"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, February 27, 2013

Hargailah..

Assalamualaikum..
 
Hari ini masa nak keluar dari rumah dah siap bawa keluar sampah untuk dibuang. Then elok je buka pagar nak keluar, lori sampah kebetulan sampai. So Sha pun tunggu sekejab sebab lori sampah tu betul-betul depan rumah tak boleh la nak reverse my Mr. Blackie. Sebaik sahaja pekerja itu sampai depan rumah Sha, dapat diperhatikan pekerja tersebut menunduk sahaja, tidak memandang kepada Sha yang berdiri di tepi Mr. Blackie. Namun bila pekerja tersebut mengangkat muka, Sha ucapkan terima kasih. Terus sahaja pekerja itu tersenyum lebar. Rasa dihargai barangkali.
 
Semasa memandu ke tempat kerja, Sha teringat satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan (jika Sha betul kerana ceramah ini sudah bertahun berlalu) yang berkisar berkenaan tukang kasut.
 
Ceritanya seperti ini:
 
Cuba kita pergi kepada tukang kasut. Biasanya kita akan bawa kasut kita yang dah rosak, betul? Jadi adakalanya bau kasut itu juga tidak enak, nak-nak pula kalau kita pergi waktu petang. Bayangkan kaki kita berpeluh dan bawa kepada tukang kasut. Tetapi pernahkah kita dengar tukang kasut itu merungut dan tidak terima kasut yang dihantar tu. Tak pernah kan..cuba lihat wajah tukang kasut. Beliau akan menunduk dan tak pandang muka kita sambil terus melakukan kerja-kerja beliau. Kenapakah begitu? Dikatakan mungkin mereka malu atau rasa rendah diri dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Mereka bekerja memperbaiki kasut-kasut lama untuk rezeki mereka pada hari itu. 
 
Jadi kita patut menghargai mereka yang melakukan kerja-kerja sedemikian. Tanpa mereka kita juga akan mengalami kesulitan. Siapa nak betulkan kasut yang rosak, siapa nak buang sampah, siapa yang nak turap jalan berlubang, siapa yang nak betulkan paip/tangki pembentung rosak atau lain-lain pekerjaan. Renungkan sejenak..

Sunday, February 24, 2013

Apa tu??

Minggu ni kali kedua Sha jumpa my student for home tutor. Subjek maths & BM. Hari ni Sha memang tak boleh tahan gelak. Sepanjang perjalanan tengah drive tu pun Sha masih tersenyum. Mana taknya dengar pertanyaan dari student Sha yang petah ni.
 
Kisah bermula di rumah my student. Ajar BM pemahaman.
 
Dia baca satu petikan akhbar yang berlaku di Gelang Patah.
 
K: Apa tu Gelang Patah?
S: Nama tempat
K: Oh ya ker saya ingat gelang yang dah patah.
 
Adeh Sha memang tak boleh tahan gelak bila she said that.
 
Then 2nd petikan pula kisah seorang pelajar lelaki yang hidup susah. Hanya ada ibu yang bekerja sebagai penoreh getah. Dalam petikan tidak dinyatakan ke mana ayah pelajar tersebut. Tapi dalam soalan objektif ada tanya soalan tu.
 
Pilihan jawapan:
A. meninggal dunia
B. menghilangkan diri
C & D Sha dah lupa pula
 
Soalan dari my student, " Menghilangkan diri tu apa? Macam magic ke?"
 
Ya Allah Sha memang tak boleh tahan gelak. Hmm jelaskan pada dia menghilangkan diri maksudnya keluar dari rumah dan tak balik-balik lagi. Tak ada kena mengena dengan magic.
 
Nota: Terhibur dengan kerenah pelajar.

Friday, February 22, 2013

Lesen Oh Lesen..



Masya Allah. Macam mana boleh terlepas pandang ni..dah 4 bulan bawa kereta tak perasan lesen dah tamat tempoh. Tamat pada Oktober 2012. Masa renew road tax then teringat lesen. 

Ya Allah mujur sepanjang tempoh itu tiada perkara yang tidak diigini berlaku. Hari ni cepat-cepat pegi pejabat pos. 

Hihik mesin laminate lak rosak di pejabat pos. Hmm taka pa yang penting Sha renew lesen tu..hmm settle.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim