"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, January 29, 2009

Kisah Rasulullah S.A.W Dgn Limau..

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.Begitulah akhlak Rasullullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Wallahualam

Wednesday, January 28, 2009

Cinta dan Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu buta..

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!

Di dalam telaga CINTA hilang ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA & terus menunggu .. Kenapa??
Kerana ... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia ... kan...

So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI ....Walau kita punya couple, ... teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, ... teman still paling berharga.

Tuesday, January 27, 2009

Kisah Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan... "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" tanya Professor itu lagi.

"Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya... Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan.

Wednesday, January 21, 2009

Tuesday, January 20, 2009

Difference between Focusing on Problems and Focusing on Solutions

Case 1:




Case 2



Monday, January 19, 2009

Kenapa perlu minum air?

"Tubuh terdiri daripada hampir 70 peratus cairan dan kita hanya boleh bertahan selama kira-kira satu minggu, hidup tanpa air. Tetapi mengapa air itu baik untuk tubuh? Di sini disenarikan lima alasannya:

1.Air boleh menyejukkan
Waktu tghari yg begitu panas kadangkala kita tidak sedar bahawa tubuh kita sdg berpeluh. Peluh boleh mengingatkan kita untuk segera minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk proses perpeluhan, volume darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

2.Mengumpulkan zat-zat makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendiri. Juga beberapa zat makanan yang larut di dalam air sehingga diserap dengan air.

3.Mempermudah proses pembuangan
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit boleh menyebabkan orang sukar membuang air besar kerana najis mengeras.

4.Menjaga kulit tetap halus
Sel memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit kita lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi juga, seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka akan kelihtan lebih uzur.

5.Bebas dari batu karang
Batu karang terjadi sewaktu sisa badan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dgn bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar baru. Jika kita banyak minum air, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air.

Sesetengah orang menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sedangkan sebenarnya haus adalah petanda awal daripada dehidrasi kekurangan cairan dalam badan.

Sunday, January 18, 2009

Kisah pokok semalu dan wanita moden

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Kisah Sekeping Biskut

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari mememarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.

Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral : Keikhlasan dapat dilihat daripada perbuatan. Actions speak louder than words.

Thursday, January 15, 2009

Budi Ibu

*** Untuk tatapan semua ***

Semasa kita masih bayi, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tapi… kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam…

3 tahun.. ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun.. kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai…

10 tahun.. ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan. Namun.. kita tidak pernah toleh kebelakang dan mengucapkan terima kasih..

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kita .. tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan.

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk U. Namun kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm, malu nampak dek kawan.

21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita? Namun kita menjawabnya. . “BUKAN MACAM IBU!”

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu belikan.

25 tahun.. Kita berumahtangga. Ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang kamu. Namun, kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300KM..

27 tahun.. ibu menelefon kita dan memberikan nasihat tentang penjagaan bayi, tapi kita membalasnya dengan mengatakan “ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU…”

40 tahun.. ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampong. Namun kita membalasnya dengan mengatakan ..”SAYA SIBUKLAH BU… SEKARANG NI..”

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan epal dan merungut tentang kesibukannya di tempat kerja… dan segera balik ke kota..

Satu hari..

ibu meninggal dunia. Sempatkah kita membalas jasa ibu? Berbaloikah jasa ibu ke atas kita? Sedang kan kita langsung tidak membalas budinya. Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita. Meninggalkan kenangannya bersama kita. Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci… cinta Hakiki… CINTA TERAGUNG…

*** Selagi waktu masih ada... Selagi kasih masih terasa... Jangan guriskan hati ibu. Sama-sama kita berpesan pada diri kita.****

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia

Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia.. kata-kata yang dilafazkan oleh Hang Tuah, pahlawan melayu di zaman kegemilangan Melaka. Kata-kata ini benar jika semangat jati diri melayu kuat di dalam diri dan diamalkan seiring dengan tuntutan Islam.

Bagi merealisasikan kata-kata Hang Tuah itu, Program Gadis Melayu di TV9 boleh dijadikan sebagai satu platfom untuk mengembalikan keanggunan, kesopanan, kesantunan, ketegasan 'melayu' agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Program Gadis Melayu di TV9 cukup menarik dan sesuai diteruskan pada masa akan datang bagi membina jati diri Gadis Melayu sejajar dengan pembangunan arus globalisasi. Melihat kepada pengisian rancangan tersebut, sedikit sebanyak Sha rasa cemburu sebab peserta Gadis Melayu dapat mempelajari ilmu dan menambah pengetahuan serta kemahiran yang menarik di dalam setiap episod. Paling menarik adalah semasa sesi belajar berzanji dan bersilat. Sha yang menonton setiap Khamis begitu teruja menanti apakah tugasan yang bakal dihadapi oleh Gadis Melayu.

