"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, June 2, 2013

31 Mei - 2 Jun 2013 Team Building @ Dusun Eco Resort, Bentong

Best!

Team Building PPPA di Dusun Eco Resort. Macam-macam pengalaman menarik. Ini merupakan kali kelima Sha ke sana. Sekali sebagai peserta dan empat kali sebagai fasilitator program tersebut. Best sangat sebab ini seperti perjumpaan reunion semua fasi yang terdahulu sekitar tahun 2005-2006. Namun ada juga beberapa orang fasi baharu. Ada juga beberapa fasi terdahulu yang tidak dapat ikut serta disebabkan oleh komitmen lain terhadap keluarga serta kerja mereka. Cuma kali ini Komandan Team Building dan juga orang kuat fasi terdahulu menjadi peserta. 

Terima kasih Dr. Samsul dan Kak Hasliza yang sudi menjemput Sha untuk kembali menyumbangkan tenaga dalam aktiviti teambuilding di pejabat Dr. dan Kak Has.

Petikan kata-kata yang disampaikan oleh oleh Dr. Samsul, "Jangan dengar apa orang itu kata, tapi dengarlah apa yang orang itu tidak kata."

Peserta pun ok..biasa la here and there..nobody is perfect. Hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.

p.s. picture Sha insert later ya..





 













No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim