"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, January 19, 2016

Lovely Journey, New Zealand Part 3

(Sambung)

Oh ya sementara tunggu Wirdah, Zura, Syed dan Azizi balik dari pasar, Sha sibuk bergambar di sekitar kawasan airport. Kat luar sejuk. Dah pakai jacket tu, masih sejuk.




Wednesday, January 6, 2016

2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Rakan-rakan Pembaca,

Sudah masuk hari ke-6 di tahun 2016. Begitu cepat masa berlalu. Alhamdulillah 2015 banyak kenangan yang berlaku. Biasalah ada yang positif dan negatifnya. Rezeki juga murah di tahun 2015, alhamdulillah. Sha mengharapkan yang sama bagi tahun 2016 ni. Dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan serta diberi rezeki melimpah-ruah, aamiin.

Belum terlambat kan untuk Sha ucapkan selamat tahun baru 2016. Semoga kita semua dalam lindungan dan rahmatNya, aamin. Sama-sama kita doakan 2016 lebih cemerlang daripada 2015, insya Allah.






Friday, June 26, 2015

Lovely Journey, New Zealand Part 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sha mulakan dari Sydney Airport ya. Dari Sydney ambil masa 3 jam dengan Qantas 139. Ya Allah naik Qantas ni macam tak sempat nak hadam, banyak betul makanannya. Alhamdulillah. Tapi disebabkan Sha dah ngantuk sangat Sha skip dinner. Hihi sebenarnya sebelum naik flight tadi dah makan burger, fries sebab flight delay so dapat kupon makan banyak. So kami berlapan makan la sebelum check-in. Save budget kan dan jangan bazirkan kupon tu... Bila dah dalam flight dah tak fikir lain nak tidur je. Penat berjalan di Sydney. So sempat la tidur. Then terjaga sebab seat Sha di laluan tengah. So each time troli makanan lalu memang Sha akan sedar. Tapi dek ngantuk memang Sha tak lalu nak makan. At last minum sky juice dan makan aiskrim coklat.
Ok tutup bab makan. Berbalik pada perjalanan ke NZ. Beza waktu antara Sydney dengan Christchurch 2 jam. Jadi tiba di Christchurch pukul 10.35 malam waktu tempatan. Waktu Sydney 8.35 malam dan waktu Malaysia 6.35 petang.


Kami berlapan setuju untuk mengambil kereta selepas pukul 12 malam. Rasionalnya jika ambil pada pukul 11.59 pun pasti sewanya dikira sebagai 1 hari juga. Kan rugi tu. So sementara menunggu masa berlalu, kami 'lepak' di airport.
Lepas dapat kereta kami masih perlu tunggu di airport sebab kami perlu beli bahan basah. Lebih mudah beli di pasar di Christchurch. Pasar buka sekitar jam 10 pagi. Jadi 4 orang pergi pasar beli barang basah. Selepas itu, baru kami meneruskan perjalanan ke Twizel, Canterburry. 4 jam perjalanan dan jaraknya 285km. Macam Sha balik kampung jauhnya perjalanan tu. Dalam perjalanan makan buah pisang dan epal. Lapar memang ya. Tapi masih boleh bertahan.
~bersambung~
p.s While I'm writing this, I miss NZ especially my stay at Queenstown.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim