"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, November 29, 2012

29/11/2012

"Hello En. Zan ke?"

"Ya saya."

"Saya dimaklumkan yang En Zan perlukan home tutor untuk anak En. Zan. Masih bukakah tawaran tersebut?"

"Ya betul. Saya cari home tutor untuk anak saya yang akan masuk ke form 5 tahun hadapan. Cuma sekarang ini saya mahukan tutor untuk sebulan je. Ngajar untuk bulan 12 ni yang boleh ajar anak saya untuk silibus form 4 sebagai revision."

"Oh. Saya boleh jadi tutor. Cuma untuk bulan Disember ni ada 2 kali weekend saya tak boleh. 14 - 16 Dis saya outstation, urusan kerja dan 27 - 30 Dis saya balik kampung."

"Emm tak semestinya weekend. Selepas ofis hour pun boleh atau malam pun ok. Anak saya ada di rumah.

"Ok kalau itu kata En. Zan. Saya setuju."

"Saya harap kita boleh arrange satu masa. Boleh kenal dengan anak saya juga. Then bincang lebih detail."

"Baik. Bila En. Zan free. Kita boleh jumpa dan bincang terus on time table arrangement."

"Ni no hp...??

"Ya no hp saya. Nama saya Salasiah."

"Baik nanti saya akan inform masa dan tempat ya. Terima kasih."

"Terima kasih kembali."


10 minit kemudian

"Saya En. Zan tadi. Boleh kita jumpa malam ni. Di KFC dalam Jusco Equine."

"Ok boleh. Err pukul brapa tu En. Zan?"

"Owh saya blom bagi masa ya. Pukul 8.30. Malam tau. Malam ni. Bukan malam esok."

"Ya boleh. InsyaAllah. Kita jumpa malam ni."

Perjumpaan seperti yang dirancang. En. Zan bersama isteri, yang mahu dikenali sebagai Kak Ana serta 4 orang anak mereka dan seorang rakan anak mereka turut serta. Sementara aku ditemani oleh Zulaikha & suaminya Hafiz. Perbincangan hampir 2 jam juga. Sampai la KFC dah tutup lampu di bahagian kiri tu baru kami semua di hujung-hujung perbincangan. Alhamdulillah. Close Deal - Add Maths, Maths dan Account. Thanks Zulaikha & Hafiz yang membantu.




No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim