"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Saturday, August 9, 2014

Suatu Masa Dahulu...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
       Oh..bukan. Ni bukan nak cerita kisah Sang Kancil atau kisah hikayat. Ini kisah mengimbas kembali zaman kanak-kanak.
 
       Kisahnya, masa balik sambut Raya Aidilfitri baru-baru ini, Sha sempat bawa bapak pergi pasar beli barang-barang dapur, ikan, ayam, sayur dan lain-lain. Bapak pun bukan sihat sangat. Sakit lutut. Sakit yang biasa menyerang warga emas. Selalunya bapak pergi ke pasar naik motosikal. Bila tengok keadaan bapak tu, rasa risau juga. 
 
     Suatu masa dahulu, bapak ke pasar di Kamunting naik basikal je. As time goes by, upgrade ke motosikal sekitar tahun 1980. Waktu itu motosikal Boon Siew lampu bulat. Sampai sekarang moto tu masih ada. Elok lagi. Bapak seorang yang sangat cermat. Pandai jaga barang-barang dia. Sha masuk sekolah pada tahun 80-an. Jadi biasalah ikut bapak pergi pasar. Waktu itu bapak masih kuat. Sha jadi pembonceng. Sangat seronok ikut bapak pergi pasar. Kalau hari sekolah, bapak akan singgah ke pasar selepas ambil Sha sekitar pukul satu petang.
 
       Jadi bila lihat keadaan bapak tu, sayu rasa. Masa berlalu. Kita semakin tua. Semoga Sha dapat membuat bapak dan juga mak bahagia dan gembira sebelum mereka menutup mata, aamiin.
 
       Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara
1. Sihat sebelum sakit
2. Kaya sebelum miskin
3. Lapang sebelum sempit
4. Muda sebelum tua
5. Hidup sebelum mati
 
 

    

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim