Hari ini masa nak keluar dari
rumah dah siap bawa keluar sampah untuk dibuang. Then elok je buka pagar nak
keluar, lori sampah kebetulan sampai. So Sha pun tunggu sekejab sebab lori sampah
tu betul-betul depan rumah tak boleh la nak reverse my Mr. Blackie. Sebaik
sahaja pekerja itu sampai depan rumah Sha, dapat diperhatikan pekerja tersebut
menunduk sahaja, tidak memandang kepada Sha yang berdiri di tepi Mr. Blackie.
Namun bila pekerja tersebut mengangkat muka, Sha ucapkan terima kasih. Terus
sahaja pekerja itu tersenyum lebar. Rasa dihargai barangkali.
Semasa memandu ke tempat kerja,
Sha teringat satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan (jika Sha betul
kerana ceramah ini sudah bertahun berlalu) yang berkisar berkenaan tukang
kasut.
Ceritanya seperti ini:
Cuba kita pergi kepada tukang
kasut. Biasanya kita akan bawa kasut kita yang dah rosak, betul? Jadi
adakalanya bau kasut itu juga tidak enak, nak-nak pula kalau kita pergi waktu
petang. Bayangkan kaki kita berpeluh dan bawa kepada tukang kasut. Tetapi
pernahkah kita dengar tukang kasut itu merungut dan tidak terima kasut yang
dihantar tu. Tak pernah kan..cuba lihat wajah tukang kasut. Beliau akan
menunduk dan tak pandang muka kita sambil terus melakukan kerja-kerja beliau. Kenapakah begitu? Dikatakan
mungkin mereka malu atau rasa rendah diri dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Mereka bekerja memperbaiki kasut-kasut lama untuk rezeki
mereka pada hari itu.
Jadi kita patut menghargai mereka
yang melakukan kerja-kerja sedemikian. Tanpa mereka kita juga akan mengalami
kesulitan. Siapa nak betulkan kasut yang rosak, siapa nak buang sampah, siapa
yang nak turap jalan berlubang, siapa yang nak betulkan paip/tangki pembentung
rosak atau lain-lain pekerjaan. Renungkan sejenak..
assalamualaikum kak sha, betul tu. saya sokong, dengan hanya berterima kasih, orang tu akan rasa lebih d hargai dan kita mmpu membuat kan org itu tersenyum ! :)tq kak sha atas pkongsian nya
ReplyDeleteWaalaikumsalam CH.
ReplyDeleteTerima kasih kembali CH atas komen yang diberikan. Have a great day CH..