"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, November 29, 2012

29/11/2012

"Hello En. Zan ke?"

"Ya saya."

"Saya dimaklumkan yang En Zan perlukan home tutor untuk anak En. Zan. Masih bukakah tawaran tersebut?"

"Ya betul. Saya cari home tutor untuk anak saya yang akan masuk ke form 5 tahun hadapan. Cuma sekarang ini saya mahukan tutor untuk sebulan je. Ngajar untuk bulan 12 ni yang boleh ajar anak saya untuk silibus form 4 sebagai revision."

"Oh. Saya boleh jadi tutor. Cuma untuk bulan Disember ni ada 2 kali weekend saya tak boleh. 14 - 16 Dis saya outstation, urusan kerja dan 27 - 30 Dis saya balik kampung."

"Emm tak semestinya weekend. Selepas ofis hour pun boleh atau malam pun ok. Anak saya ada di rumah.

"Ok kalau itu kata En. Zan. Saya setuju."

"Saya harap kita boleh arrange satu masa. Boleh kenal dengan anak saya juga. Then bincang lebih detail."

"Baik. Bila En. Zan free. Kita boleh jumpa dan bincang terus on time table arrangement."

"Ni no hp...??

"Ya no hp saya. Nama saya Salasiah."

"Baik nanti saya akan inform masa dan tempat ya. Terima kasih."

"Terima kasih kembali."


10 minit kemudian

"Saya En. Zan tadi. Boleh kita jumpa malam ni. Di KFC dalam Jusco Equine."

"Ok boleh. Err pukul brapa tu En. Zan?"

"Owh saya blom bagi masa ya. Pukul 8.30. Malam tau. Malam ni. Bukan malam esok."

"Ya boleh. InsyaAllah. Kita jumpa malam ni."

Perjumpaan seperti yang dirancang. En. Zan bersama isteri, yang mahu dikenali sebagai Kak Ana serta 4 orang anak mereka dan seorang rakan anak mereka turut serta. Sementara aku ditemani oleh Zulaikha & suaminya Hafiz. Perbincangan hampir 2 jam juga. Sampai la KFC dah tutup lampu di bahagian kiri tu baru kami semua di hujung-hujung perbincangan. Alhamdulillah. Close Deal - Add Maths, Maths dan Account. Thanks Zulaikha & Hafiz yang membantu.




Rezeki

Alhamdulillah syukur kepadaMu. Diri ini masih diberi kesempatan menikmati anugerahMu. 

Adakalanya di saat diri ini dilanda kesempitan, Ya Allah Engkau membukakan jalan penyelesaiannya di kala diri hilang punca kewangan, rezeki dariMu berupa makanan, sedekah tiba tanpa diduga. Sesungguhnya Engkau tidak pernah lupa kepada hambaMu yang meminta dariMu, berusaha dan akhirnya bertawakal di atas segala ketentuan dariMu..alhamdulillah.

20 Amalan Murah Rezeki

01. Menyempatkan diri beribadah
02.Memperbanyakkan istighfar
03.Tinggalkan perbuatan dosa
04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.
05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
08.Banyak berselawat
09. Banyakkan berbuat kebajikan
10.Berpagi-pagi
11.Menjalinkan silaturrahim
12.Melazimi kekal berwuduk
13.Bersedekah
14.Melazimi solat malam (tahajjud)
15.Melazimi solat Dhuha
16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
18.Berdoa
19.Berikhtiar sehabisnya
20.Bertawakal

Monday, November 26, 2012

Mangkok Tanpa Alas

Seorang raja bersama pengiringnya keluar dari istananya untuk menikmati udara pagi. Di keramaian, ia berpapasan dengan seorang pengemis.

Sang raja menyapa pengemis ini, "Apa yang engkau inginkan dariku?"

Si pengemis itu tersenyum dan berkata, "Tuanku bertanya, seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba."

Sang raja terkejut, ia merasa tertantang, "Tentu saja aku dapat memenuhi permintaanmu. Apa yang engkau minta, katakanlah!"

Maka menjawablah sang pengemis, "Berpikirlah dua kali, wahai tuanku, sebelum tuanku menjanjikan apa-apa."

Rupanya sang pengemis bukanlah sembarang pengemis. Namun raja tidak merasakan hal itu. Timbul rasa angkuh dan tak senang pada diri raja, karena mendapat nasihat dari seorang pengemis. "Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaanmu. Apapun juga! Aku adalah raja > yang paling berkuasa dan kaya-raya."

Dengan penuh kepolosan dan kesederhanaan si pengemis itu mengangsurkan mangkuk penadah sedekah, "Tuanku dapat mengisi penuh mangkuk ini dengan apa yang tuanku inginkan."

Bukan main! Raja menjadi geram mendengar 'tantangan' pengemis di hadapannya.

Segera ia memerintahkan bendahara kerajaan yang ikut dengannya untuk mengisi penuh mangkuk pengemis kurang ajar ini dengan emas! Kemudian bendahara menuangkan emas dari pundi-pundi besar yang di bawanya ke dalam mangkuk sedekah sang pengemis. Anehnya, emas dalam pundi-pundi besar itu tidak dapat mengisi penuh mangkuk sedekah.

Tak mau kehilangan muka di hadapan rakyatnya, sang raja terus memerintahkan bendahara mengisi mangkuk itu. Tetapi mangkuk itu tetap kosong. Bahkan seluruh perbendaharaan kerajaan: emas, intan berlian, ratna mutumanikam telah habis dilahap mangkuk sedekah itu.
Mangkuk itu seolah tanpa dasar, berlubang.

Dengan perasaan tak menentu, sang raja jatuh bersimpuh di kaki si pengemis, ternyata dia bukan pengemis biasa, terbata-bata ia bertanya, "Sebelum berlalu dari tempat ini, dapatkah tuan menjelaskan terbuat dari apakah mangkuk sedekah ini?"

Pengemis itu menjawab sambil tersenyum, "Mangkuk itu terbuat dari keinginan manusia yang tanpa batas. Itulah yang mendorong manusia senantiasa bergelut dalam hidupnya. Ada kegembiraan, gairah memuncak di hati, pengalaman yang mengasyikkan kala engkau menginginkan sesuatu. Ketika akhirnya engkau telah mendapatkan keing inan itu, semua yang telah kau dapatkan itu, seolah tidak ada lagi artinya bagimu".

Semuanya hilang ibarat emas intan berlian yang masuk dalam mangkuk yang tak beralas itu. Kegembiraan, gairah, dan pengalaman yang mengasyikkan itu hanya tatkala dalam proses untuk mendapatkan keinginan..

Begitu saja seterusnya, selalu kemudian datang keinginan baru. Orang tidak pernah merasa puas. Ia selalu merasa kekurangan. Anak cucumu kelak mengatakan: power tends to corrupt; kekuasaan cenderung untuk berlaku tamak.

Raja itu bertanya lagi, "Adakah cara untuk dapat menutup alas mangkuk itu?"

"Tentu ada, yaitu rasa syukur kepada Tuhan. Jika engkau pandai bersyukur, Tuhan akan menambah hikmat padamu," ucap sang pengemis itu, sambil ia berjalan kemudian menghilang.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim