Lampu isyarat, ya lampu isyarat kiri dan kanan. Apa pentingnya lampu isyarat ni? Memberitahu pengguna jalan raya yang lain ke mana arah tujuan kita. Susah sangat ke nak pasang lampu isyarat kiri dan kanan jika nak belok ke kiri atau ke kanan?
"Kereta mahal tapi lampu isyarat kiri dan kanan rosak rupanya."
Adakalanya nyaris berlanggar, gara-gara kereta atau motosikal beri isyarat mahu membelok ke kiri tapi dia belok kanan.
"Kiri dan kanan pun tak boleh nak bezakan ker?"
Bila berlaku hal seperti di atas, for sure Sha akan membebel dalam kenderaan. Membebel sendiri untuk menyedapkan hati. Geram tu tak usah cakap. Nak marah ada juga. Cuma kena sabar dan lebih berhati-hati. Itu sahaja caranya.
Sha, be careful dear. Safety first.
No comments:
Post a Comment