"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Monday, February 11, 2013

Alhamdulillah

Syukur pada Mu Ya Allah yang telah memanjangkan usia Sha dan keluarga (Parents & my youngest brother).
 
Kejadian pada hari Ahad yang lalu (10/2/2013) benar-benar mengejutkan Sha. Perjalanan dari arah Semangol menghala ke Kamuntig. Laluan di kawasan itu sempit dengan laluan yang berbengkang-bengkuk. Sewaktu ingin menaiki jambatan flyover, sebuah kereta dari arah depan memotong kenderaan di hadapannya. Kereta tersebut memotong di garis berkembar. Sha yang duduk di seat belakang pemandu hanya sekadar melihat kenderaan tersebut. Dalam hati dah terfikir mungkin waktu ini lah ajal ku. Kenderaan tu mahu juga memotong walaupun waktu itu kenderaan Sha dah pun hampir 50 meter sahaja jaraknya. Ya Allah kereta itu tidak mahu mengalah rupanya, tetap mahu memotong.
 
Akhirnya kereta tersebut terus memecut dan berlalu di tengah-tengah kereta Sha dan kereta yang bertentangan. Ya Allah syukur padaMu. Sha dan keluarga tiada apa-apa sepanjang perjalanan.
 
Namun rasa terkejut tu ada juga bila lihat pemandu yang tidak mematuhi arahan lalu lintas. Susah sangat ke nak ikut peraturan jalan raya. Awak tu membahayakan pemandu lain. Ada faham ka??

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim