05.05.2013 -PRU13
Wahh hari ini dimulai dengan turunnya hujan yang lebat sejak enam pagi. Hmm rasa seperti mahu terus bergulung di dalam selimut. Aiipp..bangun Sha. Hari ini ada tugas penting yang harus diselesaikan sebagai warganegara Malaysia. Marilah mari..pergi mengundi..:)
Alhamdulillah hujan telah pun berhenti pada pukul tujun pagi. Suasana cerah. Al-maklum baru lepas hujan. Alam terasa bersih sahaja dan segar.
Tiba ke tempat mengundi pada pukul sembilan pagi. Hmm dah ramai juga orang ramai yang sedang menunggu giliran masing-masing. Hmm seperti empat tahun yang lepas, Sha mengundi di Sekolah Menengah Kamunting, my former school. Wow! dah makin maju rupanya sekolah Sha ni.
Tak adalah lama sangat Sha tunggu. Sekitar pukul 9.30 pagi Sha dah pun selesai mengundi. Hmm lega.
Mujur pegi awal ke tempat mengundi. Dalam pukul dua petang hujan turun lagi. Walau tidak selebat awal pagi tadi, hujan tetap turun membasahi bumiNya. Malam sekitar jam sembilan malam sekali lagi hujan turun . Kali ini lebat sekali. Jadi hari ini disulam hujan hingga ke malam...alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment