"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Saturday, December 16, 2017

Lovely Journey, New Zealand Part 4

(sambung)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

   Apa khabar rakan-rakan pembaca yang berkunjung ke blog Sha ni? Semoga semuanya dalam lindungan dan rahmatNya sentiasa, aamiin.

   Lama kan Sha menyepi. Seriuosly Sha sibuk dengan kehidupan seharian. Manuskrip Sha juga sudah tertangguh sekian lama. Rasa terpanggil untuk menulis kembali kembara ke bumi NZ ini selepas melihat perjalanan seorang teman ke sana. Rindu kamu NZ. Entah bila ya rezeki untuk ke sana lagi..doakan sama-sama...

   Kita mula dari Twizel. Kami menginap di Mackenzie Country Inn. Cantik tempatnya. Kami sampai lebih kurang pukul 2.30 petang waktu NZ. 







   Sampai di tempat penginapan dah penat. Perut lapar. Jadi misi kami yang perempuan ni adalah memasak. Keluarkan semua bahan untuk masak. Waktu tu hidangan paling cepat adalah mee goreng. Kami masak untuk 8 orang. Sebelum tu semua terkejar-kejar juga solat. Solat Asar masuk pada pukul 4.25 petang. Jadi sempatlah kami menunaikan solat jamak takdim & qasar. Alhamdulillah selesai. Berjalan-jalan juga, ibadah solat jangan dilupa. 

   Perut dah kenyang, kami keluar semula menuju ke Aoraki/Mount Cook National Park. Masa perjalanan lebih kurang 35 minit dengan jauh perjalanan 56 km. Perjalanan dipenuhi dengan permandangan alam yang sangat cantik. Subhanallah. 










Sekitar 2 jam juga kami menikmati permandangan. Angin sejuk tidak menghalang kami untuk terus berjalan dan menikmati suasana petang. Kami bergerak balik dalam pukul 5.30 petang. Hampir pukul 7 malam juga kami tiba di motel. Maghrib masuk pukul 5.57 petang dan isyak pukul 7.35 petang. Badan dah penat tapi hati puas. Siap solat jamak takhir, kami mula pula operasi memasak untuk makan malam. Bahan-bahan untuk sarapan pada pagi esok juga disiapkan. Malam itu masa untuk kami berehat. 
   Perkara agak kelakar malam itu apabila owner motel call dan bertanya jika toilet tersumbat dan dia mahu datang ke bilik kami. Kami maklumkan tidak. Dalam pada tu kami agak terkejut kenapa owner bertanya soalan itu. Dalam masa yang sama kami tak mahu rahsia kami memasak diketahui oleh pemilik motel. Kami dah biasa mandi gunakan air jadi bila mandi masing-masing buat macam di Malaysia. Habis lantai toilet basah. Bila dengar owner nak datang bilik, apalagi kami berempat mulakan operasi mengelap lantai toilet. Panik juga kan. Dah la  memasak dalam bilik. Apa pun malam itu semuanya baik-baik saja. Alhamdulillah.

   Pagi esoknyanya jam 3 pagi kami dah bangun. Awal sangat kan. Bukan apa, kami yang perempuan ni kena masak. Jadi pagi tu simple sahaja sandwich dan buah. Bukan sahaja untuk sarapan, kami juga masak untuk makan tengahari. Ada nasi dan lauk sardin juga.

Suasana pagi di depan motel 
   Pagi ni kami bergerak ke Wanaka. Masa perjalanan 1 jam 40 minit. 











   Dalam perjalanan kami singgah di Salmon Farm. Hmm salmon fresh dari kolam. Yummy.



Ni picture ihsan dari Uncle Google. Yang kat atas tu silau matahari..






   Sampai sini dahulu. Insya-Allah Sha sambung kisah kembara Sha di Wanaka pula dalam post akan datang. 

-bersambung-







No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim