"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, January 19, 2016

Lovely Journey, New Zealand Part 3

(Sambung)

Oh ya sementara tunggu Wirdah, Zura, Syed dan Azizi balik dari pasar, Sha sibuk bergambar di sekitar kawasan airport. Kat luar sejuk. Dah pakai jacket tu, masih sejuk.








Angin sejuknya tu memang terasa hingga ke tulang. Memang tak sama dengan aircond 16 degree celcius tau.

Selepas yang lain balik dari pasar, Sha, Kak Saba, Hilmi dan Faiz berjalan sedikit dan melintasi jalan untuk loading barang dalam kereta. Nasib baik sewa dua biji kereta. Barang-barang kami memang banyak. Selain pakaian dan keperluan diri, kami berlapan bawa bekalan makanan dan dapur untuk tujuan memasak. Jadi kami tidak makan di luar. Semua benda kami bawa dari Malaysia. Masa kami sampai di airport, pegawai kastam tu gelakkan kami. He said, " I believe you will not be hungry here."






Siap buat checklist bahan makanan yang nak dibawa.

Selepas loading semua barang dalam 2 biji kereta ini
Puas hati makan buah pisang dan epal NZ ni sebab epalnya ranggup, juicy dan manis. Pisang pula makan sebiji pun boleh kenyang dek kerana saiznya besar.

Jalan-jalan di sekitar Christchurch ni begitu tenang. Tiada traffic congession seperti di Malaysia walau pun berada di kawasan bandar/pekan. Jalannya tiada tol. Jalan yang lurus. Di kiri kanan jalan banyak permandangan cantik. Sha memang tak boleh lelapkan mata even penat. Mata dijamu dengan permandangan cantik. Masya Allah indahnya bumi NZ ni, ciptaan Yang Maha Esa. Kat bawah ni Sha masukkan gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan ke Twizel, Canterburry. Geram sangat tengok biri-biri gemuk-gemuk.






Pantang nampak permandangan cantik, kami pasti berhenti. Kenapa ya? Of course sebab nak abadikan kenangan. Snap sana, snap sini. Handphone penuh gambar. Alang-alang dah sampai ni, bergambar sepuas-puasnya. Entah bila akan menjejakkan kaki lagi di bumi kiwi ini kan. Terima kasih Azizi. Kebetulan Azizi pernah tinggal di NZ kerana menemani isterinya melanjutkan pelajaran di NZ. Jadi perjalanan kami lancar. Hala tuju kami juga tiada yang tersasar. Alhamdulillah.

Tengah jalan pun sempat posing





Dalam perjalanan ke Twizel kami berhenti rehat sambil menikmati pemandangan di Lake Tekapo. Masya Allah. Mata terpegun melihat kecantikan alam. Ketika ini musim luruh, namun udaranya masih sejuk.



 

 


Perjalanan mengambil masa selama 45 minit dari Lake Tekapo untuk sampai ke Twizel. Next entry Sha sambung di Twizel pula ya.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim