3. kena ubah berperingkat sha..kena didik generasi kecil sejak mrk drpd skolah rendah lg,kalau yg tua2 dah xkan berubah dh..btul sha,pegang la kpd sunnah nabi kita akan jd manusia yg plg berjaya di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  4. akan ttp sunnah nabi dilihat oleh kebanyakan org hanya syariat,cam sibuk nk buat hudud,sedangkan sunnah nabi yg lebih utama ialah akhlak dan moral..

    ReplyDelete
  5. setuju...pendidikan dari peringkat umur yang muda...bina habit yang baik..peranan ibubapa penting sebelum anak2 masuk ke sekolah. didik anak-anak dengan kisah2 tauladan Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda.

    kalau kita lihat akhlah dan pekerti Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda.. masya Allah hebat.

    ReplyDelete
  6. betul sha..setuju2..ibu bapa pon main peranan yg sgt penting..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim