Visual beberapa jenis buah-buahan terpilih dengan kombinasi buah yang berbeza warna dan rasa serta disusun kemas lalu diletakkan di dalam raga atau kotak yang cantik akan melintas depan mata. Hamper buah-buahan ini sangat sinonim dengan sesi ziarah saudara-mara, kawan-kawan atau kenalan yang sakit sama ada di rumah atau yang terlantar di hospital. Pastinya antara buah yang menjadi pilihan adalah seperti buah oren, anggur, pisang, pear dan epal.
Kini pemberian hamper buah-buahan
bukan sahaja ketika melawat orang sakit, namun pemberian hamper telah pun
meluas diberi ketika hari keluarga, majlis pertunangan atau dibawa sebagai
hantaran perkahwinan. Oleh itu gaya persembahan hamper menjadi semakin kreatif
dan begitu cantik dipandang.
Selain mudah didapati,
buah-buahan juga sangat baik untuk kesihatan. Kandungan vitamin dan garam
galian di dalam buah-buahan adalah diperlukan oleh badan. Jadi eloklah
dijadikan amalan pemberian hamper buah-buahan sebagai hadiah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment