Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia.. kata-kata yang dilafazkan oleh Hang Tuah, pahlawan melayu di zaman kegemilangan Melaka. Kata-kata ini benar jika semangat jati diri melayu kuat di dalam diri dan diamalkan seiring dengan tuntutan Islam.
Bagi merealisasikan kata-kata Hang Tuah itu, Program Gadis Melayu di TV9 boleh dijadikan sebagai satu platfom untuk mengembalikan keanggunan, kesopanan, kesantunan, ketegasan 'melayu' agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Program Gadis Melayu di TV9 cukup menarik dan sesuai diteruskan pada masa akan datang bagi membina jati diri Gadis Melayu sejajar dengan pembangunan arus globalisasi. Melihat kepada pengisian rancangan tersebut, sedikit sebanyak Sha rasa cemburu sebab peserta Gadis Melayu dapat mempelajari ilmu dan menambah pengetahuan serta kemahiran yang menarik di dalam setiap episod. Paling menarik adalah semasa sesi belajar berzanji dan bersilat. Sha yang menonton setiap Khamis begitu teruja menanti apakah tugasan yang bakal dihadapi oleh Gadis Melayu.
Tahniah kepada Aida, ikon Gadis Melayu musim pertama ini. Melihat kepada kepetahan berbicara, perwatakan dan personaliti Aida, Sha setuju dengan pilihan juri menobatkan Aida sebagai ikon Gadis Melayu. Persembahan yang baik dan jawapan yang cukup bernas diberikan semasa episod akhir Gadis Melayu.
No comments:
Post a Comment