"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, September 5, 2021

Hobi

Setiap orang pasti mempunyai hobi yang tersendiri. Apabila disebut hobi, perkara yang melintas di kotak minda adalah aktiviti yang kita suka dan dilakukan pada masa lapang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hobi ialah kegemaran yg diamalkan pd waktu lapang dan bukan pekerjaan yg utama seperti mengum­pul setem, bermain alat muzik, dan lain-lain.

Kini, hobi bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malah hobi ini boleh menjana sumber pendapatan. Contohnya seorang pekebun. Minat bercucuk tanam sama ada pokok buah-buahan, sayur-sayuran atau pun menanam pokok bonsai boleh dijalankan di rumah dan menghasilkan sumber pendapatan. 

Bagaimana caranya? Pernah lihat penjual biji benih sayur-sayuran atau penjual anak pokok? Pernah lihat peminat pokok bonsai mengiklankan pokok bonsai untuk dijual? Ya itulah caranya sumber pendapatan dijana daripada hobi yang dilakukan hanya di rumah.

Jom fikirkan hobi yang mampu memberi sumber pendapatan kepada kita. Selamat maju jaya.

26 Ogos 2021
Sha Hashim


No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim