"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, July 16, 2009

Berbuat Baik Kepada Kedua Ibubapa

Assalamualaikum W.B.T. Salam Fitrah untuk semua pengunjung laman web ini. Sedikit Tazkirah ringkas sebagai peringatan bersama.

Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan sempurna.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.

Belajar Memaafkan Orang Lain

Assalamualaikum kepada semua Sahabat Fitrah yang saya kasihi.

“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal.

Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!

Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain.Marilah kita berusaha mencontohi keperibadian Qur`ani:

“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)

Ahmad Shukri Yusoff

Bersua Kembali..

Assalamualaikum,

Lama juga Sha tidak menjengguk laman blog ini. Kesibukan dengan tugasan harian di pejabat dan tugasan peribadi menghalang Sha untuk kemaskini laman ini..

Thursday, May 28, 2009

Risk!!!

Tertawa adalah mengambil risiko kelihatan bodoh
Menangis adalah mengambil risiko kelihatan sentimental
Mengulurkan tangan kepada orang lain adalah mengambil risiko ikut terlibat
Memperlihatkan perasaan adalah mengambil risiko ditolak
Memaparkan impian anda di hadapan orang banyak adalah mengambil risiko diejek
Mencintai adalah mengambil risiko mendapat balasan dicintai
Maju menghadapi kekuatan yang jauh lebih besar adalah mengambil risiko gagal
Tetapi risiko harus diambil kerana bahaya yang terbesar dalam kehidupan adalah tidak berani mengambil resiko.Orang yang tidak berani mengambil risiko tidak melakukan apapun, tidak punya apa-apa dan bukan apa-apa. Mungkin dia menghindari penderitaan dan kesedihan, tetapi dia tidak akan belajar, merasakan, berubah, tumbuh atau mencintai. Kerana dirantai oleh kepastiannya, hanya orang yang berani mengambil risiko sajalah yang disebut sebagai Orang yang Merdeka!!!

Confidence, Trust and Hope

CONFIDENCE
Once, all village people decided to pray for rain. On the day of prayer,all the people gathered but only one boy came with an umbrella;
that's
Confidence.

TRUST
Trust should be like the feeling of a one-year-old baby. When you throw him in the air, he laughs... because he knows you will catch him;
that's
Trust.

HOPE
Every night we go to bed, we have no assurance to get up alive in the next morning but still we make plans for the coming day;
that's
Hope.

ALWAYS MAINTAIN YOUR CONFIDENCE
HAVE SOME TRUST IN OTHERS
and NEVER LOSE HOPE!

Never regret a day in your life.
Good days give you happiness;
Bad days give you experiences;
Both are essential to life

Tuesday, May 5, 2009

Gifts & Hampers For All Occassions

Sha menyediakan perkhidmatan membekalkan HAMPER yang berkualiti dan ekslusif. Hamper-hamper ini sesuai untuk perayaan, hari istimewa serta diedarkan kepada rakan kongsi, para pembekal, pelanggan dan individu sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka kepada anda. Ia juga sesuai untuk majlis keraian sebagai cenderamata kepada tetamu. Penghantaran percuma sekitar Lembah Klang & harga adalah berpatutan.

InsyaAllah Sha akan updates dari masa ke semasa. Aktiviti ini sedang diusahakan. Jika anda sedang mencari hadiah @ hamper untuk diberikan kepada yang tersayang, boleh la kunjung ke sini.

Jadi untuk permulaan sha masukkan Hadiah untuk Ibu. Boleh rujuk di http://kiranahamper.blogspot.com

Tuesday, April 14, 2009

Lobak, Telur Dan Serbuk Kopi - 2

Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut? Dengan jiwa yang dinamis, namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau pemecatan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Lobak, Telur Dan Serbuk Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.

"Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Monday, April 13, 2009

Pesan Sang Ayah

Dahulu kala ada 2 orang adik beradik. Sebelum ayah mereka meninggal dia berpesan dua perkara: pertama jangan menagih hutang daripada orang yang berhutang kepadamu, dan kedua, jika pergi dari rumah ke tempat kerja jangan sampai mukanya terkena sinar matahari.

Waktu berjalan terus. Dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal anak yang sulung bertambah kaya sedang yang bongsu menjadi semakin miskin.

Ibunya yang masih hidup menanyakan hal itu kepada mereka. Jawab anak yang bongsu : Inilah kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang daripada orang yang berhutang kepadaku, dan sebagai akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih. Juga ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke tempat kerja dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik beca. Sebenarnya dengan jalan kaki saja cukup, tetapi kerana pesan ayah demikian maka akibatnya perbelanjaanku bertambah banyak.

Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, ibunya pun bertanya hal yang sama. Jawab anak sulung : Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah. Ayah berpesan supaya saya tidak menagih daripada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak beri hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut. Juga ayah berpesan jika saya berangkat ke tempat kerja atau pulang dari tempat kerja tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya berangkat ke tempat kerja sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Akibatnya perniagaan saya buka sebelum perniagaan orang lain buka, dan tutup sesudah perniagaan yang lain tutup. Kerana kebiasaan itu, orang menjadi tahu dan perniagaanku menjadi laris , akibat mempunyai waktu kerja lebih lama.

Bagaimana dengan anda (Sha juga)?
Kisah ini menunjukkan bagaimana dengan persepsi yang berbeza, melihat dengan positif attitude maka segala kesulitan sebenarnya adalah sebuah perjalanan yang akan membuat kita berjaya...pilihan ada di tangan kita.

“Berusaha melakukan hal biasa yang dikerjakan dengan cara yang luar biasa.”

Pribadi To Do, To Have, atau To Be? - 3

3. Fasa to be.
Pada fasa ini, kita tidak hanya bekerja dan mengumpulkan, tapi juga memberi makna kepada kehidupan kita. Kita terus berusaha untuk menjadi insan yang semakin baik. Kita ingin menjadi insan yang lebih bermakna. Kita menjadi insan yang berharga bukan kerana harta yang kita miliki, tetapi apa yang boleh kita berikan kepada orang lain.

Oleh itu di fasa manakah hidup kita sekarang? Marilah kita bukan sahaja bekerja atau memiliki, tetapi menjadi insan yang lebih matang, lebih bermakna dan memberi sumbangan.


Pesanan ini buat diri sha juga.

Pribadi To Do, To Have, atau To Be? - 2

2. Fase to have.
Pada fasa ini, kita mula mengumpulkan hasil dari kerja kuat kita. Bahayanya, kita akan terjebak dalam kesibukan mengumpulkan harta benda saja. Kita asyik mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya. Meski pun hartanya banyak, tapi kita tidak mampu menikmati kehidupan.

Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai banyak hal. Tapi, persepsi keliru ini sering membuat orang mengorbankan banyak hal. Mungkin perkahwinan, keluarga, kesihatan, atau pun spiritual.

Secara psikologinya, fasa ini tidaklah buruk. Harga diri dan rasa kepuasan diri boleh dibangunkan dengan prestasi-prestasi yang dimiliki. Namun, persoalan terletak pada kebebasannya. Orang tidak lagi merdeka.

Fasa ini menjadi pembuktian jati diri kita. Kita perlu melaluinya. Tapi, keadaan ini seperti kita minum air laut. Semakin banyak kita minum, semakin kita haus. Akhirnya, kita asyik untuk minum lebih banyak lagi.

Peribadi To Do, To Have, atau To Be?

“Kegembiraan terbesar dalam hidup adalah keyakinan bahawa kita dicintai. Oleh sebabnya, kita membahagikan cinta kepada orang lain.” (Victor Hugo)

Tidak ada yang boleh menghentikan waktu. Ia terus maju. Umur terus bertambah. Manusia pun mengalami babak-babak dalam hidupnya. Saat masuk fasa dewasa, kita memasuki tiga tahap kehidupan.

Ada masa kita fokus untuk melakukan sesuatu (to do). Ada saat kita fokuskan diri untuk mengumpulkan (to have). Ada yang giat mencari makna hidup (to be). Malangnya, tidak semua daripada kita mampu melewati tiga tahap proses itu.

1. Fasa to do.
Pada fasa ini, kita masih produktif. Kita bekerja kuat dengan seribu satu alasan. Tapi, banyak orang workholic, membanting tulang, sampai mengorbankan banyak hal, tetap tidak menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Ini sangat menyedihkan. Kita tetap sibuk, tapi tidak ada kemajuan.

Satu kisah: Ada orang melihat sebuah sampan di tepi danau. Segera ia meloncat dan mulalah mendayung. Ia terus mendayung dengan bersemangat. Sampan memang bergerak. Tapi, tidak jauh dari bibir danau, orang itu baru sedar, sampan itu masih terikat dengan tali di sebuah tiang.

Jadi, kebanyakan dari kita, merasa sudah bekerja banyak. Tapi, ternyata tidak produktif. Apakah kita hanya sibuk dan bekerja kuat, tapi tanpa sedar kita tidak menghasilkan apa-apa?

Sunday, April 12, 2009

Kera dan Ikan

Seekor kera tinggal di sebuah pohon di tepi telaga. Di telaga itu antara lain tinggal seekor ikan yang menjadi sahabat sang kera. Setiap hari mereka bercakap-cakap dengan akrabnya. Mereka merasa begitu serasi antara satu sama lain. Kepada sang ikan, sang kera kerap menceritakan apa-apa saja yang dilihatnya dari atas pohon. Juga pengalaman-pengalamannya bersama teman-temannya. Sang ikan pun menceritakan kepada sang kera situasi di dalam air dan kehidupannya bersama teman-temannya. Bertahun-tahun mereka menjalin persahabatan.

Pada suatu hari turun hujan lebat sehingga air di telaga itu semakin naik dan semakin naik. Dari atas pohon sang kera dapat melihat, bahawa kalau air terus naik semakin tinggi dan terjadi banjir, maka sang ikan, sahabatnya akan terbawa air entah ke mana. Kerana cintanya dia pada sang sahabat, segera disambarnya sang sahabat dan dibawanya ke atas pohon. Dia fikir, bahawa dia telah menyelamatkan sahabatnya, tetapi dengan sedih dia melihat bahawa tindakannya itu justeru membuat dia kehilangan sang sahabat selama-lamanya.

Wednesday, April 8, 2009

Facial Massage - 2

Kursus Nota Rintas 7 April 2009

Nota Rintas?? Apa tu? Biasa dengar Trengkas...

Rupanya Nota Rintas lebih mudah dari Trengkas. Nota Rintas lebih kepada kemahiran mendengar, mengambil minit (boleh short hand @ long hand) dan kemudian translate semula minit ke dalam pc. Syarat lulus exam 20 p.s.m. untuk jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan.

Di akhir kursus penceramah memberikan juga ilmu Trengkas. Wah excited sha. Sekarang bukan senang nak belajar Trengkas. Memula tu abjad lebih kepada gurisan..sengkang...titik. Bila masuk bab perkataan ha keluar la tulisan seni ala-ala cacing hehehe..asyik tegelak je masa penceramah menerangkan maksud setiap tulisan cacing tu.

Terima kasih Pn. Razina Razali yang sudi berkongsi ilmu Trengkas ni.


Boleh refer di sini  dan di sini untuk nota rintasnya.

Sunday, April 5, 2009

Balik Kampung

Setiap bulan menjadi kebiasaan sha & adik2 akan balik kampung pada minggu pertama atau minggu kedua. Balik kampung kali ni suasana di Perak cukup meriah...dengan poster yang banyak. Almaklum kawasan Bukit Gantang akan menghadapi pilihanraya kecil pada 7 April 2009. Sepanjang jalan raya penuh dengan poster dan kain rentang seolah-olah satu pesta akan berlangsung. Meriah! :) Pasukan polis trafik, RELA, Bomba juga bersiap sedia mengawal bagi menghadapi sebarang kemungkinan (pergaduhan, rusuhan).

Sha mengundi di kawasan Kamunting.

Thursday, April 2, 2009

Kucing oh...Kucing

Sha paling suka kucing...comel, manja, pembersih (selalu bersihkan diri sendiri), penyayang, bijak & nakal. Di sini sha tak bela kucing. Risau pulak kalau kucing tu mati kat umah, masa sha lebih banyak di tempat keje..

Di kampung mak ada la bela 3 ekor kucing: Tampuk (nama manjanya Tam, warnanya tampuk 3), Merah, anak Tam (bulunya oren kemerahan) dan Labu (seekor anak kucing angkat yang tiba-tiba muncul di rumah kami). Alhamdulillah Labu diterima baik oleh Tam dan Merah. Yang paling best tu Labu menyusu dengan Tam dan Merah pula rajin membersihkan bulu Labu.

Kalau balik kampung sha & adik-adik akan cari Merah dahulu. Merah ni nakal & bijak. Merah adalah kucing kesayangan mak. Ramai yang datang rumah nak ambil Merah, apalagi mak dengan sekeras-kerasnya tak bagi.

* sorry la ek takde gambar Tam, Merah & Labu. Mak tak benarkan kami ambil gambar kucing-kucing tu. Pantang katanya, takut kucing tu merajuk & larikan diri.

Wad Haiwan

Gambar dari website Veterinar UPM
2 April 2009

First time sha visit Wad Haiwan di Fakulti Veterinar UPM, sbb sha takde haiwan peliharaan, so takdela yg sakit ke injured ker...excited & kesian.

Kebetulan sha lunch di sana, on the way balik terserempak dengan En Sathian (sama-sama attended Kursus Induksi). Jadi beliau dengan lapang hati membawa sha melawat Wad Haiwan. Kesian sha tengok seekor kucing tu kena suntik untuk dimasukkan ubat. Dengan muka sedih, kucing tu diam je...sha faham sebab sha penah juga merasa duduk wad, beberapa jam sekali doktor datang untuk masukkan ubat..sakit nyer. Agaknya kucing tu pun rasa camtu kot...kesian..hmmm sha memang tak boleh jadi doktor haiwan...

Facial Massage


Apa plan bulan ni?

Sha nak kembangkan business Facial Massage. Oh ya, di kesempatan ini sha ingin war-warkan kepada kawan-kawan, sha buat Facial Massage secara mobile. Sha biasanya buat di ofis atau di rumah client. Kalau buat di ofis hari Jumaat paling sesuai. Lunch time panjang. Kalau nak buat di rumah weekend paling sesuai.

Kalau nak buat facial muka boleh la call sha di talian 012-923 0403. Facial ni untuk perempuan je. More info bleh call sha.

Tuesday, March 31, 2009

Kebaikan madu

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. IBU MENGANDUNG
a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
3. ANAK DALAM KANDUNGAN
a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

4. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d. Mengelak dari kembung perut bayi.
5. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

10 Hadiah

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi..

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang memasak

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita

* Bagus kan...hadiah ni tak memerlukan belanja yang besar, tapi memberi makna yang besar kepada penerima.

Beauty of Math!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 111
2 x 9 + 3 = 1111
23 x 9 + 4 = 11111
234 x 9 + 5 = 111111
2345 x 9 + 6 = 1111111
23456 x 9 + 7 = 11111111
234567 x 9 + 8 = 111111111
2345678 x 9 + 9 = 1111111111
23456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

* Maths is not my favourite subject, yet it is fun!

Amazing

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If:
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
And:
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
But:
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Monday, March 30, 2009

Tips Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat:

1. Timbangkan berat badan pada setiap minggu dan ketahui Indeks Jisim Badan (IJT).
IJT = berat badan (kg)/[tinggi (m) x tinggi (m)]

2. Hidup aktif dengan memperbanyakkan gerakan.
3. Kurangkan masa untuk duduk, menonton televisyen dan menggunakan komputer.
4. Kurangkan makanan yang bertenaga tinggi seperti makanan bergoreng dan minuman bergula.
5. Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengenyangkan.
6. Amalkan cara memasak yang kurang menggunakan minyak.
7. Menetapkan masa untuk makan boleh mengelakkan anda daripada tertinggal/ terlambat makan dan terlebih makan selepas itu.
8. Menggunakan pinggan makan bersaiz kecil membuatkan saiz sajian tidak kelihatan terlalu sedikit.
9. Meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dapat mengurangkan kuantiti makanan yang diambil.
10. Berhenti makan sebelum anda rasa terlalu kenyang.
**Nota
Klasifikasi IJT (kg/m)2 Tafsiran
Kurang daripada 18.5 --> Kurang berat badan
18.5 - 24.9 -----------> Berat badan sihat
25 - 29.9 -------------> Berlebihan berat badan
30 dan ke atas --------> Kegemukan

Rujukan: http://www.nutrihealth-upm.com

Sunday, March 29, 2009

Kembali Bersua...

Assalamualaikum,

Kembali bertemu selepas 2 minggu tidak menulis/mengirim artikel. Sepanjang 2 minggu lepas Sha terlibat dengan Kursus Induksi.

Alhamdulillah telah hadir dengan jayanya kursus tersebut. Lega rasanya, jadi sekarang tunggu untuk ambil exam perkhidmatan pula (bulan Ogos nanti, insyaAllah) untuk pengesahan jawatan.

Macam biasa pengisian kursus tertumpu kepada sesi ceramah yang menyeluruh, dari segi imej/ penampilan diri, etiket dan protokol, motivasi, komunikasi berkesan, uji minda, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, perintah am yang wajib diketahui oleh kakitangan awam dan banyak lagi.

Paling mengujakan apabila kami semua dibawa ke Ladang UPM di Puchong. Di sana kami mendapat pengalaman paling menarik, menjadi umpama nelayan. Kami semua masuk kolam, gunakan jala, tangkap ikan. Pertama kali bagi Sha merasa pengalaman masuk kolam. Seronok sangat bila banyak ikan tersangkut dalam jala dan ikannya besar-besar. Ada ikan tilapia, ikan keli, ikan rumput, ikan belida dan lain-lain (heehee tak tau nama...). Baru la rasa macam mana susahnya nak tangkap ikan, selama ni tahu makan ikan.. mudah kan...beli je di pasar.

Wednesday, March 18, 2009

7 cara melegakan tekanan dalam masa 10 minit

Rehat 5-10 minit – kalau anda terlalu sibuk bekerja, ambil masa 5-10 minit untuk duduk rehat tanpa membuat apa-apa kerja dan tenangkan fikiran. Ini boleh mengurangkan ketegangan dan tekanan darah anda di samping meningkatkan daya kawalan anda terhadap keadaan sekeliling.

Cuba buatkan diri anda ketawa – anda boleh melegakan tekanan dengan membuatkan diri anda ketawa gembira. Cubalah ketawa dengan menonton rancangan TV komedi kegemaran anda atau mendengar sesuatu yang lucu dari nada dering telefon bimbit anda.

Dengar muzik yang menenangkan – semua orang perlukan suasana tenang untuk membuat kerja. Tetapi suasana yang terlalu sunyi akan menambahkan lagi tahap tekanan diri anda. Sekali-sekala anda perlukan muzik untuk tenangkan diri. Jenis muzik? Ia bergantung kepada anda.

Fikirkan sesuatu yang menggembirakan – dalam beberapa minit cuba fokuskan fikiran anda terhadap sesuatu yang menggembirakan. Anda mungkin boleh boleh melihat gambar ahli keluarga tersayang atau melihat gambar pemandangan indah. Ini boleh meningkatkan semangat dan fikiran positif anda.

Berdiri dan ambil masa berjalan sebentar – para saintis telah membuktikan bahawa mereka yang memperuntukkan masa berjalan sekurang-kurangnya empat kali dalam seminggu kurang berasa tekanan dan mempunyai tidur yang lebih baik. Untuk melakukannya, anda mungkin boleh mengambil masa 5-10 minit untuk berjalan ke hulu ke hilir di ruang pejabat anda setiap hari.

Buat senaman nafas - tarik nafas panjang dan tahan untuk beberapa saat, lepas tu hembuskan secara perlahan-lahan. Anda pasti lega dan lebih mudah membuat kerja.

Relakskan diri dengan senaman ringkas – untuk beberapa minit selepas bangun pagi anda boleh relakskan badan anda dengan senaman ringkas dari kepala ke kaki. Senaman regangan otot menjadikan anda lebih selesa datang ke tempat kerja. Anda juga boleh membuat senaman ringkas di tempat kerja untuk merelakskan badan.

RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN KITA - 3

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN KITA - 2

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru itu, tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stres' iaitu stres yang baik dan stres yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik. Stres yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Tuesday, March 17, 2009

RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN KITA - 1

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Monday, March 16, 2009

Keajaiban Berselawat

Nabi Muhammad SAW bersabda:
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan!
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Thursday, March 12, 2009

Jika Ia Sebuah Cinta

Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Balang Mayonis Dan 2 Cawan Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.

Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda…

Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”“

Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan nampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini… “

Wednesday, March 11, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul, mengingatkan kita kepada tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, dalam kata lain birthday Nabi Muhammad SAW.

Seperti biasa akan ada ceramah yang dianjurkan untuk kita mengenang kembali sirah junjungan Nabi Muhammad SAW. Pada Jumaat 6 Mac 2009, di tempat kerja Sha diadakan satu ceramah sempena menyambut Maulidur Rasul. Persoalan yang dikemukakan oleh penceramah ialah:

"Berapa usia Nabi yang kita sambut setiap tahun"

(Maulid membawa erti kelahiran.) Kata penceramah lagi selalunya kita akan tahu sambutan birthday yang ke berapa yang disambut. Pada masa itu Sha terdiam. Memang benar tiap-tiap tahun Sha sambut Maulidur Rasul, tapi bila ditanya berapa umur Nabi pada tahun ini, 1430H, pasti tidak terlintas di fikiran persoalan ini.

Antara isi ceramah yang Sha fahami: (mengapa Nabi diutuskan...)
1. Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai pemimpin umat yang akan memimpin kita ke arah keselamatan dunia dan Akhirat. Pemimpin yang baik memimpin ke arah keselamatan orang yang dipimpin.
2. Mengambil contoh keperibadian mulia dan terpuji Nabi Muhammad SAW, role model paling hebat.
3. Panduan hidup - kewajipan solat, kefahaman dan penghayatan bacaan di dalam solat
4. Mengamalkan ilmu yang diperolehi agar mendapat hidayah ilmu.
5. Sentiasa berpegang kepada dua perkara yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dan Hadis.
6. Ambil peluang untuk hadir di majlis-majlis ilmu.

Wednesday, March 4, 2009

Panduan Menggunakan Sudu Garpu





Panduan Guna Napkin Tangan

Adab Dan Tertib Di Meja Makan


1. Napkin 2. Pinggan 3. Sudu Sup 4. Pisau untuk ikan 5. Garpu untuk ikan

6. Pisau untuk steak 7. Garpu untuk steak 8. Piring untuk roti

9. Pisau untuk menyapu mentega 10. Sudu untuk manisan pembasuh mulut

11. Garpu untuk pembasuh mulut 12. Gelas untuk air

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim