"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, February 27, 2013

Hargailah..

Assalamualaikum..
 
Hari ini masa nak keluar dari rumah dah siap bawa keluar sampah untuk dibuang. Then elok je buka pagar nak keluar, lori sampah kebetulan sampai. So Sha pun tunggu sekejab sebab lori sampah tu betul-betul depan rumah tak boleh la nak reverse my Mr. Blackie. Sebaik sahaja pekerja itu sampai depan rumah Sha, dapat diperhatikan pekerja tersebut menunduk sahaja, tidak memandang kepada Sha yang berdiri di tepi Mr. Blackie. Namun bila pekerja tersebut mengangkat muka, Sha ucapkan terima kasih. Terus sahaja pekerja itu tersenyum lebar. Rasa dihargai barangkali.
 
Semasa memandu ke tempat kerja, Sha teringat satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan (jika Sha betul kerana ceramah ini sudah bertahun berlalu) yang berkisar berkenaan tukang kasut.
 
Ceritanya seperti ini:
 
Cuba kita pergi kepada tukang kasut. Biasanya kita akan bawa kasut kita yang dah rosak, betul? Jadi adakalanya bau kasut itu juga tidak enak, nak-nak pula kalau kita pergi waktu petang. Bayangkan kaki kita berpeluh dan bawa kepada tukang kasut. Tetapi pernahkah kita dengar tukang kasut itu merungut dan tidak terima kasut yang dihantar tu. Tak pernah kan..cuba lihat wajah tukang kasut. Beliau akan menunduk dan tak pandang muka kita sambil terus melakukan kerja-kerja beliau. Kenapakah begitu? Dikatakan mungkin mereka malu atau rasa rendah diri dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Mereka bekerja memperbaiki kasut-kasut lama untuk rezeki mereka pada hari itu. 
 
Jadi kita patut menghargai mereka yang melakukan kerja-kerja sedemikian. Tanpa mereka kita juga akan mengalami kesulitan. Siapa nak betulkan kasut yang rosak, siapa nak buang sampah, siapa yang nak turap jalan berlubang, siapa yang nak betulkan paip/tangki pembentung rosak atau lain-lain pekerjaan. Renungkan sejenak..

Sunday, February 24, 2013

Apa tu??

Minggu ni kali kedua Sha jumpa my student for home tutor. Subjek maths & BM. Hari ni Sha memang tak boleh tahan gelak. Sepanjang perjalanan tengah drive tu pun Sha masih tersenyum. Mana taknya dengar pertanyaan dari student Sha yang petah ni.
 
Kisah bermula di rumah my student. Ajar BM pemahaman.
 
Dia baca satu petikan akhbar yang berlaku di Gelang Patah.
 
K: Apa tu Gelang Patah?
S: Nama tempat
K: Oh ya ker saya ingat gelang yang dah patah.
 
Adeh Sha memang tak boleh tahan gelak bila she said that.
 
Then 2nd petikan pula kisah seorang pelajar lelaki yang hidup susah. Hanya ada ibu yang bekerja sebagai penoreh getah. Dalam petikan tidak dinyatakan ke mana ayah pelajar tersebut. Tapi dalam soalan objektif ada tanya soalan tu.
 
Pilihan jawapan:
A. meninggal dunia
B. menghilangkan diri
C & D Sha dah lupa pula
 
Soalan dari my student, " Menghilangkan diri tu apa? Macam magic ke?"
 
Ya Allah Sha memang tak boleh tahan gelak. Hmm jelaskan pada dia menghilangkan diri maksudnya keluar dari rumah dan tak balik-balik lagi. Tak ada kena mengena dengan magic.
 
Nota: Terhibur dengan kerenah pelajar.

Friday, February 22, 2013

Lesen Oh Lesen..



Masya Allah. Macam mana boleh terlepas pandang ni..dah 4 bulan bawa kereta tak perasan lesen dah tamat tempoh. Tamat pada Oktober 2012. Masa renew road tax then teringat lesen. 

Ya Allah mujur sepanjang tempoh itu tiada perkara yang tidak diigini berlaku. Hari ni cepat-cepat pegi pejabat pos. 

Hihik mesin laminate lak rosak di pejabat pos. Hmm taka pa yang penting Sha renew lesen tu..hmm settle.

Wednesday, February 20, 2013

Syukur Alhamdulillah

Akhirnya semua fail yang diserang virus tempoh hari telah kembali seperti sedia kala. Ya Allah gembiranya hati Sha.

Lepas ni akan lebih hati-hati.



Sunday, February 17, 2013

Huhu

Masih terasa 'sedih' bila banyak folder fail Sha yang penting pada Sha diserang virus. Huhu. Namun walau menangis air mata darah sekali pun fail-fail tersebut tidak mungkin dapat di'retrieve' kembali..

Apa pun sebagai satu cara untuk mengubat rasa hati yang sedang lara, redhakan sahaja kejadian itu. Pasti ada sesuatu.. kebaikan di sebalik kejadian itu.



Genap Setahun...Alhamdulillah

17 Februari 2013
 
Setahun dah berlalu seusia dengan Mr. Blackie - my Saga FLX. Alhamdulillah selama setahun ni Mr. Blackie sangat menyenangkan. Empat tahun lagi ..insya Allah.
 
Semoga pada tahun ini dah tahun-tahun akan datang, Mr. Blackie akan memberikan kebaikan buat Sha, lebih baik dari tahun yang lepas.
 
Pengalaman paling tak dapat Sha lupakan  dengan Mr. Blackie. Hmm apa lagi kalau bukan salah cuba buka kereta tu. Ya Allah punya la konfiden menekan remote kereta. Patut la tak boleh buka rupanya Sha buka kereta orang lain. Sampai sekarang Sha masih tak dapat fikirkan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku. Padahal dari jauh Sha dah nampak Mr. Blackie. Macam mana boleh tersasar selang sebuah kereta tu eih. Apa pun itu kenangan yang akan selalu buat Sha tersenyum malah ketawa setiap kali perkara ini terlintas di minda. Paling menarik seorang rakan juga turut mengalami pengalaman sama. Hihikk memang kami akan ketawa saja bila mengingatkannya.

 

Wednesday, February 13, 2013

Alhamdulillah

Rezeki yang Allah beri pada kita datang dalam pelbagai bentuk..ada yang kita tak sangka langsung. 

Contohnya kita dijemput sebagai AJK sesuatu majlis. Then makanan disediakan. Tiba-tiba sewaktu jemputan VIP nak pulang beliau menghulurkan angpau. Rezeki yang tak kita jangka. Namun jangan pula kita lupa bersyukur padaNya yang mengirim rezeki tersebut melalui perantara yang telah ditakdirkan.


Tuesday, February 12, 2013

Makan..dan Makan

Alhamdulillah dah sampai KL pada pukul 2 petang tadi. Sha singgah dahulu di Ampang. Mak & Bapak ada kirim makanan untuk my sister. Our lunch actually!
 
Hmm Sha balik kampung last saturday. Seronok sangat. My mum tak boleh duduk diam ada sahaja yang hendak dimasaknya. Hm mee kari terbaik mak..terima kasih.
 
Nak balik ni pun macam-macam la yang mak & bapak bekalkan. Ada biskut, ayam & ikan goreng, sambal tumis udang + petai, kacang parang, buah epal + limau, sosej & otak-otak goreng.
 
Beruntung Sha masih ada parents. Alhamdulilla syukur padaMu.

Monday, February 11, 2013

Kisah Manik

Masih ingat manik yang Sha jahit sekitar 2-3 bulan lepas. Yup untuk baju kurung moden untuk acara akad nikah. Hmm majlisnya dah pun selesai pada 2 Februari 2013 yang lalu. Pengantinnya pun cantik.

Baru Sha boleh upload gambar hasil kerja Sha tu..








Alhamdulillah

Syukur pada Mu Ya Allah yang telah memanjangkan usia Sha dan keluarga (Parents & my youngest brother).
 
Kejadian pada hari Ahad yang lalu (10/2/2013) benar-benar mengejutkan Sha. Perjalanan dari arah Semangol menghala ke Kamuntig. Laluan di kawasan itu sempit dengan laluan yang berbengkang-bengkuk. Sewaktu ingin menaiki jambatan flyover, sebuah kereta dari arah depan memotong kenderaan di hadapannya. Kereta tersebut memotong di garis berkembar. Sha yang duduk di seat belakang pemandu hanya sekadar melihat kenderaan tersebut. Dalam hati dah terfikir mungkin waktu ini lah ajal ku. Kenderaan tu mahu juga memotong walaupun waktu itu kenderaan Sha dah pun hampir 50 meter sahaja jaraknya. Ya Allah kereta itu tidak mahu mengalah rupanya, tetap mahu memotong.
 
Akhirnya kereta tersebut terus memecut dan berlalu di tengah-tengah kereta Sha dan kereta yang bertentangan. Ya Allah syukur padaMu. Sha dan keluarga tiada apa-apa sepanjang perjalanan.
 
Namun rasa terkejut tu ada juga bila lihat pemandu yang tidak mematuhi arahan lalu lintas. Susah sangat ke nak ikut peraturan jalan raya. Awak tu membahayakan pemandu lain. Ada faham ka??

Wednesday, February 6, 2013

Kering Darah

Opppss nanti-nanti ni bukan kisah vampire ya.

Ni kisah pemandu yang tidak berhemah di jalan raya.

Kisah pepagi yang aman Sha rasa telah dirosakkan oleh seorang pemandu wanita yang tetiba mahu masuk lane Sha. Hon satu kali. Terkejut campur geram. Jadi Sha ikut rapat. Bila lane kanan dah clear Sha masuk dan duduk sebelah kancil itu. Wah tahu takut wanita itu. Tak nak pandang depan, dia toleh kiri. Hmm apa salahnya wanita tu angkat tangan and say sorry. Susah ke??

Walaupun Sha juga pemandu wanita, cuba la berhati-hati dan berhemah di jalan raya wahai pemandu wanita sekalian. Ikut la peraturan jalan raya. Semua orang nak cepat. Jadilah pemandu yang bertimbang rasa ya.

Sekian luahan Sha dengan degup jantung yang masih kencang dan menggigil lagi ni.

Sunday, February 3, 2013

Hati-hati Memandu

Pemandu semua,

Biasa kan memandu waktu malam..biasa jumpa kan pemandu yang terlupa menyalakan lampu.

 kes ni berlaku juga pada Sha. Kadang-kadang memang tak perasan. Especially kalau kita keluar dari tempat cerah cam shopping mall gitu.

Baru perasan bila ada orang jerit, “lampu..lampu.”

Terus Sha on kan lampu. Dalam pada tu bibir tersenyum saja. Masa keluar dari The Mines tu memang perasan orang kat bahu jalan tu pandang je..TQ Encik ..errk siapakah namanya. Maaf tidak kutahu.

Saturday, February 2, 2013

Teruskan

Apakah??

Belajar..

Kehidupan..

Menjadi lebih baik..

Dengan belajar perkara baru, minda akan terbuka. Syukur diberi keazaman untuk menerima serta berkongsi ilmu baru

Hidup perlu diteruskan walau apa pun dugaannya. Hidup ini singkat, belajarlah untuk menikmati hidup ini. Kehidupan yang bahagia adalah pilihan kita..

Setiap hari berusaha menjadi lebih baik. Lebih baik dari aspek peribadi, perbuatan, pemikiran dan juga kata-kata.

Teruskan dengan istiqamah..semoga apa yang kita lakukan mendapat rahmat dariNya...insya Allah.

Aamiin.

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim