"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, January 15, 2009

Budi Ibu

*** Untuk tatapan semua ***

Semasa kita masih bayi, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tapi… kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam…

3 tahun.. ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun.. kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai…

10 tahun.. ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan. Namun.. kita tidak pernah toleh kebelakang dan mengucapkan terima kasih..

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kita .. tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan.

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk U. Namun kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm, malu nampak dek kawan.

21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita? Namun kita menjawabnya. . “BUKAN MACAM IBU!”

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu belikan.

25 tahun.. Kita berumahtangga. Ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang kamu. Namun, kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300KM..

27 tahun.. ibu menelefon kita dan memberikan nasihat tentang penjagaan bayi, tapi kita membalasnya dengan mengatakan “ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU…”

40 tahun.. ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampong. Namun kita membalasnya dengan mengatakan ..”SAYA SIBUKLAH BU… SEKARANG NI..”

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan epal dan merungut tentang kesibukannya di tempat kerja… dan segera balik ke kota..

Satu hari..

ibu meninggal dunia. Sempatkah kita membalas jasa ibu? Berbaloikah jasa ibu ke atas kita? Sedang kan kita langsung tidak membalas budinya. Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita. Meninggalkan kenangannya bersama kita. Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci… cinta Hakiki… CINTA TERAGUNG…

*** Selagi waktu masih ada... Selagi kasih masih terasa... Jangan guriskan hati ibu. Sama-sama kita berpesan pada diri kita.****

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim