Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu ,janganlah
merasa tersisih.Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tidak memilih untuk
singgah di hati seseorg.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu
cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi kembalikan
penghormatan tu dengan cara yang ikhlas & jujur. Jangan ambik kesempatan &
janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu menguruskan
diri kamu. Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yang
serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta dengan
seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada
siapa yg harus dipersalahkan... relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yg
berlaku adar maksud yang tesembunyi & kita akan menyedarinya apabila masa silih
berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan
memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta
dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datngg mengetuk pintu hati kamu. Nikmatinya
sebagaimana ia membuat hidup kamu bahagia...
Cinta sentiasa &
selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati
kamu..Di sebalik senyuman tersimpan seribu kepahitan dan di sebalik kepahitan
terungkap sejuta penyesalan......
Kredit kepada: http://chegu-man.blogspot.com
No comments:
Post a Comment