Hari ini 20 September 2021, hari pertama memulakan kembali bisnes jual buah segar. Alhamdulillah, sokongan kawan-kawan sangat Sha hargai. Syukur juga padaNya kerana menyusun rezeki sedemikian rupa untuk hambaMu ini.
Bermula Jun 2021 berhenti sekejap berniaga buah segar dek kerana PKP yang dilaksanakan. Tiga bulan juga tempohnya Sha berehat di rumah. Bukan tidak boleh mohon surat MITI atau mohon kebenaran PDRM untuk rentas daerah bagi tujuan menghantar buah kepada pembeli, tetapi disebabkan oleh peningkatan kes saban hari. Rasa takut juga. Jadi itulah puncanya Sha berehat sebentar.