Tahniah kepada Aida, ikon Gadis Melayu musim pertama ini. Melihat kepada kepetahan berbicara, perwatakan dan personaliti Aida, Sha setuju dengan pilihan juri menobatkan Aida sebagai ikon Gadis Melayu. Persembahan yang baik dan jawapan yang cukup bernas diberikan semasa episod akhir Gadis Melayu.

Di Sebalik 'Air Tangan Ibu'

Selalu dengar kan orang menyebut-nyebut tentang ‘air tangan’ ibu. Masakan hasil sentuhan tangan ibu lebih sedap dan berkat.

Sha pun suka kalau balik kampung mak yang masak. Hmm tapi bila balik kampung, rasanya mak nak juga rasa anak-anak yang masak.

Oleh kerana isteri dan ibu tadi memasak "dengan hati dan perasaan", suami dan anak-anak dapat mencicip rasa kasih sayang yang ditumpahkan itu melalui hidangan yang dimakan. Di samping ada keberkatan pada makanan itu, ada kesan psikologi di sebaliknya. Ia membuatkan suami dan anak-anak semakin jatuh kasih pada isteri dan ibu mereka.

Wednesday, January 14, 2009

Mengapa Perlu Jadi Yang Terbaik?

Walau apa pun yang kita lakukan dan apa jua yang kita usahakan, buat yang terbaik, tak kira betapa susah ia dilaksanakan. Usaha tangga kejayaan.
Mengapa perlu jadi yang terbaik?
Sebab, di situ akan ada kejayaan.

Minda kita mampu melakukan apa saja. Semuanya hanya terbatas oleh imaginasi. Kita ni yang selalu meletakkan had. Kita sendiri yang kata, tak boleh buat tu, tak boleh buat ni. Kekadang, timbul rasa was-was dan ragu-ragu dengan keupayaan diri sendiri. Kalau tak cuba mana tau boleh ke tak kan. Jadi cuba dulu dan yang penting berusaha dan tak mudah mengalah.

Contohnya, boleh ke aku buat ni?
Ada hasil ke? Berkesan ke? Ok ke ni? Ish, boleh ke?

Untuk memotivasikan diri, berusaha buat yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.

Pilih untuk menjadi orang yang luar biasa, sanggup buat yang terbaik dan berani memotivasikan diri supaya menjadi yang terbaik!

Tuesday, January 13, 2009

2009 Tiba, 2008 Menjadi Sejarah




Cepat masa bergerak, pantas berlalu meninggalkan kita dengan macam2 kenangan manis dan juga kenangan pahit. Yang baik kita simpan sepanjang hayat, yang pahit?? Biarlah yang kurang baik itu kita jadikan pengajaran dan biarkan ia pergi meninggalkan kita.

1 Januari 2009
Wah macam tak percaya...namun itulah realitinya. 1 Januari 2009 Sha sambut di kampung bersama keluarga. Pagi itu kami satu famili ke Cameron Highlands. Sesekali berjalan bersama keluarga bagus juga kan. Dapat juga mengembirakan hati mak & bapak. Bila ada kelapangan serta cuti boleh lah kami adik-beradik bawa mak & bapak pergi berjalan-jalan.


3 Januari 2009
Hari ini Sha dan famili ke Kulim. Melawat cousin yang tinggal di sana. Wah seronok sekali bertemu keluarga di sana, dengan anak2 buah yang masih bercuti sekolah: Dayah, Wan, Ana, Mat Noor, Amirul & Ameera. Esoknya (Ahad, hehehe Kedah mula sekolah pada hari Ahad!), Mirul (anak sulung Cik Ja) akan melalui tahun pra-sekolahnya. Soronok mengusik Mirul yang masih menggonggong botol susu.

Hidangan tengahari cukup menyelerakan, makan tengahari masak lemak ketam, ayam kicap bercili, ikan goreng. Hmmm tomyam campur pun ada. Bertambah juga nasi ke pinggan.. :)

Azam 2009
Mungkin ini adalah azam tahun 2009. Selagi ada kesempatan, membahagiakan kedua orang tua adalah priority. Aku juga berdoa dan bermohon kepada Ilahi agar 2009 akan lebih baik dari
2008, amin.

KIRANA


Kirana membawa maksud terbaik. Terbaik apabila sesuatu dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, ditambah dengan komitmen yang tinggi.

Sha mahukan yang terbaik, bukan sahaja untuk diri sendiri, juga untuk semua yang Sha sayangi dan kenali terutamanya keluarga, saudara mara, kawan-kawan serta seluruh muslimin dan muslimat.

Dengan itu, Sha berdoa agar 2009 ini akan lebih baik dari 2008. Terbaik dari segi tingkah laku (attitude), pengalaman, pengetahuan, kerjaya, perhubungan, dan keadaan persekitaran.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim