"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, May 29, 2013

Pergilah..

Alhamdulillah...

Satu demi satu artikel yang kubaca seolah-olah memujuk hati. Sepertinya sudah ditakdirkan hari ini, (malah hari-hari yang kulalui sebelum ini) aku akan bertemu semua artikel tersebut untuk membantu daku merawat hati. Ya Allah sungguh besar hikmahMu. Engkau kirimkan semuanya melalui bahan bacaan buat diri ini. Daku bersyukur..

Pengalaman insan lain sunguh buat aku sedikit terpujuk. Masih ada insan lain yang mengalami nasib yang sama. Malah ada yang lebih hebat diuji. Mereka tabah dan redha serta sabar. Insya Allah daku juga pasti akan berupaya melalui semuanya. Hanya padaMu kuberserah.

Wahai hati..dikau pasti sembuh. Masa akan menjadi pengubatnya. Walau masih ada parutnya, pasti diri ini akan sembuh. Parutnya sebagai tanda daku telah melalui satu fasa pembelajaran. Alhamdulillah semuanya untuk mencapai kematangan diri. Daku yakin pasti ada lagi insan lain yang sedang turut bersedih. Ingatlah..walau bagaimana hebat sekali dugaan dan ujian dariNya, pasti semua itu sudah pun diketahui olehNya yang diri ini mampu menanggungnya. Allah tidak akan memberi dugaan yang tidak tertanggung oleh hambaNya.



Kata-Kata Yang Terkesan Di Hati Saya


Tuesday, May 28, 2013

Terbalik



Pagi ni bangun pagi cam apa je. Sebab teringat mimpi malam tadi ‘pakai kasut terbalik’. Yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan. Tu je yang Sha ingat. Hmm apa kisah sebenarnya pun Sha tak tau. Hmm abaikan je lepas tu..dan teruskan rutin as usual..

Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

Bila terasa lemah klik di sini


Lara Kelakar



Yup betul. Kedua-dua perkataan itu memang betentangan maksudnya. Lara lebih kepada negative. Dengan aura sedih, air mata mungkin. Kelakar lebih santai. Boleh buat senyuman terukir di bibir. Silap-silap ketawa tak ingat dunia sampai keluar si air mata. Kelakarnya..

Serius, bila sedih saat lara bertamu di hati, sila-silakan lah membaca kisah-kisah kelakar. Sekurang-kurangnya lupa sekejab kepada perkara yang membawa duka tu kan. Hmm it’s work for me. No doubt. Dah tak larat nak nangis..so find something..something that makes you happy..find out funny thing or being with funny person. Confirm you will be fine..

Menurut kajian, didapati semasa kita ketawa, kelenjar endokrin yang terdapat dalam otak akan mengeluarkan hormon endorfin (sejenis hormon yang membuatkan seseorang itu merasa seronok dan selesa)

More facts : click here


Monday, May 27, 2013

Sabar & Redha

 
Kadangkala Allah hilangkan mentari,
Kemudian Dia datangkan hujan..
Kita menangis mencari di mana mentari kita,
Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.. 
 




 

Sunday, May 26, 2013

Tidak Pernah



Ya Allah..sesungguhnya besar sekali hikmahMu..

Syukur diri ini tidak pernah meninggalkan mu, biar pun niat sudah terbit di hati. Semuanya sudah sedia, namun Allah menggerakkan agar diri ini menarik semula keputusan itu. Terima kasih ya Allah.

Insya Allah diri ini tidak akan pernah meninggalkan mu, selagi hayat dikandung badan.

 

Saturday, May 25, 2013

Lemau

Jumaat lepas Hari Wesak, cuti umum..so straight away kiranya 3 hari cuti. Hmm hari Isnin mesti cam terkena virus 'M' saja.

Wednesday, May 22, 2013

Batuk Oh Batuk

Ramalanku benar belaka..hihikk Umbrella..

Seperti dijangka selepas sakit tekak, batuk pasti menjelma..dah tau tapi masih tak mengambil iktibar.. Sha tak serik eih..dah tau sakit tekak & selesema time tu, masa tu juga la Sha nak makan coconut shake & manggo shake (hmm yummy..). Jadi akibat daripada itu, batuk pun bertandang..

Sabar ya Sha..batuk yang dicari..


Misteri Cinta

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu ,janganlah merasa tersisih.Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorg.
 
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi kembalikan penghormatan tu dengan cara yang ikhlas & jujur. Jangan ambik kesempatan & janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu menguruskan diri kamu. Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta dengan seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yg harus dipersalahkan... relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yg berlaku adar maksud yang tesembunyi & kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datngg mengetuk pintu hati kamu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup kamu bahagia...

Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu..Di sebalik senyuman tersimpan seribu kepahitan dan di sebalik kepahitan terungkap sejuta penyesalan......
 
 
 

Tuesday, May 21, 2013

A Famosa, Melaka

 Hari ni berjalan lagi check tempat. Ke Melaka pula. Kali ni untuk program Team Building combine dengan Family Day.

So far ok. Tempat sesuai untuk aktivti bersama keluarga. Insya Allah next month programnya akan berlangsung.

Kelapa Goncang

Haha.. kelakar kisah di sebalik nama 'kelapa goncang'

Balik dari A Famosa ingat nak ke Klebang, pekena Coconut Shake. Tak jadi ke Klebang bila dimaklumkan di area Linggi/Pedas pun ada. So apa lagi cari la tempat tu. Hmm jauh juga.

Tapi memang berbaloi. Sedap sangat. Kawan-kawan yang pernah makan di Klebang pun cakap yang ni lebih sedap.

Nak balik siap tapau pulak mangga shake. :) yummy..



Monday, May 20, 2013

Dusun Eco Resort, Bentong Pahang



Semalam pegi tengok tempat untuk aktiviti team building pada hujung bulan ni..waa dah ada paintball..ada banyak juga perubahan..ada pertambahan wakaf..surau juga sudah dinaiktaraf..

Last sha ke sana 2005-2005 empat sesi team building..waa tak sabra nak kembali ke sana..kenangan lama kembali datang bertandang..kena cari pictures lama-lama ni..


Sunday, May 19, 2013

Pulut Mangga

Pernah dengar, lihat tapi tak pernah cuba..

Alhamdulillah first time rasa semalam, thanks Kak Ana. Even not my favourite but ya..ok stil boleh terima..pulut + santan + mangga..hmm ada yang cakap ni makanan traditional dari Thailand..& popular di Perlis..

Gambar Hiasan yer..(yang sebenar dah makan tak terfikir pun nak snap picture.. :)

Friday, May 17, 2013

Terima Kasih Hani

Hari ni terima satu kotak porcelin diisi dengan coklat Kit Kat, Hersyey's dan Ferrero Rocher dari Hani. "Untuk teacher. Happy Teacher's Day."
 
Tak sangka Sha akan terima hadiah sempena Hari Guru. Never think about it. Dulu masa sekolah biasa juga beli hadiah untuk guru-guru Sha. So sweet kan.
 
 
 
 
 

Running Nose

Gara-gara makan aiskrim Sha dah diserang selesema. Pagi semalam dah pun kena sakit tekak..hari ni pekena aiskrim lepas mengacarakan majlis Hi-Tea. Sabar yer Sha..

Minum air banyak-banyak lepas ni..

Wednesday, May 15, 2013

Amarah


 

Graf Y Kepada X



Oh..again! Sorethroat..

Sesuatu yang Sha tak suka. Bila dah kena sakit tekak, kebarangkalian Sha akan batuk akan meningkat.. hihikk dah macam graf sakit tekak lawan batuk.


This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim