"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, June 24, 2015

Lovely Journey, New Zealand Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

First of all, I am so sorry late posting.

Balik dari Bumi Kiwi agak sibuk dengan tugasan dan urusan kerja. Selepas kembali dari NZ ni  ditugaskan ke Terengganu dan Pahang untuk pantau program, Sha akan update pasal program tu next time  ya.

Sha ke New Zealand pada 24 April 2015 hingga 3 Mei 2015. Ini sebenarnya program yang dianjurkan oleh UPM, Program UPM Talent Outreach Programme (UPMTACT)
25 April 2015 (KLIA - Sydney, Australia)

Tiba di KLIA  sekitar jam 6.00 petang. Waktu tu hati berbaur juga. First time jauh perjalanan menyeberangi benua. Perjalanan berjam-jam, duduk dalam flight. Dari situ Sha brkumpul dengan kawan-kawan yang lain. Kami berlapan memulakan perjalanan bersama untuk 10 hari yang akan datang. Banyak kenangan manis yang terlakar. Kenangan yang kurang menarik pun ada.
Bendahari serahkan duit belanja...yeaa
Jangan risau semua ada..hihi


Sebelum bertolak di KLIA menunggu untuk check-in

Makan dulu sebelum naik flight
Flight pukul 11.45 dari KLIA. Perasaan tu takut juga. Takut bila teringat kejadian yang menimpa dua pesawat MAS sebelum ini. Namun hati tu tetap excited. Jadi Sha fikirkan jika sudah ditakdirkan oleh Allah umur ini tidak panjang, kejadian seperti itu akan berlaku kepada Sha tidak kira di mana atau bagaimana. Jadi fikiran lebih tenang.


Perjalanan selama 9 jam dalam penerbangan malam. Tiada apa yang boleh dibuat. Selepas menikmati hidangan lewat malam, tidur sahajalah jawabnya. Sha transit di Sydney. Tiba di sana pada pukul 10.35 pagi waktu tempatan. Jika di Malaysia baru pukul 8.45 pagi. Beza masa 2 jam.

Cuaca di Sydney sejuk. Ditambah dengan hujan, baju tebal yang dipakai terasa seperti tidak cukup. Namun itulah antara pengalaman menarik. Sebelum ini suhu sejuk aircond yang dirasakan sejuk, tidak sama dengan suhu sejuk sebenar di negara yang terkenal dengan kanggaru dan koala. Subhanallah.







Di Sydney Sha sempat berjalan-jalan hingga ke Sydney Opera House dan juga menjejakkan kaki ke Hard Rock Café. Sangat penat. Ketika itu hujan. Dari Sydney Airport kami menaiki teksi hingga ke Circular Quay. Hingga ke Darling Harbour kami berjalan. Bayangkan jauh juga tu. Namun dek kerana ingin melihat Bandar Sydney, Sha gagahkan juga melangkah dalam hujan. Perut pun lapar tapi waktu itu kami mengejar masa kerana transit selama 7 jam itu perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Di Hardrock Café sempat juga membeli sepasang baju T yang dikirim oleh adik Sha.















Puas bergambar. 


26 April 2015 (Sydney, Australia - Christchurch, New Zealand)

Alhamdulillah Sha selamat sampai di Bumi Kiwi ini pada pukul 10.35 malam. Dari Sydney Airport departured at 5.30 pm. 3 jam perjalanan. Kali ini kami menaiki penerbangan Qantas. Sekali lagi rasa takut tu datang. Tetapi bila difikirkan Sha sudah separuh jalan. Kerap kali mengingatkan diri, 'be positive'.

Kami terpaksa berehat dahulu di Christchurch Airport sementara Azizi dan Syed berjalan kaki ke SNAP RENTAL untuk mengambil kereta sewa (Estima & Sirion). Sementara menunggu tu kami semua solat subuh di airport sahaja.




~bersambung~



No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim