"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, March 12, 2014

Kehilangan MH370

   Sedih. Walaupun tiada ahli keluarga Sha yang terlbat namun tetap terasa. Bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan turut terasa.
 
  Misteri kehilangan MH370 masih belum terjawab. Pelbagai spekulasi atau andaian yang dibuat. Kita yang mendengar/ melihat terasa berat/ sedih, apatah lagi ahli keluarga penumpang dan krew penerbangan yang terlibat. Hanya doa yang mampu dikirim. Mudah-mudahan meringankan sedikit rasa kehilangan tersebut.
 
   Ya Allah selamatkanlah mereka semua. Jauhkanlah mereka daripada perkara-perkara kurang baik. Semoga mereka semua dalam rahmat dan lindunganMu sentiasa, aamiin.

Monday, March 10, 2014

Signal Left & Right

  Lampu isyarat, ya lampu isyarat kiri dan kanan. Apa pentingnya lampu isyarat ni? Memberitahu pengguna jalan raya yang lain ke mana arah tujuan kita. Susah sangat ke nak pasang lampu isyarat kiri dan kanan jika nak belok ke kiri atau ke kanan?
 
   "Kereta mahal tapi lampu isyarat kiri dan kanan rosak rupanya."
 
   Adakalanya nyaris berlanggar, gara-gara kereta atau motosikal beri isyarat mahu membelok ke kiri tapi dia belok kanan.
 
   "Kiri dan kanan pun tak boleh nak bezakan ker?"
 
  Bila berlaku hal seperti di atas, for sure Sha akan membebel dalam kenderaan. Membebel sendiri untuk menyedapkan hati. Geram tu tak usah cakap. Nak marah ada juga. Cuma kena sabar dan lebih berhati-hati. Itu sahaja caranya.
 
   Sha, be careful dear. Safety first.  

Friday, March 7, 2014

Berbelanja @ Menyimpan

   Kalau mengikut teori kewangan, (kursus yang pernah Sha ikuti) bila dapat gaji atau pendapatan, perkara pertama yang mesti dibuat ialah menabung sebanyak 10% daripada pendapatan. Bakinya bolehlah digunakan untuk perbelanjaan harian, bayar hutang/ pinjaman (jika ada).
 
   Sha punya corak perbelanjaan dan penyimpanan sedikit berbeza. Sha buat serentak. Macam mana tu? Okay Sha kongsikan di sini. Ilmu yang diperolehi dari satu kursus kewangan yang pernah Sha hadiri. Moga memberi manfaat, in sha Allah.
 
   Sha berbelanja seperti biasa. Makanan, bayar bil, petrol, perbelanjaan diri dan macam-macam lagi. Perangai Sha suka simpan RM5 dan RM1. Ya yang notes warna hijau dan biru masing-masing tu. Dapat je notes hijau atau biru, Sha masuk dalam tabung. Satu lagi, duit syiling pun simpan dalam tabung. Jadinya dalam purse tak ada notes RM5, RM1 dan syiling. Hujung bulan jumlahnya mencecah RM200 juga. Jadi semasa orang lain sibuk berbelanja, Sha pulak pegi ke bank simpan duit.
 
   Boleh ke tukar notes lain? Jawapan Sha: boleh. Kalau nak simpan RM10 (merah) dan RM20 (jingga) boleh saja. Depend pada individu.  
 
   Adakala bila waktu kecemasan, Sha ada notes hijau dan biru yang dapat membantu. So kawan-kawan jangan lupa menabung untuk masa hadapan. 
 
 
 

Sunday, March 2, 2014

Perjalanan

   2014 sudah sampai ke bulan Mac. Masa berputar tanpa henti. Perjalanan hidup kita juga seperti itu. Hidup kita diwarnai dengan pelbagai warna kehidupan. 

  Ada masanya berwarna warni bak pelangi. Di kala itu kita bersyukur, bergembira, senang hati, lega, hati berbunga-bunga, ceria sahaja dengan fikiran yang positif. Senyum bak mentari.

   Ada masanya warnanya suram, malap, kelam atau mungkin sahaja gelap gelita. Di saat itu kita mungkin sedang bersedih, dilanda masalah, kehilangan, kecewa, geram, sakit hati dan berfikiran negatif.

   Sha percaya untuk memiliki warna-warna pelangi sepanjang kehidupan kita adalah tidak mustahil. Namun sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada cabaran dan dugaan. Semua itu menjadikan kita lebih bersedia menghadapi hari-hari mendatang. Buat kita lebih bersemangat. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Itu yang terbaik.


"Gembira dan sedih ada di mana-mana. Pilihan di tangan kita sendiri. Maka pilihlah gembira."
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim